EH Motor Credit
  • HOME
  • Broker Program
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Testimoni
  • Sumber
    • Eddie-soh Blog kereta
    • Berita PENIPUAN industri kereta
    • Cik EH-LI (Penghuni kedai kami)
    • @cilisos
    • GAME kereta
  • Kategori Kereta
  • Promosi
  • Subscribe untuk tip kereta

Sesi mengopi TANPA beli kopi #455

4/12/2018

0 Comments

 
Picture
Sesi mengopi TANPA beli kopi #455
(Tuan/puan boleh tanya sebarang soalan berkaitan industri kereta terus ke FB Messenger saya)

SOALAN:

Hi Tuan Eddie.
Saya nak buat pertanyaan berkenaan pembelian kereta terpakai yg di bawa masuk melalui ap dan telah melebihi 10 tahun, seperti contoh Toyota Wish & Honda Stream.
1. Boleh tuan terangkan dr segi loan bank & loan kedai
2. Masih boleh ke full loan ?

Terima kasih tuan

JAWAPAN:

Loan bank masih boleh dibuat sehingga usia kereta 12 tahun. Bunga untuk pinjaman selalunya dalam lingkungan 6% - 7% setahun kerana usia kereta. Loan kredit kedai boleh dipinjama sehingga usia kereta 15 tahun. Selalunya bunga akan dalam 10% setahun.

Bank loan akan meminjam setakat 90% daripada harga pasaran sahaja dan ansuran dihadkan ke 5 tahun sahaja. Loan kredit kedai pula juga sama, ansuran 5 tahun. Jumlah yang boleh dipinjam terpulang kepada kedai kredit tersebut.

Eddie Soh
EH Motor (ditubuh 1985)
Blacklist, CCRIS, Full loan untuk beli kereta

#EHMotor
#Sesimengopitanpabelikopi
0 Comments

Sesi mengopi TANPA beli kopi #454

4/12/2018

0 Comments

 
Picture
Sesi mengopi TANPA beli kopi #454
(Tuan/puan boleh tanya sebarang soalan berkaitan industri kereta terus ke FB Messenger saya)

SOALAN:

terima kasih encik eddie. tapi saya ada satu lagi soalan. Kereta yang saya drive time eksiden adalah milik kakak saya. dalam insurans selain nama kakak sya, ada tulis all authorized driver. panel workshop kata saya perlu bayar rm400 kepada workshop kerana saya which is not the car owner yang eksiden. Kalau kakk sya yang eksiden, tak perlu bayar apa2. Kenapa even dah tulis all authorized drivers dalam polisi pun still kena caj?

JAWAPAN:

Setiap syarikat insuran mempunyai prosedur yang berbeza bila datang kepada bab Excess. Jika cikpuan boleh buktikan pada polisi insuran bahawa ada tercatit All Authorized Driver, maka cik boleh berunding dengan syarikat insuran berkenaan.
Keputusan muktamad masih datang dari syarikat insuran samada mereka boleh waive pembayaran Excess kereta.

Eddie Soh
EH Motor (ditubuh 1985)
Blacklist, CCRIS, Full loan untuk beli kereta

#EHMotor
#Sesimengopitanpabelikopi
0 Comments

Sesi mengopi TANPA beli kopi #453

4/10/2018

0 Comments

 
Picture
Sesi mengopi TANPA beli kopi #453
(Tuan/puan boleh tanya sebarang soalan berkaitan industri kereta terus ke FB Messenger saya)

SOALAN:

Hello.. tuan
Sy nk beli kereta used car..tp masih ade hutang bank.
Pihak used car minta sy bayar penuh baru boleh tukar nama..
Sy rasa mcm ada risiko ttg pembayaran.
Boleh tuan bg pendapat dn cara yg selamat utk mengelakn dari di tipu.

JAWAPAN:

Setiap pembelian kereta pasti ada riskonya tersendiri. Pembelian tunai paling tinggi risikonya kerana duit sudah dikeluar dan nama kereta belum tentu ditukar. 

Dalam senario tuan, pihak used car memang berhak meminta untuk membayar penuh harga kereta sebelum tukar nama. Risiko pada mereka pula kalau tidak dibayar penuh dan ditukar nama, macam mana hendak ditukar nama kalau bayaran tidak diterima kelak.

Tip untuk membeli kereta dengan kedai used car, pastikan syarikat kereta ini sudah lama berurusan dan selalunya mempunyai stok kereta yang banyak. Selain itu, kebanyakkan kedai kereta yang tulin adalah ahli Persatuan Penjual kereta terpakai Malaysia. Boleh minta lihat sijil Persatuan mereka.

