Berita PENIPUAN kereta di Malaysia

Pemilik kenderaan pajak boleh didenda, penjara
Oleh Mohd Azrone Sarabatin; Mohd Nasaruddin Parzi dan Faris Fuad
bhnews@bh.com.my
KUALA LUMPUR: Pemilik kenderaan yang memajak kereta kepada pihak ketiga tanpa persetujuan daripada pihak bank boleh didenda atau dipenjarakan.
Kementerian Dalam Negeri dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat menyatakan, kes-kes sambung bayar dan juga pajakan kereta ini sebenarnya melanggar peruntukan Akta Sewa Beli 1967.
"Tindakan boleh diambil terhadap pemilik kenderaan terbabit yang menyerahkan kenderaan untuk disambung bayar atau dipajak kepada pihak ketiga tanpa pengetahuan dan persetujuan daripada bank," jelasnya.
Jawapan bertulis bertarikh semalam itu bagi menjawab soalan Lim Lip Eng (DAP-Segambut) di Dewan Rakyat.
Menurut kenyataan itu, penguatkuasaan akta ini adalah di bawah bidang kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK).
Di bawah Seksyen 38 Akta Sewa Beli 1967, jika pemilik asal didapati bersalah menjual kenderaan ketika perjanjian sewa beli masih berkuat kuasa, mereka boleh didenda hingga RM30,000 atau penjara tiga tahun atau kedua-duanya.
Mengulas lanjut, kenyataan itu menyebut, Kementerian Dalam Negeri mengetahui kes sambung bayar dan pajakan kereta sebagai penyelesaian pemilik kereta yang tidak berkemampuan membayar ansuran bulanan kepada bank.
"Masalah berlaku apabila kereta yang dijual secara sambung bayar atau pajakan ini tidak dibayar sewa bulanan kepada bank, sekali gus menyebabkan penama kenderaan disenarai hitam.
"Kes-kes ini tidak boleh dikategorikan sebagai kes curi kereta kerana tidak memenuhi elemen kesalahan mencuri seperti dikatakan dalam Seksyen 378 Kanun Keseksaan.
"Namun, dalam siasatan dijalankan polis, jika terdapat unsur penipuan, polis akan siasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan," jelas kenyataan itu.
Sumber

Kereta klon: Ramai tertipu iklan di Facebook
MUHAMMAD AFHAM RAMLI
3 SEPTEMBER 2017
Nazli menunjukkan paparan iklan yang dibuat dipercayai sindiket di laman sosial Facebook.
SHAH ALAM - Helah atau modus operandi yang digunakan penjenayah mahu pun sindiket kini boleh dikatakan lebih moden.
Penggunaan internet kini bukan sahaja diguna pakai oleh golongan korporat, pelajar mahu pun mana-mana yang berkenaan, namun tidak dinafikan kumpulan penjenayah juga menjadikan medium ini bagi ‘melariskan’ jualan mereka.
Akhir-akhir ini masyarakat sering diperdengarkan dengan berita penjualan kereta mewah yang diklon dan dijual dengan harga yang jauh daripada nilai pasaran.
Tapi, itulah sindiket kereta klon.
Tidak dinafikan sindiket ini bergerak licik dengan menjual, menipu dan memalsukan dokumen kereta semata-mata mengaut keuntungan yang dikategorikan amat lumayan.
Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Selangor, Nazli Md Taib berkata, kereta klon didefinisikan sebagai kenderaan yang digunakan di atas jalan raya atau mana-mana premis yang menyerupai kenderaan yang lain (berdaftar) dari segi jenis, buatan, model dan nombor pendaftaran.
Menurutnya, kereta klon tidak dibuat tetapi kenderaan klon adalah kenderaan yang menggunakan kenderaan lain.
“Kebiasaannya kenderaan ini adalah kenderaan yang diseludup masuk dari negara jiran atau kenderaan yang telah berdaftar di Malaysia tetapi menggunakan identiti kenderaan lain.
Lambakan kereta klon yang dirampas oleh JPJ Selangor sedang dalam proses tindakan mahkamah.“Bagi kenal pasti kenderaan itu sama ada klon atau tidak, harganya jauh berbeza mengikut harga pasaran. Jika ada harga kereta itu jauh lebih murah, pasti ada yang tidak kena,” katanya kepada Sinar Online.
Tambahnya, siasat dahulu sama ada bawa ke JPJ untuk buat semakan untuk pengesahan.
Katanya, sekiranya telah tertipu, buat laporan polis untuk tindakan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
“Ada beberapa kes di mana terdapat sehingga lima buah kereta klon, tetapi ia hanya dalam jenis dan model yang sama. Bagi mengelakkan ia sukar dikesan oleh pemilik sebenar kereta, kereta klon ini tidak berada dalam jarak yang dekat, tetapi dalam jarak yang jauh seperti di Perlis dan Johor,” katanya.
Kenderaan klon ini biasanya membabitkan kereta import seperti Mercedes, Honda Odyssey, BMW dan Mazda RX-8 dan beberapa model lain yang boleh dijual serendah RM3,000 bergantung pada model dan jenisnya.
Bagaimana pengklonan dibuatMenurut Nazli, penjenayah akan memindahkan nombor pendaftaran dan nombor casis palsu, lazimnya daripada kereta yang mengalami kerosakan penuh (total lost) akibat kemalangan, kepada kereta klon.
“Kereta klon kemudiannya diberikan identiti baharu dengan segala dokumen disediakan seperti cukai jalan dan geran kenderaan.
Sindiket guna media sosial sebagai modus operandiSindiket ini kini berani mempromosikan di laman sosial seperti Facebook, Wechat, Instagram dan blog.
“Benda ini bukanlah baharu, tapi sekarang semakin menonjol tindakan mereka.
“Mereka terang-terangan buat benda ini untuk menipu ramai pembeli. Tapi kebiasaannya nombor telefon yang dipaparkan di iklan itu bukan milik mereka.
“Bila ada pembeli (mangsa) yang berminat dan terdesak hendak beli, dia perlu masukkan duit dan sebagainya sebelum urusan tukar nama dan dokumen dibuat,” kata Nazli.
Beliau menambah, sindiket ini juga licik, mereka tahu sehingga tahap mana hendak promosi di laman sosial bagi mengelakkan mereka ditangkap.
Antara model kereta klon yang dirampas.Jelasnya, tidak dinafikan Honda Odyssey antara model yang paling laris berbanding kereta model sedan lain.
“Selain itu sindiket ini juga dikesan menggunakan aplikasi WhatsApp sesama mereka bagi mempromosikan penjualan kereta klon mereka,” katanya.
Ada yang takut sehingga melibatkan kemalanganMenurut Nazli, ada antara pemilik kereta klon yang dikesan oleh pihak berkuasa menghilangkan diri.
“Bila kita telah kesan mereka, ada yang melarikan diri sehingga ada yang menyebabkan kemalangan.
“Ada sampai melanggar orang awam dan sebagainya. Ini tidak dinafikan,” katanya.
Beliau berkata, orang ramai memang dinasihatkan untuk tidak membeli kereta klon, walaupun murah ia tetap berisiko kerana mereka tidak berada dibawa lindungan insuran.
Katanya, sekiranya tertangkap, pemilik kereta klon ini bukan sahaja didenda dengan jumlah bayaran yang mencecah puluhan ribu, malah boleh dipenjarakan.
Mastermind hanya mengarah sahaja“Mungkin setiap negeri ini memiliki ‘mastermind’ (dalang) masing-masing.
“Bila ada pembeli, dalang ini akan mengarahkan ‘anak buah’ mereka bagi menguruskan semua urusan berkenaan,” kata Nazli lagi.
Katanya lagi, operasi kini dijalankan dari semasa ke semasa dan sekiranya berjaya mengesan kenderaan klon ini, pihaknya akan tahan sebelum kereta dibawa balik untuk tindakan lanjut.
Jelasnya, selain itu, tindakan juga bleh dibuat bukan hanya melalui operasi sekatan jalan raya sahaja, tetapi melalui aduan juga.
“Kita akan siasat berdasarkan aduan yang diterima sebelum menghantar anggota untuk intipan. Bila masa dan keadaan sesuai kita akan tahan,” katanya.
Statistik kenderaan klon yang dirampasBermula pada tahun 2011 sehingga 2 Ogos 2017 sebanyak 372 buah kenderaan telah disita.
Daripada jumlah itu, sebanyak 45 buah telah dikenakan denda di mahkamah dengan jumlah denda RM712,000.
Selain itu, jumlah kenderaan klon yang dilucut hak termasuk yang telah bayar denda di mahkamah adalah 144 buah.
Tindakan undang-undanga. Seksyen 7(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987
Memiliki atau menggunakan kenderaan tidak didaftarkan yang membawa hukuman denda tidak kurang daripada RM2,000 dan tidak lebih daripada RM10,000.
b. Seksyen 108(3)(f) Akta Pengangkutan Jalan 1987
Mempamerkan nombor pendaftaran yang bukan kepunyaan kenderaan tersebut yang membawa hukuman denda tidak kurang daripada RM5,000 dan tidak lebih daripada RM20,000 atau penjara selama tempoh tidak kurang daripada satu tahun dan tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.
c. Seksyen 108(3)(f) Akta Pengangkutan Jalan 1987
Mempamerkan lesen kenderaan yang bukan kepunyaan kenderaan tersebut yang membawa hukuman denda tidak kurang daripada RM5,000 dan tidak lebih daripada RM20,000 atau penjara selama tempoh tidak kurang daripada satu tahun dan tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.
d. Seksyen 90(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987
Tiada perlindungan insuran yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM1,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi tiga bulan atau kedua-duanya.
e. Soal siasat terhadap pemandu adalah di bawah Seksyen 114(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987

