EH Motor Credit
  • HOME
  • Broker Program
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Testimoni
  • Sumber
    • Eddie-soh Blog kereta
    • Berita PENIPUAN industri kereta
    • Cik EH-LI (Penghuni kedai kami)
    • @cilisos
    • GAME kereta
  • Kategori Kereta
  • Promosi
  • Subscribe untuk tip kereta

Proton Wira, Toyota Hilux 'digemari' pencuri

8/24/2017

0 Comments

 
Picture
PROTON Wira dan Toyota Hilux adalah antara model kenderaan yang paling 'digemari' pencuri kenderaan dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini.
Bagaimanapun, jumlah itu menurun 25 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.
Statistik yang dikeluarkan Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM) merekodkan peningkatan 11 peratus bagi tuntutan insurans motor yang meliputi kecurian, kemalangan dan kerosakan dengan jumlah RM2.68 bilion hanya dalam tempoh enam bulan.
Ketua Pegawai Eksekutif PIAM, Mark Lim berkata, pemilik kenderaan perlu membuat pemilihan bijak dalam memilih polisi untuk kenderaan mereka dan langkah liberalisasi yang diperkenalkan sejak 1 Julai lalu memberi kelebihan kepada pemilik kenderaan ini.
"Pemilik kenderaan ini mungkin perlu membayar premium yang lebih tinggi namun dengan langkah liberalisasi ini, jika berlaku kecurian, mereka akan mendapat pampasan sewajarnya," katanya pada pengumuman prestasi industri insurans am di Kuala Lumpur hari ini.
Selain Proton Wira dan Toyota Hilux, model lain yang direkodkan adalah Perodua Kancil, Proton Iswara dan Perodua Myvi selain Honda Civic untuk kenderaan bukan nasional.

Sumber


0 Comments

Berita: 'Elak' guna orang tengah (Apabila beli kereta)

8/24/2017

1 Comment

 
Picture
'Elak guna orang tengah'
Oleh Ziauddin Sharuddin
zia@bh.com.my


SEREMBAN: Tidak perlu penyata gaji dan penjamin untuk dapat pinjaman menyebabkan 78 kes penipuan dengan kerugian kira-kira RM422,420 berlaku di negeri ini sepanjang tempoh tujuh bulan pertama tahun ini.

Tawaran mencairkan hati mangsa itu dibuat melalui laman sosial Facebook, Instagram dan WhatsApp, manakala urusan peminjaman juga dilakukan melalui media sosial itu dan talian telefon.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Noor Azam Jamaludin, berkata sindiket terbabit juga menggunakan modus operandi mengedarkan risalah dan kad nama dalam peti pos rumah dan pada cermin kereta.

Katanya, pemohon kemudian dimaklumkan permohonan mereka berjaya walaupun tidak disokong dengan sebarang dokumen dan diminta memasukkan sejumlah wang ke dalam akaun tertentu sebagai yuran memproses pinjaman.

"Selepas wang dimasukkan, nombor telefon anggota sindiket itu tidak lagi dapat dihubungi," katanya dalam kenyataan media di Facebook Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan.

Sementara itu, katanya, polis juga mengesan kaedah penipuan di kawasan Nilai, membabitkan kes mengurangkan bayaran saman.
Noor Azam berkata, mangsa yang melayari Facebook, tertarik dengan tawaran menguruskan saman oleh seorang pemilik akaun bernama Mohd Shin dan kemudian menelefonnya untuk mengurangkan saman Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
Katanya, mangsa memasukkan wang RM300 ke dalam satu akaun untuk membayar saman dan kemudian memasukkan sejumlah lagi wang ke dalam akaun sama yang dikatakan untuk urusan di mahkamah.
Beliau berkata, mangsa hanya menyedari ditipu apabila tidak dapat menghubungi suspek selepas memindahkan wang terbabit.
Berikutan itu, Noor Azam menasihatkan orang ramai supaya berwaspada apabila berurusan dengan mana-mana pihak yang mendakwa mengendalikan pinjaman atau menguruskan saman agensi kerajaan, termasuk mendapatkan diskaun.
"Elakkan menggunakan orang tengah. Urus sendiri dengan institusi kewangan atau bayar sendiri saman JPJ atau polis untuk mengelak daripada menjadi mangsa penipuan," katanya.

Sumber

1 Comment

    Author

    33 tahun dalam perniagaan jual beli kereta terpakai. Objektif blog ialah memberi ilmu tentang industri kereta di Malaysia kepada orang ramai.

    View my profile on LinkedIn

    Archives

    May 2020
    December 2019
    November 2019
    October 2019
    September 2019
    August 2019
    July 2019
    April 2018
    March 2018
    February 2018
    January 2018
    December 2017
    November 2017
    October 2017
    September 2017
    August 2017

    Categories

    All
    Berita
    Sesi Kopi
    Tips

    RSS Feed

Picture
EH Motor Credit Sdn Bhd 
(HQ)
Lot 3, tbg 646, Pandamaran, Port Klang 42000, Selangor, Malaysia.
Email: 
sales@ehmotorcredit.com

Tel:03 3167 0085, 03 3167 1066
(Depan balai polis pandamaran)
(Di GPS Google map/WAZE sila taip "EH Motor")


Picture
Picture
Picture
Dasar Privasi
Iklan Dengan Kami
Hubungi Kami
Copyright © ​ 2019  I  EH Motor Credit Sdn. Bhd.
  • HOME
  • Broker Program
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Testimoni
  • Sumber
    • Eddie-soh Blog kereta
    • Berita PENIPUAN industri kereta
    • Cik EH-LI (Penghuni kedai kami)
    • @cilisos
    • GAME kereta
  • Kategori Kereta
  • Promosi
  • Subscribe untuk tip kereta