Daripada info tuan, rasanya kedai ini bukan jenis yang besar kerana keretanya masih hutang bank. Selalunya, kereta-kereta di kedai used car sudah tiada hutang. Cara deal sepatutnya dengan kedai dan bukan menyelesaikan pinjaman loan di bank.

Eddie Soh
EH Motor (ditubuh 1985)
Blacklist, CCRIS, Full loan untuk beli kereta

#EHMotor
#Sesimengopitanpabelikopi
0 Comments

Sesi mengopi TANPA beli kopi #452

4/9/2018

0 Comments

 
Picture
Sesi mengopi TANPA beli kopi #452
(Tuan/puan boleh tanya sebarang soalan berkaitan industri kereta terus ke FB Messenger saya)

SOALAN:

hye tuan..saya mau tanya.. perbandingan kereta mpv terpakai yang terbaik antara exora,alza dan grand lavina... 1)lebih kepada kos pnyelengaraan dan instalment 2) perfomance p/s btw sya minat grand lavina tp risaukan kos mentenen dan instalmnt

JAWAPAN:

Jika ingin membuat perbandingan antara kereta, elok juga di senaraikan kehendak yang diingini dalam sesebuah kereta. Setiap kereta ada kebaikkan tersendiri dan tiada yang dapat memuaskan semua kehendak pembeli. Tidak dapat ada kehendak kereta yang muat 7 dewasa dengan selesa serta mempunyai kadar penggunaan minyak yang jimat seperti kereta sedan.

Proton Exora

Saiz dalaman paling besar antara Alza dan Livina. Antara ketiga-tiga model ini juga Exora adalah MPV yang paling senang masuk ke tempat duduk baris ke tiga. Proton Exora juga kereta yang ada ciri-ciri keselamatan ESC. Jika tuan utamakan keselamatan MPV, Exora ialah pilihannya.

Kegunaan minyak untuk Exora tidak murah. Anggaran 8-9 km/liter. Servis dan kos penyengelaraan Proton juga tidak murah.

Perodua Alza

Perodua Alza adalah pilihan untuk yang inginkan sedikit kejimatan dan tidak mengisahkan pengorbanan sedikit ruang dalaman. Tempat duduk baris ketiga sesuai untuk perjalanan yang dekat dan saiz kereta yang kecil ini bagus untuk parkin serta pemanduan dalam bandar. Kereta Perodua selalunya lebih murah diservis. Penggunaan minyak hampir serupa dengan Myvi 1.5

Nissan Livina

Nissan Livina dibeli kereta jenama Jepunnya. Tidak semestinya lebih baik daripada Exora ataupun Alza. Nilai susutnya jatuh paling kurang. Kos servisnya lebih mahal daripada Perodua Alza. Barisan tempat ketiganya paling sukar untuk dimasuki berbanding Alza dan Exora.

Eddie Soh
EH Motor (ditubuh 1985)
Blacklist, CCRIS, Full loan untuk beli kereta

#EHMotor
#Sesimengopitanpabelikopi
0 Comments

Sesi mengopi TANPA beli kopi #451

4/8/2018

0 Comments

 
Picture
Sesi mengopi TANPA beli kopi #451
(Tuan/puan boleh tanya sebarang soalan berkaitan industri kereta terus ke FB Messenger saya)

SOALAN:

Tuan eddie
Sy brcadang nk ambik toyota wish model 2009(second)
Selain kne servis mnyk hitam n gearbox..apa lg yg perlu sy servis n tukar selepas beli kereta tu
Dan anggran brape kos untuk servis n tukar apa yg patut tu

JAWAPAN:

Salah satu sebab kereta Toyota Wish popular di Malaysia ialah rekaan enjinnya yang tidak rumit, maka kereta ini boleh diservis di mana-mana kedai foreman.

Ini adalah anggaran servis biasa untuk Toyota Wish.

LIQUI MOLY TOP TEC 4100 5W-50 4 LITER RM 236
OIL FILTER TOYOTA WISH RM 45
CVT FLUID RM200
WINDSCREEN CLEANER 32ML RM 10
GENERAL SERVICE RM45

TOTAL RM 536
GST 6 % RM 32.16

RM 568.16

Kos-kos ini tidak termasuk part yang rosak akibat wear and tear sebab kereta sudah berusia 9 tahun. Terpulang kepada berapa kerap kereta ini digunakan sebelum ini, part yang mungkin perlu ditukar termasuk mounting, bush, brake pad, tayar, tayar alignment dan sebagainya. Elok diperiksa di kedai foreman selepas kereta ini dibeli untuk memastikan tahap persembahan kereta paling optimum.