Melaram kereta klon
KERETA klon yang dirampas anggota JPJ Wilayah Persekutuan.
Kalidevi Mogan Kumarappa
kalidevi@hmetro.com.my
Kuala Lumpur: Seorang lelaki yang melaram bersama kereta hadiah diperoleh daripada syarikat jualan langsung (MLM) terkejut apabila mendapat tahu kereta itu adalah kenderaan klon.
Lelaki berusia 30-an itu ditahan anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Wilayah Persekutuan ketika sedang memandu kereta Suzuki Swift di Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2), di sini, jam 11.50 pagi, kelmarin.
Difahamkan, kereta itu diperoleh pekerja kilang berkenaan tiga bulan lalu.
Pengarah JPJ Kuala Lumpur Datuk Md Ziki A Rahman berkata, kereta dinaiki lelaki terbabit ditahan berikutan mempunyai perbezaan dengan kereta sebenar yang didaftar dengan JPJ.
Menurutnya, siasatan mendapati kereta klon itu menggunakan nombor plat sebuah motosikal.
“Ini adalah kes pertama kereta model ini dikesan dipalsukan oleh sindiket di ibu kota.
“Lelaki itu yang disoal siasat mendakwa tidak mengetahui kereta itu kenderaan klon yang dibawa masuk dari Singapura. Dia mendakwa kereta itu diperoleh percuma selepas menyertai syarikat MLM,” katanya.
Menurut Md Ziki, pemeriksaan lanjut pada but kenderaan itu menemui papan plat nombor kenderaan lain.
“Pemandu itu mendakwa tidak menyedari kewujudan nombor plat lain di dalam keretanya. Susulan itu kereta berkenaan disita JPJ.
“Penahanan itu menjadikan jumlah kenderaan klon disita JPJ Wilayah Persekutuan bagi tujuh bulan pertama tahun ini sebanyak 115 buah,” katanya.

'Elak guna orang tengah'
Sabtu, 12 Ogos 2017 | 10:52am
Oleh Ziauddin Sharuddin
zia@bh.com.my
SEREMBAN: Tidak perlu penyata gaji dan penjamin untuk dapat pinjaman menyebabkan 78 kes penipuan dengan kerugian kira-kira RM422,420 berlaku di negeri ini sepanjang tempoh tujuh bulan pertama tahun ini.
Tawaran mencairkan hati mangsa itu dibuat melalui laman sosial Facebook, Instagram dan WhatsApp, manakala urusan peminjaman juga dilakukan melalui media sosial itu dan talian telefon.
Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Noor Azam Jamaludin, berkata sindiket terbabit juga menggunakan modus operandi mengedarkan risalah dan kad nama dalam peti pos rumah dan pada cermin kereta.
Katanya, pemohon kemudian dimaklumkan permohonan mereka berjaya walaupun tidak disokong dengan sebarang dokumen dan diminta memasukkan sejumlah wang ke dalam akaun tertentu sebagai yuran memproses pinjaman.
"Selepas wang dimasukkan, nombor telefon anggota sindiket itu tidak lagi dapat dihubungi," katanya dalam kenyataan media di Facebook Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan.
Sementara itu, katanya, polis juga mengesan kaedah penipuan di kawasan Nilai, membabitkan kes mengurangkan bayaran saman.
Noor Azam berkata, mangsa yang melayari Facebook, tertarik dengan tawaran menguruskan saman oleh seorang pemilik akaun bernama Mohd Shin dan kemudian menelefonnya untuk mengurangkan saman Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
Katanya, mangsa memasukkan wang RM300 ke dalam satu akaun untuk membayar saman dan kemudian memasukkan sejumlah lagi wang ke dalam akaun sama yang dikatakan untuk urusan di mahkamah.
Beliau berkata, mangsa hanya menyedari ditipu apabila tidak dapat menghubungi suspek selepas memindahkan wang terbabit.
Berikutan itu, Noor Azam menasihatkan orang ramai supaya berwaspada apabila berurusan dengan mana-mana pihak yang mendakwa mengendalikan pinjaman atau menguruskan saman agensi kerajaan, termasuk mendapatkan diskaun.
"Elakkan menggunakan orang tengah. Urus sendiri dengan institusi kewangan atau bayar sendiri saman JPJ atau polis untuk mengelak daripada menjadi mangsa penipuan," katanya.

