EH Motor Credit
  • HOME
  • Broker Program
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Testimoni
  • Sumber
    • Eddie-soh Blog kereta
    • Berita PENIPUAN industri kereta
    • Cik EH-LI (Penghuni kedai kami)
    • @cilisos
    • GAME kereta
  • Kategori Kereta
  • Promosi
  • Subscribe untuk tip kereta

Sesi mengopi TANPA beli kopi #788

8/29/2019

0 Comments

 
Picture
Sesi mengopi TANPA beli kopi #788
(Tuan/puan boleh tanya sebarang soalan berkaitan industri kereta terus ke FB Messenger saya)

SOALAN:

Hi boss...selamat sejahtera...
Boleh boss terangkan tentang bolt on turbo...kebaikan dan keburukan...thank you

JAWAPAN:

BOLT ON TURBO.

Nama ringkasnya BOT. BOT adalah modifikasi enjin biasa dengan memasukkan sistem turbo. Dengan tuning yang cermat dan teratur, enjin biasa mampu mendapat kuasa kuda yang tinggi dan lebih efisyen. Kos pemasangan juga mampu mencecah RM2000 utk barang 2nd hand. Manakala kos untuk barang baru boleh mencecah sehingga RM4000.

Adakah ia berbaloi? Sistem BOT tidak disarankan menggunakan turbine yang besar, kerana enjin NA mempunyai piston high compression. jika ruang pembakaran anda mampu menerima VE sejumlah 80% tetapi tiba-tiba ia menerima 100%, ini sangat merbahaya kepada enjin anda. Kereta yang sangat tinggi compression seperti vtec juga tidak disarankan menggunakan BOT. Pada mereka yang tahu apa yang mereka buat, dipersilakan kerana kosnya mungkin lebih mahal dari biasa. Sistem ECU (electronic control unit) juga perlu diubahsuai untuk membiasakan sistem enjin dengan penambahan baru. Tetapi sistem BOT biasa tidak perlu pengubahsuaian ini.

Keburukan? Kereta jenis turbo ini tidak boleh dikendali terlalu lasak lagi-lagi jika diubahsuai. Kuasanya yang sukar dikawal akibat Turbo lag akan mengakibatkan kereta hilang kawalan. Turbo lag adalah satu kejadian di mana anda telah menekan pedal meminta kuasa pada enjin tetapi kuasa itu lambat sampai dan apabila ia sampai ia terlalu kuat untuk dikendali. Turbo biasa juga tidak tahan High revving iaitu rev enjin yang tinggi.

Eddie Soh
EH Motor (ditubuh 1985)
Blacklist, CCRIS, Full loan untuk beli kereta

#EHMotor
#Sesimengopitanpabelikopi
0 Comments

Sesi mengopi TANPA beli kopi #787

8/28/2019

0 Comments

 
Picture
Sesi mengopi TANPA beli kopi #787
(Tuan/puan boleh tanya sebarang soalan berkaitan industri kereta terus ke FB Messenger saya)

SOALAN:

Salam sejahtera.. Mr Eddie..kereta terpakai diantara honda city 2013 dan accord(A) 2010 yg mana tak memberi byk masalah.. dari segi penjagaan dan kelasakan kerana saya hanya tau start dan jalan sahaja.. tak tau tentang enjin.. terima kasih.

JAWAPAN:

Honda City dan Honda Accord adalah dalam segmen kereta sedan berlainan.

Honda Accord adalah di segmen lebih mahal dan spek lebih tinggi.

Enjin 2.0 Honda Accord lebih berkuasa daripada cc 1. 5 Honda City.

Ruang dan saiz kereta Honda Accord lebih besar daripada Honda City.

Kelesaaan dan handling kereta juga berpihak kepada Honda Accord.

Dari segi kelasakan dan penjagaan kereta, Honda City lebih senang dan murah.

Eddie Soh
EH Motor (ditubuh 1985)
Blacklist, CCRIS, Full loan untuk beli kereta

#EHMotor
#Sesimengopitanpabelikopi
0 Comments

Sesi mengopi TANPA beli kopi #786

8/27/2019

0 Comments

 
Picture
Sesi mengopi TANPA beli kopi #786
(Tuan/puan boleh tanya sebarang soalan berkaitan industri kereta terus ke FB Messenger saya)

SOALAN:

Nak tanya tentang penarikan cetera
Kereta

JAWAPAN:

PROSES MENARIKBALIK KENDERAAN DI BAWAH AKTA SEWA BELI 1967

Bila Bank Boleh Mulakan Proses Tarikbalik Kenderaan?

a) Apabila Penyewa mempunyai kemungkiran pembayaran ansuran 2 kali berturut-turut.