Eddie Soh
EH Motor (ditubuh 1985)
Blacklist, CCRIS, Full loan untuk beli kereta

#EHMotor
#Sesimengopitanpabelikopi
0 Comments

Sesi mengopi TANPA beli kopi #450

4/8/2018

0 Comments

 
Picture
Sesi mengopi TANPA beli kopi #450
(Tuan/puan boleh tanya sebarang soalan berkaitan industri kereta terus ke FB Messenger saya)

SOALAN:

hai, saya nk mnta pandangan ttg kereta kia k3 & kereta apa yg ok utk dibeli bajet 40k

JAWAPAN:

Kia Cerato K3 adalah kereta kompak yang dibina oleh kereta Jenama Kia sejak tahun 2003. Sebelum ini, model kereta ini dikenali sebagai Kia Spectra. Model Cerato sekarang merupakan generasi ke 3. 

Semenjak Kia mengajikan pereka kereta daripada Audi, penampakan kereta Kia semakin menarik dan ia adalah penarikan utama kereta Kia sekarang.

Jika dilihat daripada generasi lamanya iaitu Spectra dan Sephia, kereta lamanya agak berisu. Sementara ini, maklumbalas kereta Kia Cerato K3, belum ada isu yang ketara selain daripada bunyi steering ketika memusing. Ramai juga yang merunggut kadar servis di Naza yang tidak begitu memuaskan. Kos spare part dan penyengelaraan akan lebih tinggi.

Kereta yang tahan lasak dalam bajet 40k adalah kereta-kereta Jepun seperti Honda City dan Toyota Vios.

Eddie Soh
EH Motor (ditubuh 1985)
Blacklist, CCRIS, Full loan untuk beli kereta

#EHMotor
#Sesimengopitanpabelikopi
0 Comments

Sesi mengopi TANPA beli kopi #449

4/5/2018

0 Comments

 
Picture
Sesi mengopi TANPA beli kopi #449
(Tuan/puan boleh tanya sebarang soalan berkaitan industri kereta terus ke FB Messenger saya)

SOALAN:

Hello encik eddie.Hari khamis lepas sya eksiden dgn motor. salah rider tu sebab die masuk jalan saya. bonet depan habis remuk. sya nk tuntut insurans. sebab ni first time sya eksiden dan deal dgn orang bengkel, sya nk tau pendapat encik untuk elakkan dari ditipu.
First, bengkel tu kata just bagi sume dokumen yang die perlukan so sya xpyah pening2 deal dgn org ntuk dptkan insurans. Masa towing, saya sudah serahkan sume dokumen: ic, lesen, salinan report polis, geran kereta dan polisi insurans. polisi sya bg yang latest tapi direjek atas alasan yang sya tak faham. dia mahu juga sya bg insuran yang lama.

Jadi saya nak tahu kenapa bengkel mahukan insurans lama? bukanke ikut logik, kena bagi polisi yang still valid? Atau memg normal bengkel mahukan polisi lama?

Second, sya mahu tnya untuk kes mcm saya ni, adakah sya boleh tuntut loss of use claim? 
harap2 encik boleh bagi pencerahan untuk soalan2 sya. thank you in advance.

JAWAPAN:

Syarikat insuran berhak minta polisi lama sebagai rujukan. Ini untuk memastikan tiada double insuran coverage atau kemungkinan dalam period extension insuran. Ini untuk membantu syarikat insuran lebih berkesan uruskan claim .

Setiap syarikat insuran mempunyai prosedur berlainan terhadap loss of usage. Kebiasaannya workshop akan membantu claim terhadap isu ini. Cikpuan boleh follow up dan dapatkan kepastian.
Adalah penting jika claim dirujuk kepada panel workshop.

Eddie Soh
EH Motor (ditubuh 1985)
Blacklist, CCRIS, Full loan untuk beli kereta

#EHMotor
#Sesimengopitanpabelikopi
0 Comments

Sesi mengopi TANPA beli kopi #448

4/4/2018

0 Comments

 
Picture
​Sesi mengopi TANPA beli kopi #448
(Tuan/puan boleh tanya sebarang soalan berkaitan industri kereta terus ke FB Messenger saya)

SOALAN:

Bos, kereta savvy OK ke?