Sambung bayar kenderaan, OK ke KO?
FAIRUZ JUMAIN, RIDUAN ASHAHA, JANATUL FIRDAUS
24 JULAI 2017
KEADAAN ekonomi yang semakin menekan hari ini menyebabkan ramai daripada kita memikirkan pelbagai cara bagi mengurangkan hutang yang ditanggung.
Mungkin ada di antara kita memikirkan cara terbaik adalah dengan melepaskan kenderaan dimiliki kepada orang lain untuk sambung bayar.
Dengan cara ini sedikit sebanyak hutang boleh dikurangkan, tapi sedarkah anda tindakan itu membuka peluang kepada sindiket penipuan kereta?
Selain itu, ada juga mereka yang sudah disenarai hitamkan daripada membuat mana-mana pinjaman bank sanggup ambil risiko dengan sambung bayar kenderaan walaupun menyedari tindakan itu terdedah kepada penipuan. Walaupun pelbagai contoh didedahkan badan bukan kerajaan (NGO) dan media, namun kes-kes penipuan sambung bayar terus berlaku. Ikuti laporan SOROT minggu ini.
“BIASANYA sindiket penipuan urusan sambung bayar kenderaan ini didalangi penjual kereta terpakai dan penarik kereta termasuk juga pelepasan bayaran berlapis,” dedah bekas penyeludup kenderaan yang hanya mahu dikenali sebagai Jack, 43, dari utara tanah air.
Jack yang kini insaf, tampil mendedahkan modus operandi penyelewengan dalam urusan sambung bayar kenderaan.
“Ada beberapa kategori penipuan sambung bayar kenderaan, biasanya kereta yang ditempatkan di garaj kenderaan terpakai ni sebab pemilik asal tak mampu lagi bayar ansuran bayaran bulanan dan minta pengusaha (kenderaan terpakai) untuk tolong jualnya.
“Kemudian datang individu yang berhasrat nak sambung bayar tapi dia pun tak mampu atau ada masalah dalam membuat pinjaman, jadi kereta berkenaan dilepaskan kepada individu lain pula untuk sambung bayar. Penjual kereta terpakai lepas tangan sebab tiada perjanjian.
[ARTIKEL BERKAITAN: Sambung bayar penuh dengan risiko]
"Kalau kena saman atau berlaku jenayah membabitkan kereta itu, pemilik asal yang menanggungnya. Pengusaha kereta terpakai tidak akan bertanggung jawab,” katanya kepada Sinar Harian.
Menurut Jack, jika pemilik asal kenderaan ingin ambil semula keretanya, perlu langsaikan semua hutang di bank, saman trafik dan buat laporan polis memaklumkan kereta miliknya itu hilang.
Dakwa Jack, ada juga kes didalangi penarik kereta iaitu kereta yang ditarik tidak dibawa masuk ke dalam gudang sebaliknya berkomplot dengan pihak tertentu bagi mengeluarkan geran dan jualnya semula di pasaran gelap dikenali kenderaan ‘piang’.
“Malangnya pemilik asal tak tahu status keretanya, malah nombor pendaftaran juga ditukar baru. Mangsa ingatkan kereta yang ditarik kini ada dalam gudang bank sebaliknya dah dijual kepada orang lain.
"Lebih teruk lagi, pengusaha kereta piang ini biasanya didalangi geng tarik kereta menyeludup ke Thailand.
"Biasanya kereta mewah yang sangkut banyak bulan atau bertahun tak bayar,” katanya.
Jelasnya, ada juga pemilik kereta yang rela namanya disenarai hitamkan oleh bank kerana memperoleh habuan lain.
“Misalnya pemilik kereta mewah, dia tak bayar ansuran bulanan lebih kurang lima atau lapan bulan dan jumlah tunggakan RM30,000.
[ARTIKEL BERKAITAN: Pemilik asal kenderaan berkuasa penuh: JPJ]
“Jadi geng tarik kereta datang kawtim janji nak bagi RM10,000 kepada pemilik asal kereta mewah dengan syarat pemilik serah geran, kad pengenalan dan tukar nombor pendaftaran baru.
“Kalau bank tarik, pemilik tak dapat apa-apa. Melalui kaedah ini dapat juga RM10,000 tapi nama disenarai hitam di bank,” jelasnya.
Namun, Jack tidak semberono menuduh semua pengusaha kenderaan terpakai dan penarik kereta ini sebagai penyeleweng, hanya segelintir bersikap demikian.
“Ada juga pengusaha kenderaan terpakai dan penarik kereta yang beli terus kereta dengan hutang tertunggak daripada pemilik. Malah tolong pembeli baru buat pinjaman semula,” ujarnya.

Dah make-up cantik, kereta kena ambil balik
FAIRUZ JUMAIN, RIDUAN ASHAHA, JANATUL FIRDAUS
24 JULAI 2017
Gambar hiasan
MEMPUNYAI sebuah kereta selepas dua tahun bekerja di sebuah kilang memproses produk getah memberi sedikit kepuasan buat diri Zakwan Ali.
Pemuda berusia 25 tahun itu, berhajat menggunakan kereta Proton Wajanya untuk memudahkan urusan pulang ke kampung halaman di Perak.
Kereta Waja itu asalnya milik seorang pekerja senior di tempat kerjanya yang digelar Abang Sufi.
Menurut Zakwan, Abang Sufi menjual kereta itu kepadanya dengan harga RM5,000 dan dia perlu sambung bayar kepada bank.
“Saya suka kerana itu kereta pertama saya. Saya cat semula. Tukar segala yang rosak.
“Bila dah make-up, kereta itu nampak cantik dan baru. Macam baru keluar kedai. Seronok bila bawa pulang ke kampung,” katanya.
[ARTIKEL BERKAITAN: Sambung bayar kenderaan, OK ke KO?]
Bagaimanapun katanya, selepas setahun menggunakan kereta itu, berlaku kejadian yang menjadi pengajaran berguna buat dirinya.
“Anak Abang Sufi ambil kereta itu. Ketika itu saya tidak tahu mengapa. Abang Sufi pun tidak mahu menjelaskan perkara sebenar.
“Rupa-rupanya dia dan isteri sudah bercerai. Kereta itu nama isterinya,” katanya.
Walaupun kecewa dengan apa yang berlaku, Zakwan berkata, dia tetap menghormati Abang Sufi.
“Alhamdulillah, Abang Sufi bayar semula kerugian yang saya alami,” katanya.
Selepas kejadian itu, Zakwan serik untuk membeli kereta secara sambung bayar dan menasihati orang ramai supaya lebih berhati-hati.
“Selepas kejadian itu, saya beli sebuah kereta baru.
"Walau apa yang berlaku, kereta itu atas nama saya,” katanya.