Bagaimana Proses Penarikanbalik Bermula?

a) Apabila Penyewa mempunyai kemungkiran bayaran ansuran 2 kali berturut-turut DAN jika bayaran harga tunai keseluruhan kenderaan tidak melebih 75%, Bank hendaklah mengeluarkan dan menyerahkan Notis Jadual Keempat.

b) Apabila Penyewa mempunyai kemungkiran ansuran 2 kali berturut-turut tetapi membayar harga tunai keseluruhan kenderaan melebih 75%, selain mengeluarkan Notis Jadual Keempat, Bank perlu mendapatkan Perintah dari Mahkamah.

**** Notis Jadual Keempat dan Perintah Mahkamah hendaklah diserahkan kepada penyewa di alamat terakhir yang diketahui. ****

Tempoh Notis Jadual Keempat.

Notis Jadual Keempat memberikan tempoh 21 hari kepada penyewa membuat penyelesaian. 

Apa berlaku Selepas Tamat Tempoh 21 hari?

Selepas tamat tempoh 21 hari, penyewa masih tidak menyelesaikan tunggakan, Bank hendaklah mengeluarkan Notis Niat Menarikbalik Kenderaan di bawah Peraturan 15 Peraturan-Peraturan Sewa Beli (Permohonan Permit dan Tatacara Pemilikan Semula Barangan) 2011 yang memberikan masa selama 14 hari kepada penyewa membuat penyelesaian.

Apa berlaku Selepas Tamat Tempoh 14 hari Notis Peraturan 15?

Bank boleh mengeluarkan perintah penarikan balik kenderaan kepada Ejen Perolehan Semula (EPS).

Bagaimana EPS Menarikbalik Kenderaan?

a) EPS tertakluk kepada Peraturan-Peraturan Sewa Beli (Permohonan Permit dan Tatacara Pemilikan Semula Barangan) 2011. 
b) Semua ejen EPS hendaklah mempunyai permit yang sah yang dikeluarkan oleh Kementerian. 
c) Apabila hendak menarikbalik kenderaan, EPS hendaklah :
a. mengemukakan dan menunjukkan permit yang sah, 
b. mengemukakan dan menunjukkan kad pengenalannya dan 
c. mengemukakan perintah pemilikan semula daripada bank atau daripada Mahkamah. 

Ini bermaksud EPS wajib berjumpa dengan penyewa, jika penyewa tiada, kenderaan tidak boleh ditarikbalik dan menjadi kesalahan jika ditarik. Kalau EPS tarik kenderaan tanpa kehadiran penyewa kemudian buat laporan polis ianya masih salah kerana laporan polis tidak diperlukan untuk menarik kenderaan.

Apa Yang Perlu Ada Di Dalam Perintah Penarikan Kenderaan?

Mesti ada :
a) nama ejen, 
b) nombor permit, 
c) nama dan alamat bank dan 
d) tempat menyimpan kenderaan yang ditarik. 

Bila Kenderaan Boleh Ditarik?

EPS hanya boleh menarik kenderaan dari jam 9 pagi hingga 9 malam.

Apa Berlaku Setelah Kenderaan Ditarik?

Bank hendaklah mengeluarkan Notis Jadual Kelima dengan memberikan tempoh 21 hari kepada penyewa menyelesaikan tunggakan dan/atau keseluruhan hutang. Notis Jadual Kelima juga akan disertakan suatu notis penerimaan kenderaan yang ditarik yang mesti menyatakan jenis kenderaan yang ditarik, bila ditarik dan tempat ditarik. 

Apa Berlaku Setelah Tamat Tempoh 21 Hari?

Jika tamat tempoh 21 hari tersebut penyewa masih tidak menyelesaikan tunggakan dan tidak mengambil semula kenderaan, Bank boleh melelong kenderaan dengan mengeluarkan Notis Lelongan dengan menyatakan tarikh, masa dan tempat lelongan akan dijalankan.

Eddie Soh
EH Motor (ditubuh 1985)
Blacklist, CCRIS, Full loan untuk beli kereta

#EHMotor
#Sesimengopitanpabelikopi
0 Comments

Sesi mengopi TANPA beli kopi #785

8/26/2019

0 Comments

 
Picture
Sesi mengopi TANPA beli kopi #785
(Tuan/puan boleh tanya sebarang soalan berkaitan industri kereta terus ke FB Messenger saya)

SOALAN:

Kebiasaanya mpv apa yg ok dan senang utk selenggara

JAWAPAN:

Mpv terpakai yang senang dan tidak terlalu mahal untuk diselenggara termasuk

Naza Citra
Perodua Alza
Proton Exora
Nissan Livina
Toyota Wish
Toyota Innova
Toyota Unser
Toyota Avanza
Honda Stream

Eddie Soh
EH Motor (ditubuh 1985)
Blacklist, CCRIS, Full loan untuk beli kereta

#EHMotor
#Sesimengopitanpabelikopi
0 Comments

Sesi mengopi TANPA beli kopi #784

8/25/2019

0 Comments

 
Picture
Sesi mengopi TANPA beli kopi #784
(Tuan/puan boleh tanya sebarang soalan berkaitan industri kereta terus ke FB Messenger saya)

SOALAN:

hi mr eddie soh...saya nak tanya, adakah berbaloi kalau saya nak beli kereta terpakai jenama naza citra? adakah kereta tu tahan lasak? antara naza citra dan proton exora mana lebih berbaloi? tq mr eddie...