JAWAPAN:

Proton Savvy menggunak enjin Renault. Runggutan paling utama kereta ini ialah isu dengan gearbox AMTnya. Melainkan tuan beli transmisi manual, kos penukaran gear autonya dikhabarkan dalam rm5k ke atas. Oleh kerana part dari Renault, maka kos penyengelaraan dan spare partnya akan tinggi.

Eddie Soh
EH Motor (ditubuh 1985)
Blacklist, CCRIS, Full loan untuk beli kereta

#EHMotor
#Sesimengopitanpabelikopi


0 Comments

Sesi mengopi TANPA beli kopi #447

4/4/2018

0 Comments

 
Picture
Sesi mengopi TANPA beli kopi #447
(Tuan/puan boleh tanya sebarang soalan berkaitan industri kereta terus ke FB Messenger saya)

SOALAN:

Tuan boleh saya tanya soalan...
selamat pagi tuan eddie...
saya nak minta pandangan..
saya nak beli sebuah kereta habis bayar,
bajet bawak 6k siap o.t.r..

saya tertarik dengan hyundai accent tahun 2000 ke atas sebab saya tengok range harganya RM7k kebawah?

soalan saya kereta hyundai accent dan elantra tahun 2000 ke atas ini bagus ke?

dan pandangan tuan kereta apa yang bagus untuk bajet 6k bagi yang berfamily?

JAWAPAN:

Kereta Korea seperti Hyundai akan lebih mahal dalam kos pembaikian dan spare part berbanding dengan kereta tempatan. Ini kerana kereta Hyundai Accent dan Sonata teknologinya lebih rumit.

Isu dengan kereta bajet 6k ialah walaupun harga kereta murah, cikpuan sediakan bajet dan masa untuk penyengelaraan yang lebih kerap oleh kerana usia kereta yang telah lanjut. Kereta yang bakal didapati samada bermasalah atau tidak bergantung kepada nasib cikpuan. 

Lebih disarankan untuk beli kereta tempatan seperti Waja atau Gen2.

Eddie Soh
EH Motor (ditubuh 1985)
Blacklist, CCRIS, Full loan untuk beli kereta

#EHMotor
#Sesimengopitanpabelikopi


0 Comments

Sesi mengopi TANPA beli kopi #446

4/2/2018

0 Comments

 
Picture
Sesi mengopi TANPA beli kopi #446
(Tuan/puan boleh tanya sebarang soalan berkaitan industri kereta terus ke FB Messenger saya)

SOALAN:

Mr.Eddie saya nk bertya..dr segi mileages consumption, maintainance dll bg kereta toyota altis mana lebih baik..2.0 atau 1.8.. Kereta tahun 2013

JAWAPAN:

Daripada informasi kilang, purata kegunaan minyak:

Fuel Consumption
Toyota Corolla Altis Dual VVT-i
1.8E - 18.2 km/l
2.0V - 17.7 km/l

Altis 1.8 lebih baik

Eddie Soh
EH Motor (ditubuh 1985)
Blacklist, CCRIS, Full loan untuk beli kereta

#EHMotor
#Sesimengopitanpabelikopi


0 Comments
<<Previous

    Author

    33 tahun dalam perniagaan jual beli kereta terpakai. Objektif blog ialah memberi ilmu tentang industri kereta di Malaysia kepada orang ramai.

    View my profile on LinkedIn

    Archives

    May 2020
    December 2019
    November 2019
    October 2019
    September 2019
    August 2019
    July 2019
    April 2018
    March 2018
    February 2018
    January 2018
    December 2017
    November 2017
    October 2017
    September 2017
    August 2017

    Categories

    All
    Berita
    Sesi Kopi
    Tips

    RSS Feed

Picture
EH Motor Credit Sdn Bhd 
(HQ)
Lot 3, tbg 646, Pandamaran, Port Klang 42000, Selangor, Malaysia.
Email: 
sales@ehmotorcredit.com

Tel:03 3167 0085, 03 3167 1066
(Depan balai polis pandamaran)
(Di GPS Google map/WAZE sila taip "EH Motor")


Picture
Picture
Picture
Dasar Privasi
Iklan Dengan Kami
Hubungi Kami
Copyright © ​ 2019  I  EH Motor Credit Sdn. Bhd.
  • HOME
  • Broker Program
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Testimoni
  • Sumber
    • Eddie-soh Blog kereta
    • Berita PENIPUAN industri kereta
    • Cik EH-LI (Penghuni kedai kami)
    • @cilisos
    • GAME kereta
  • Kategori Kereta
  • Promosi
  • Subscribe untuk tip kereta