Perjanjian sewa beli tak sah: PPIMNINA FARZUIN MD SHAROM
13 JULAI 2017
Hishamuddin (tengah) menunjukkan perjanjian pajakan antara pengadu dan syarikat pajakan.
KUALA LUMPUR - Perjanjian sewa beli kenderaan antara 500 pengadu yang melibatkan 1,500 kereta dengan sebuah syarikat pajakan kenderaan yang tular baru-baru ini, tidak sah.
Pengerusi Biro Undang-Undang Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Hishamuddin Hashim berkata, situasi itu berlaku kerana kenderaan tersebut adalah di bawah akta sewa beli.
Beliau berkata, dalam akta sewa beli, pihak yang berkontrak adalah pemilik iaitu pihak bank dan pembeli kereta yang dipanggil sebagai penyewa.
“Ini bermaksud bila ada perjanjian akta sewa beli ini, pembeli tidak boleh menjual kepada pihak ketiga. Sekiranya mereka jual, sama ada diperdaya sehingga wujudnya perjanjian perjanjian sewa beli atau pajakan ia adalah tidak sah,” katanya pada sidang media, semalam.
Isnin lalu, Pengarah Unit Tindakan Khas PPIM, Yusuf Azmi bersama 23 mangsa menyerbu syarikat kereta terbabit untuk menuntut wang, yang didakwa ditipu pemilik syarikat menyebabkan berlaku kekecohan dan tular di media sosial. Pada hari sama juga, polis menerima laporan daripada syarikat kereta terbabit bahawa stor kenderaan berkenaan di Sungai Sekamat, Kajang telah diceroboh pemilik kenderaan yang dipajak bagi mengambil kenderaan yang berada dalam stor.
Hishamuddin turut mempertikaikan tindakan syarikat terbabit yang mendakwa mempunyai hak ke atas kenderaan-kenderaan milik pengadu.
Beliau berkata, atas kapasiti apa syarikat itu menyimpan kereta-kereta tersebut kerana syarikat terbabit bukan pemilik atau penyewa.
“Sepatutnya pihak polis menyiasat syarikat tersebut kerana mereka telah menyimpan barang (kereta) secara curang di bawah Kanun Keseksaan,” katanya.
Mengulas lanjut, beliau berpendapat, isu pencerobohan stor oleh PPIM seperti didakwa pemilik syarikat itu tidak timbul kerana serbuan dilakukan bagi bantu pengadu mendapatkan hak mereka.
“Bagi saya, isu ceroboh ini tidak timbul kerana tujuan kita hanyalah bantu pengadu tanpa niat lain, tapi saya tidak nafikan hak polis untuk menjalankan siasatan,” katanya.
Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Selangor, Deputi Komisioner Datuk Ab Rashid Ab Wahab mengesahkan menerima laporan polis daripada seorang lelaki yang bekerja sebagai eksekutif (pengadu) mengenai kejadian stor syarikatnya di Jalan Cheras, Kajang diceroboh oleh sekumpulan individu bagi mengambil kenderaan dalam stor tersebut.
“Polis telah buka satu kertas siasatan dan beri jaminan satu siasatan menyeluruh mengikut undang-undang sedia ada akan dijalankan tanpa melindungi atau menyebelahi sesiapapun yang terlibat,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.
Beliau juga menasihatkan semua pihak agar tidak bertindak sendirian dan membelakangkan undang-undang. Sementara siasatan dijalankan, katanya, polis meminta kerjasama orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi berhubung perkara ini.
“Polis akan jalankan siasatan secara terperinci, telus dan adil berlandaskan peruntukan undang-undang tanpa menyebelahi mana-mana pihak,” katanya.

Nak jual kereta online konon
Selasa, 11 Julai 2017 @ 1:11 PM
GAMBAR hiasan
Suraya Roslan
suraya@hmetro.com.my
LEBIH 11 aduan sebulan diterima Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) sejak tahun lalu membabitkan penipuan jual beli kereta di portal perniagaan dalam talian di Malaysia.
Ketua Aktivisnya, Datuk Nadzim Johan berkata, aduan itu dikemukakan pengguna selepas pihaknya menerima banyak rungutan ditipu membabitkan kerugian ribuan ringgit.
"Modus operandi penipu menggunakan portal ini menawarkan kereta dengan harga murah seterusnya meminta pengguna membayar wang pendahuluan sebelum menghilangkan diri.
"Kemudian, penipu akan membuat akaun lain pula seterusnya menipu pengguna lain," katanya dalam sidang media di sini, hari ini.
Turut hadir Presiden Persatuan Penjual Kereta Kuala Lumpur dan Selangor Khoo Kah Jin.
Nadzim turut menggesa pihak berkuasa terutama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dan Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) memantau operasi portal berkenaan bagi mengelak lebih ramai pengguna ditipu.
"Bagi pihak PPIM sendiri, sejak tahun lalu, kami menerima 30,000 aduan penipuan membabitkan semua produk di portal berkenaan dengan nilai kerugian jutaan ringgit," katanya.

Lebih 500 aduan tipu pajak kenderaan
Yusmizal Dolah Aling
yusmizal@hmetro.com.my
PERSATUAN Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menerima lebih 500 aduan mengenai penipuan syarikat pajakan kenderaan didalangi lelaki bergelar Datuk Seri.
Ketua Aktivisnya Datuk Nadzim Johan berkata, modus operandi digunakan ialah sambung bayar menerusi satu perjanjian yang sebenarnya tidak membawa nilai apa-apa.
Katanya, pemilik kenderaan dijanjikan bahawa kereta yang mereka pajak itu mempunyai penyewa dan mereka tidak akan mempunyai masalah pembiayaan dengan institusi kewangan.
“Apabila pengguna sudah diberitahu tentang adanya perjanjian menyebabkan mereka menyerahkan kenderaan dengan rela hati. Ada yang yakin kereta mereka digunakan (sambung bayar), sudahnya terima notis dari bank memaklumkan ada tunggakan bayaran.
"Satu cara lagi, syarikat itu juga menawarkan pembelian kereta baru, yang kononnya akan dipajak, tetapi semuanya ditipu. Ada sangkut paut antara sindiket dan institusi kewangan," katanya pada sidang media hari ini.
Hadir sama Pengarah Unit Tindakan Khas PPIM, Yusuf Azmi dan Ketua Operasi Unit Tindakan

Johor, Kelantan paling banyak kereta klon
6 Julai 2017 @ 3:48 PM
Gambar fail kereta klon yang disita JPJ di seluruh Melaka tahun lalu.
Hafidzul Hilmi Mohd Noor
hafidzul@hmetro.com.my
JABATAN Pengangkutan Jalan (JPJ) sudah menyita 2,300 kereta klon dari Januari tahun lalu sehingga kini.
Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Ab Aziz Kaprawi berkata, negeri Johor dan Kelantan adalah negeri yang paling banyak didapati menggunakan kereta klon.
Beliau berkata, keadaan itu amat membimbangkan namun berharap angka itu dapat diturunkan selepas Permit Masuk Kenderaan (VEP) dilaksanakan pada bulan depan.
"Kenderaan klon yang disita sehingga bulan ini termasuk kereta jenis BMW, Toyota, Honda, Mazda Mitsubishi, Mercedes dan Suzuki.
"Kenderaan ini diseludup masuk negara ini dari Singapura oleh sindiket tertentu yang turut beroperasi di laman sosial terutama Facebook berikutan terdapat permintaan oleh pembeli di negara ini," katanya pada sidang media selepas menghadiri Majlis Jalinan Mesra Aidilfitri 2017 di JPJ Kuala Lumpur, hari ini.
Hadir sama pada majlis berkenaan Ketua Pengarah JPJ Datuk Seri Nadzri Siron dan Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Datuk Azih Muda.
Menurut Ab Aziz, kenderaan yang dibawa masuk itu akan diklon menggunakan nombor pendaftaran orang lain dan digunakan di negeri lain.
"Saya ingin menasihati kepada pengguna supaya berhati-hati dalam membeli kenderaan bagi mengelakkan ditipu sindiket ini.
"Walaupun harga yang ditawarkan jauh lebih murah dari harga pasaran namun kenderaan itu tidak boleh digunakan," katanya.

JPJ kemalangan kejar kereta klon
WSYAMILAH ZULKIFLI
3 JULAI 2017
Kenderaan peronda JPJ yang terbabit kemalangan ketika mengejar kereta klon di Nilai (Ihsan pembaca)
NILAI - Sebuah kenderaan pacuan empat roda Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) terbabit kemalangan dengan empat kenderaan lain ketika mengejar sebuah kereta klon di Kawasan Perindustrian Arab-Malaysia di sini, petang tadi.
Bagaimanapun dalam kejadian kira-kira jam 5.15 petang itu tiada kemalangan jiwa dilaporkan.
Pengarah JPJ negeri, Azrin Borhan, berkata, tiga anggota yang sedang membuat rondaan telah melihat sebuah Honda Stream dalam keadaan mencurigakan sebelum mengekorinya.
"Anggota kemudian telah mengarahkan kereta itu berhenti, namun pemandunya enggan berbuat demikian dan cuba melarikan diri.
"Keadaan itu mengakibatkan berlaku perlanggaran dengan kenderaan lain yang keseluruhan membabitkan lima kenderaan termasuk kenderaan JPJ yang mengejarnya,"katanya.
Menurutnya, suspek berusia 30-an tidak mengalami kecederaan dan telah menyerah diri, manakala hanya seorang pemandu wanita yang cedera ringan.
Azrin berkata, hasil pemeriksaan lanjut mendapati, kereta terbabit menggunakan nombor pendaftaran kenderaan lain dan tiada rekod nombor casis.
"Kita percaya kereta itu adalah kenderaan klon. Anggota JPJ yang terbabit dalam kemalangan itu sudah membuat laporan polis dan mereka semua tidak cedera.
"Pada masa sama kita akan menjalankan siasatan lanjut berhubung kereta klon berkenaan," katanya.

Dua individu dikompaun miliki kereta klon
ROSALWANI CHE SOH
15 JUN 2017
Mahasan turut mengagihkan pek makanan kepada pengguna jalan raya dalam program JPJ di hadapan stesen minyak Petron Melor, hari ini.
KOTA BHARU - Dua individu dikenakan kompaun dan kereta milik masing-masing iaitu Honda Jazz dan Honda Oddysey ditahan selepas pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengesan kenderaan terbabit merupakan kereta klon.
Pengarah JPJ negeri, Mahasan Mustapa berkata, mereka ditahan ketika operasi dan pemeriksaan pihaknya di sekitar Kota Bharu minggu lalu.
"Pihak terbabit dikesan membeli kereta berkenaan secara atas talian dan telah menggunakan kenderaan terbabit hampir setahun.
"Harga Honda Jazz terbabit hanya bernilai RM 8,000 manakala Honda Oddysey bernilai RM 25,000 lebih murah dari harga pasaran," katanya kepada media di sini hari ini.
Terdahulu Mahasan turut menyertai program JPJ selamat sampai ke destinasi di hadapan Petron Melor di sini dengan mengagihkan pek makanan kepada pengguna jalan raya.
Hadir sama Penasihat Institut Memandu Malaysia (PIMA), Datuk Roomai Nor Ali.
Mahasan berkata, kedua- duanya akan dibawa ke mahkamah untuk tindakan susulan.
"Kita sentiasa mengadakan pemantauan berhubung kereta klon yang masuk ke negeri ini dan setakat tahun ini sebanyak 168 kereta klon pelbagai jenis telah disita untuk tindakan lanjut.

82 kereta klon disita di Negeri Sembilan sejak 2015
17 MEI 2017
Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Sembilan, Azrin Borhan (tengah) memeriksa sebahagian motosikal yang disita atas pelbagai kesalahan, untuk dilelong hari ini. - Foto Bernama
SEREMBAN - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Sembilan menyita 82 kereta klon di negeri ini sejak 2015, kata Pengarahnya Azrin Borhan.
Beliau berkata kebanyakan kereta klon ini adalah dari negara jiran dan pihaknya sedang mempertingkatkan usaha mengekang kegiatan itu.
"Sebanyak 18 kereta klon disita pada 2015, 56 pada 2016 dan lapan setakat tahun ini. Lapan kereta klon yang disita setakat tahun ini bernilai RM350,000 adalah jenis Toyota, Honda dan Proton Saga," katanya kepada pemberita selepas majlis Lelongan Awam di Ibu Pejabat JPJ Negeri Sembilan di sini, hari ini.
Beliau menasihati orang ramai supaya berhati-hati apabila didatangi individu yang menjual kereta mewah dengan harga rendah dan perlu dapatkan bantuan JPJ atau Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) untuk melihat kesahihan kereta tersebut.
"Bagi mereka yang menggunakan kereta klon pula, saya nasihatkan supaya serah diri di pejabat JPJ terdekat secara sukarela untuk mengelakkan tindakan undang-undang," katanya.
Azrin berkata, mereka yang ditahan kerana menggunakan kereta klon boleh disabitkan kesalahan mengikut Seksyen 7 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 disebabkan memiliki kenderaan tidak berdaftar, Seksyen 108 APJ 1987 kerana mempamerkan nombor kenderaan palsu, Seksyen 15 (1) APJ 1987 disebabkan tiada Lesen Kenderaan Motor (LKM) serta Seksyen 90 (1) APJ 1987 kerana tiada insurans kenderaan.
Mengenai kesalahan menggunakan lorong kecemasan semasa operasi Tahun Baru Cina Januari lepas, beliau berkata 196 notis telah dikeluarkan yang mana 84 individu (pemilik kenderaan) disaman setakat ini.
Sementara itu, katanya, 50 motosikal pelbagai jenis yang tidak dituntut pemiliknya setelah disita atas pelbagai kesalahan mendapat kelulusan mahkamah untuk dilelong dalam acara lelongan kali pertama bagi tahun ini, hari ini.
"Sebanyak 48 motosikal tersebut boleh didaftarkan kembali untuk digunakan, manakala dua lagi dilelong sebagai barangan lusuh kerana nombor casisnya tidak kelihatan," katanya.
Seramai 40 individu mengambil bahagian membida motosikal tersebut dan harga lelongan bermula dengan RM50, yang mana motosikal jenis Yamaha RXZ dibida dengan harga tertinggi iaitu RM4,050, manakala motosikal Suzuki RC110S pula dibida dengan harga terendah iaitu RM100.
"Jumlah hasil lelongan itu ialah RM55,550," katanya. - Bernama

Padah jual kereta tanpa tukar nama
WARTAWAN SINAR HARIAN
11 MEI 2017
Nurul ketika mendapatkan khidmat nasihat daripada Billy di pejabatnya, Agensi Suria Padu, di sini.
KAMUNTING – Niat seorang kakitangan kerajaan untuk menjual kereta BMW 320i tidak kesampaian apabila kenderaan miliknya itu hilang.
Dia yang hanya mahu dikenali sebagai Nurul, 31, berkata, sebelum ini kereta tersebut dibayar bersama dengan bekas suami, namun selepas berpisah dia ingin menjualkannya.
Menurutnya, sekitar Disember 2015, dia telah mengiklankan kereta terbabit di sebuah laman web dengan harga RM70,000.
"Ada seorang yang berminat untuk beli kereta itu. Pada 14 Januari, saya telah berjumpa dengan individu itu di Tesco Taiping sekitar jam 2 petang untuk bincang urusan jual beli kereta itu," katanya pada sidang media, di sini semalam.
Katanya, individu terbabit melihat keadaan kereta dan akhirnya bersetuju untuk membelinya pada harga RM68,000.
"Kemudian saya terus serahkan kereta itu dan orang tu berjanji akan buat proses tukar nama dalam masa tiga minggu. Pada Februari, saya diminta untuk serahkan geran kereta kepada salah seorang rakannya di hadapan bank CIMB, Greentown Ipoh.
"Selepas itu, setiap bulan saya tak henti-henti telefon individu itu tanyakan tentang proses tukaran nama, tapi jawapan diterima tetap sama, dalam proses," katanya.
Lebih mengejutkan, kata Nurul, pada Jun 2016, dia telah menerima panggilan daripada pihak bank menyatakan bahawa ansuran bulanan kereta berkenaan tertunggak selama tiga bulan.
"Saya sekali lagi cuba hubungi individu itu dan dia beritahu kereta itu ada di Johor dan jika bank nak tarik, biarkan saja.
"Tak puas hati dan bimbang dengan perkara itu, saya minta dia pulangkan semula kereta itu tapi dia enggan," katanya.
Tambahnya, dia akhirnya membuat laporan polis pada Ogos 2016 apabila individu itu tidak lagi dapat dihubungi.
"Saya bimbang bila terima surat saman atas kesalahan had laju di Alor Setar dan hingga kini masih gagal temui kereta itu.
"Lagi risau takut kereta ni digunakan dalam kegiatan jenayah sedangkan proses tukar nama masih tak selesai," katanya.
Sementara itu, Penasihat Pengguna Taiping, Dr. Billy Toh berkata, masalah tersebut menjadi kesalahan kerana menjual kereta tanpa pengetahuan pihak bank.
"Kesalahan itu di bawah Akta Sewa Beli 1967 Pindaan 2010, dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda RM25,000 atau penjara tiga tahun atau kedua-duanya sekali," katanya.
Jelas Billy, kes seperti ini banyak dilakukan individu yang mahu menjual kenderaan mereka kerana menganggap ia lebih mudah dan cepat.
"Namun sebenarnya, pengguna terdedah kepada pelbagai masalah dan musibah sekiranya proses pertukaran nama itu tidak dilakukan. Kenderaan terbabit boleh digunakan untuk kegiatan jenayah dan sebagainya.
"Oleh itu, dinasihatkan kepada semua pengguna supaya jangan sesekali berbuat demikian kerana kesannya amat buruk," katanya.

Tipu sana tipu sini dapat RM218,500
ANTARA barang yang dirampas daripada suspek.
FOTO ihsan PDRM
Rabi 'Atul 'Adawiyah Ismail
rabiatul@hmetro.com.my
LELAKI berusia 42 tahun yang menjual kereta murah tidak wujud secara dalam talian sejak 2016 sehingga meraih untung atas angin sebanyak RM218,500 ditahan dalam serbuan di pekan Sitiawan, Perak, hari ini.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman Datuk Acryl Sani Abdullah Sani berkata, lelaki itu menggunakan Facebook (FB), mudah.my dan Instagram sebagai medium mengiklankan kereta untuk dijual.
Katanya, sesiapa yang berminat untuk membeli kereta boleh menghubunginya ditalian 012-7728115.
"Seterusnya, mangsa akan diminta membuat bayaran pendahuluan antara RM500 hingga RM3,000. Namun, keesokannya, suspek cuba memperdaya mangsa dengan memaklumkan ada pembeli lain yang ingin membeli kereta yang sudah ditempah dengan bayaran penuh.
"Sekiranya, mangsa masih berminat untuk membeli kereta itu, mereka perlu membuat pembayaran penuh dan suspek tidak akan menjual kereta itu kepada individu lain.
"Mangsa yang terpedaya dengan helah lelaki itu membuat pembayaran penuh dan selepas itu, suspek menghilangkan diri," katanya dalam kenyataan media di Kuala Lumpur, hari ini.
Acryl berkata, sebanyak 81 laporan polis diterima berkaitan penipuan suspek membabitkan kerugian RM218,500.
Katanya, siasatan mendapati suspek menggunakan 11 akaun bank tempatan milik lima individu dipercayai keldai akaun yang meminjamkan akaun mereka kepada suspek untuk urusan pembayaran.
"Dalam serbuan itu, polis merampas dua telefon bimbit, enam kad ATM dan satu komputer riba.
"Suspek akan direman esok untuk siasatan lanjut," katanya.

Pemain import ditahan miliki kereta klon BMW
NUR FARHANA ABDUL MANAN
5 MEI 2017
Kereta klon mewah jenis BMW 325i yang dirampas.
SERDANG – Hasrat seorang pemain bola sepak warga Liberia terus melaram dengan kereta klon mewah jenis BMW 325i dimiliknya tidak bertahan lama apabila ditahan sepasukan anggota Balai Polis Puchong Jaya, awal pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Megat Mohammad Aminudin Megat Alias berkata, gerak-geri suspek dihidu anggota yang membuat pemerhatian terhadap kenderaan diletakkan di Jalan Puteri 1/6, Bandar Puteri Puchong itu kira-kira jam 4 pagi.
Menurutnya, kira-kira sejam setengah selepas itu , suspek berusia 30 tahun dikatakan berjalan kaki menuju ke kenderaan tersebut dan membuka pintu menggunakan alat kawalan jauh.
“Polis tahan suspek ketika nak hidupkan enjin, hasil semakan mendapati nombor chasis pada kenderaan tidak mempunyai sebarang rekod dalam sistem Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
“Polis tidak menemui apa-apa barang salah lain bersama suspek ketika pemeriksaan tubuh badan dijalankan. Suspek ditahan dan direman hingga Ahad ini manakala kenderaan dirampas untuk siasatan lanjut,” katanya.
Kes disiasat mengikut Seksyen 29 (1) Akta Kesalahan Kecil 1955 yang jika sabit kesalahan denda maksimum RM1,000 atau penjara tidak melebihi setahun atau kedua-duanya.

Serah kunci kereta, jika tidak...
ZUBAIDAH ISA, HAFIZ ISMAIL
24 APRIL 2017
MEMILIKI kenderaan sendiri sememangnya menjadi idaman sesiapa sahaja. Baik individu bujang mahupun yang sudah berkeluarga.
Besar atau kecil, jenama tempatan atau luar negara, yang pastinya memiliki kenderaan itu menjadi satu keperluan demi memudahkan pelbagai urusan.
Begitu juga keinginan Farid, 29 (bukan nama sebenar). Namun, namanya sudah disenarai hitamkan. Untuk meminjam pada pihak bank sudah tentu pinjamannya ditolak.
Advertisement
Pertemuan dengan seorang jurujual kereta pada pameran kereta di Kajang, Julai 2015 telah menjadikan impian Farid tercapai.
Walaupun telah menerangkan kedudukannya yang disenarai hitamkan pihak bank, tetapi melalui pakej sewa beli yang ditawarkan syarikat berkenaan, Farid masih boleh memiliki kenderaan sendiri.
“Ketika itu jurujual tersebut, memberi cadangan untuk membeli kenderaan secara sewa beli dengan syarikat. Kemudian, jurujual itu menerangkan segala syarat-syarat pembelian.
“Saya bersetuju dan membuat bayaran RM850 sebagai wang pendahuluan untuk menempah kereta jenis Proton Iriz,” katanya.
Sebulan kemudian, iaitu pada Ogos 2015, Farid dihubungi syarikat berkenaan untuk mengambil kereta.
“Di syarikat itu, saya berurusan dengan seorang lagi pegawai dan membayar deposit kira-kira RM9,000 sebelum dibenarkan mengambil kereta berkenaan. Saya menggunakannya sehingga Februari lalu.
“Sepanjang tempoh itu, bayaran ansuran dimasukkan ke dalam akaun syarikat seperti diarahkan. Dan sepanjang tempoh itu juga tiada masalah berlaku walaupun saya pernah terlewat bayar sehingga dua bulan,” katanya.
[ARTIKEL BERKAITAN: Siapa sebenarnya ejen pengutip hutang?]
Namun, segalanya berubah apabila pada bulan sama, Farid didatangi seorang individu di rumahnya kira-kira jam 10 malam untuk menarik keretannya dengan alasan ada tunggakan selama dua bulan (Disember 2016 dan Januari 2017).
Individu itu hanya menunjukkan surat kebenaran tarik kereta, pengenalan diri dan laporan polis ketika diminta Farid, namun tiada salinan diberikan kepadanya.
“ Saya dimaklumkan dia juga mempunyai kuasa menarik kereta dalam tempoh 24 jam. Saya ambil gambar surat wakil, tetapi agak meragukan kerana surat tersebut tidak di tandatangani.
“Nama yang tertulis pada surat tersebut juga, bukan namanya. Saya berkeras tidak mahu menyerahkan kereta itu, sebaliknya saya diberi amaran, jika enggan menyerahkan kunci kereta dan kereta, dia akan bertindak.
“Sebelum ini saya tidak pernah menerima apa-apa amaran atau surat peringatan kerana lewat bayar,” katanya.

Risiko sambung bayar kereta perlu diketahui
NURHAZAH IBRAHIM
25 MAC 2017
INI adalah beberapa situasi yang akan dihadapi oleh anda sekiranya menjual kereta dengan cara sambung bayar kepada individu lain.
Kes Pertama: Untuk pengetahuan, saya tidak mengenali secara dekat individu yang sedang menggunakan kereta saya secara sambung bayar itu. Atas dasar percaya, saya menyerahkan kereta tersebut dengan harapan pembayaran bulanan dilakukan tepat pada masanya dan segala saman dijelaskan, tidak terlibat dengan jenayah dan lain-lain.
Ketika menyerahkan kereta, kami menandatangani surat perjanjian namun tidak menerima salinan sehingga kini walaupun sudah berjanji akan diserahkan apabila selesai urusan pemfailan.
Kemudian muncul masalah yang mana pemilik baru tidak melakukan bayaran bulanan secara tetap. Kemudian mesej tidak dibalas dan telefon tidak dijawab. Sehinggakan boleh dikatakan setiap hari pihak bank menghubungi pemilik mengingatkan tentang pinjaman kereta yang tertunggak.
Bahkan, saman juga banyak dilakukan oleh pemilik baru.
Kes Kedua: Situasi kedua ini berlaku pada rakan baik penulis sendiri. Apabila si suami menyerahkan kereta kepada adiknya untuk di sambung bayar. Sedangkan individu yang tidak dikenalipun sukar, apatah lagi darah daging sendiri. Tentunya mereka mengambil mudah.
Si adik mula culas membayar bayaran bulanan sehingga tertunggak selama tiga bulan. Si abang mula berleter tetapi tidak berhasil. Rekod bayaran yang tidak cantik itu membuatkan si abang sukar untuk membuat pinjaman.
Tidak kiralah sama ada darah daging sendiri mahupun dijual kepada orang luar, banyak perkara perlu diambil kira. Perlu anda ketahui tentang risiko yang terdedah saat membeli atau menjual kereta secara sambung bayar.
Bagi mendapatkan penjelasan lebih lanjut, penulis menemubual Pengarah Bahagian Kejuruteraan Automotif, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Ir Mohamad Dalib (Datuk Mat Dalib).
Sinar Turbo: Datuk, mengapa orang lebih gemar mengambil mudah dengan membeli atau menjual kereta sambung bayar?
Datuk Mat Dalib : Kebiasaannya siapa yang akan beli kereta sambung bayar? Pertama, mereka yang tidak layak membuat pinjaman. Sebagai contoh nama disenarai hitam oleh pihak bank. Kedua, mereka yang tidak mempunyai wang untuk membayar deposit atau duit pendahuluan. Ketiga, dokumen yang dilampirkan untuk membuat permohonan pinjaman tidak cukup kuat seperti gaji asas rendah, terlalu banyak komitmen dan sebagainya.
Sinar Turbo: Jadi apakah risiko yang terdedah buat mereka yang membeli atau menjual kereta secara sambung bayar?
Datuk Mat Dalib: Apa saja yang berlaku terhadap kereta itu menjadi tanggungjawab si pemilik. Contohnya berlaku kes jenayah atau disaman. Yang menerima akibatnya adalah pemilik kereta asal dan bukan pemilik yang sambung bayar.
Apa-apa saja aktiviti yang dilakukan akan ditanggung sepenuhnya oleh pemilik asal kenderaan. Pemilik juga harus ingat, kebanyakan mereka yang membeli kereta sambung bayar kebiasaannya memiliki rekod buruk seperti nama disenarai hitam, ada masalah kewangan dan sebagainya. Jadi mereka berisiko untuk tidak bayar ansuran. Akibatnya, anda terpaksa tanggung hutang.
Masalah yang paling banyak berlaku adalah kes melibatkan jualan atas jualan? Andaikan anda jual kenderaan secara sambung bayar kepada Ali. Dua bulan kemudian, Ali jual semula kenderaan tersebut secara sambung bayar kepada Abu dengan mengaut keuntungan atas angin.
Akibatnya, anda tidak tahu siapa pemilik ketiga berkenaan. Bagaimana jika bayaran bulanan tidak dibuat kepada pihak bank? Siapa yang perlu anda tuntut?
Sinar Turbo: Kerana itulah kita dapat lihat ada di antara mereka yang membuat surat perjanjian urusan jual beli. Menurut Datuk adakah surat perjanjian ini sah?
Datuk Mat Dalib: Walaupun ada perjanjian antara anda dan pemilik kenderaan asal, adakah ia sah dari segi undang-undang? Ya, kedua-dua pihak boleh buat surat perjanjian dan ada juga membuat stamping.
Anda harus tahu, pemilik asal memiliki kuasa mutlak ke atas kenderaannya selagi nama pemilik tidak ditukar. Bila-bila masa dia boleh minta balik kenderaannya dan anda perlu serah semula.
Dalam undang-undang seksyen 10 jelas menyebut apabila sesuatu kenderaan yang bertukar milik perlu lapor di mana-mana JPJ dalam tempoh 7 hari bekerja.

JPJ mampu kesan kereta klon
Kenderaan klon yang disita JPJ Selangor tahun ini. - Foto Fail
19 April 2016
BERNAMA
Seremban: Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Datuk Sri Ismail Ahmad berkata jabatan itu mempunyai kepakaran mengesan kereta klon.
Kebanyakan kereta klon yang disita ialah kereta yang dibawa masuk ke negara ini dari negara jiran (Singapura) dan sejak November 2014 hingga Mac lalu, JPJ menyita dan mengambil tindakan terhadap 1,535 kereta klon di seluruh negara.
"Ia ditawar dengan harga berbeza mengikut jenis kenderaan, Ada yang sekitar RM12,000 berbanding harga pasaran RM100,000. Antara kereta mewah menjadi pilihan pembeli ialah Toyota Wish, Honda, Subaru, BMW dan Mercedes Benz," katanya selepas merasmikan majlis sambutan Hari JPJ Ke-70 2016 peringkat Negeri Sembilan di sini hari ini
Katanya sindiket menjual kereta klon biasanya menggunakan nombor pendaftaran yang sama dengan kenderaan jenis sama yang sah digunakan di negara ini tetapi menggunakan cukai jalan tidak sah.
"Apabila maklumat dalam sistem JPJ berbeza dengan maklumat pada kenderaan, kami akan menyita kenderaan itu dan seterusnya mengeluarkan saman,” katanya.
Ismail menasihatkan orang ramai agar tidak mudah tertipu dengan penjual kereta klon dan perlu merujuk pihak berkuasa untuk langkah keselamatan.

Bergaya melaram kereta klon
PEGAWAI JPJ Perlis memeriksa kereta yang ditahan dalam operasi khas dipercayai kereta klon.
Jumaat, 22 April 2016
Aizat Sharif
mohd.aizat@mediaprima.com.my
Arau: Tindakan seorang pelajar wanita sebuah institusi pengajian tinggi di negeri ini membeli sebuah kereta Honda Jazz pada harga semurah RM5,000 membawa padah apabila ditahan selepas disyaki menggunakan kereta klon, semalam.
Pelajar berusia 20-an itu ditahan anggota penguat kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perlis dalam sekatan jalan di Jalan Tuanku Syed Sirajuddin, Arau, berhampiran susur keluar Jalan Changlun-Kuala Perlis, jam 11.10 pagi.
Ketika ditahan, Pengerusi Jawatankuasa Pengangkutan negeri Datuk Sabry Ahmad dan beberapa wakil Jabatan Kerja Raya, Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR), polis trafik dan JPJ sedang melakukan tinjauan di kawasan berkenaan yang dikenal pasti sering berlaku kemalangan.
Penolong Pengarah JPJ Perlis Shaufiz Osman berkata, pemeriksaan awal ke atas kereta merah itu mendapati spesifikasi nombor casis didapati berlainan dengan nombor pendaftarannya.
“Kita mengesyaki terdapat sesuatu tidak kena dengan kereta berkenaan dan apabila diperiksa, kami mendapati ia (Honda Jazz) mempamerkan nombor pendaftaran kenderaan lain disyaki palsu selain tidak mempunyai perlindungan insurans.
“Ketika ditahan, pelajar itu mendakwa kereta berkenaan milik rakannya dan dia sekadar memandu sahaja,” katanya selepas operasi berkenaan.
Menurutnya, pihaknya percaya kereta berkenaan diseludup dari Singapura kerana tamat tempoh penggunaannya di republik itu serta tidak mempunyai sebarang perlindungan insurans.
“Pemilikan kereta ini juga berbahaya kerana tiada perlindungan insurans dan jika berlaku kemalangan dan kesalahan trafik mengakibatkan penganiayaan kepada pemilik sah,” katanya.
Pelajar berkenaan kemudian dibawa ke pejabat JPJ Perlis untuk diambil keterangan dan kereta itu ditahan untuk siasatan lanjut.
Sejak Januari 2015 hingga April ini, JPJ Perlis menyita sebanyak 20 kenderaan klon yang dikesan dalam operasi dan risikan dilakukan.