JAWAPAN:

Naza Citra adalah kereta MPV yang mampu miliki. Walaupun kereta daripada Korea, namun kos penyengeraannya tidak terlalu mahal. Kereta MPV ini juga tidak membawa banyak isu melainkan dengan mounting enjinnya yang sering perlu ditukar.

MPV ini berbaloi dibeli apetah lagi dengan kelengkapan sunroof yang selalunya mengembirakan anak-anak yang menaikinya. Tempat duduknya juga luas dan sesuai untuk pengembaraan jarak jauh.

Cc
Proton Exora 1.6
Naza Citra 2.0

Enjin Citra lebih berkuasa

Ruang cabin Exora lebih besar dari Naza Citra
Bagi kereta Proton Exora yang berbadan lebih besar dan enjinnya kecil, memang tidak cukup kuasa.

Bab alat ganti dan servis, kedua dua lebih kurang sama.

Mana satu lebih bagus terpulang samada anda ingin ruang besar atau enjin lebih berkuasa.

Eddie Soh
EH Motor (ditubuh 1985)
Blacklist, CCRIS, Full loan untuk beli kereta

#EHMotor
#Sesimengopitanpabelikopi
0 Comments

Sesi mengopi TANPA beli kopi #783

8/22/2019

0 Comments

 
Picture
Sesi mengopi TANPA beli kopi #783
(Tuan/puan boleh tanya sebarang soalan berkaitan industri kereta terus ke FB Messenger saya)

SOALAN:

Hello bos...brbaloi ke bli swift..klau brbaloi sy mau bli swift..dri sgi sparepart sng ke dpat?

JAWAPAN:

Kebaikkan: Seronok untuk dipandu, handling bagus.

Keburukkan: Penggunaan minyak tidak begitu bagus di kalangan kereta 1.5L -segment B kereta. Boot kecil. 

Nota: Cuba dapatkan model dari tahun di mana units merupakan CBU dairpada Jepun. CKD unit bermual pada pertengahan tahun 2007 ke atas.

Kos alat ganti lebih tinggi daripada kereta Jepun lain. 

Berbaloi untuk dibeli sebagai kereta terpakai.

Eddie Soh
EH Motor (ditubuh 1985)
Blacklist, CCRIS, Full loan untuk beli kereta

#EHMotor
#Sesimengopitanpabelikopi
0 Comments

Sesi mengopi TANPA beli kopi #782

8/21/2019

0 Comments

 
Picture
Sesi mengopi TANPA beli kopi #782
(Tuan/puan boleh tanya sebarang soalan berkaitan industri kereta terus ke FB Messenger saya)

SOALAN:

Hi Eddie, kalau saya nak jual kereta myvi tahun 2010, baki bank dalam RM18k lagi, boleh ke?

Saya nak beli used car, prefer suzuki swift, tapi nak jual/trade in kereta myvi sekarang? Ada ke cara utk buat ni? Boleh ke masukkan baki loan kereta lama, ke dalam loan baru yg saya akan buat nnti

JAWAPAN:

Harga pasaran Perodua Myvi tahun 2010 adalah anggaran 17k. Harga ini jika dijual terus kepada pengguna kereta. Jika dijual kepada kedai kereta terpakai mungkin dalam 12k.

Baki hutang dari jualan tidak dapat dimasukkan kepada pinjaman baru. Ini kerana kereta yang bakal dibeli hanya dapat pinjaman setakat 90% dari harga kereta.

Eddie Soh
EH Motor (ditubuh 1985)
Blacklist, CCRIS, Full loan untuk beli kereta

#EHMotor
#Sesimengopitanpabelikopi
0 Comments

Sesi mengopi TANPA beli kopi #781

8/20/2019

0 Comments

 
Picture
Sesi mengopi TANPA beli kopi #781
(Tuan/puan boleh tanya sebarang soalan berkaitan industri kereta terus ke FB Messenger saya)

SOALAN:

tuan eddie🙏🏻🙏🏻

nak tanya,saya ada plan untuk ambik nissan teana 2.0 tahun 2015..2nd hand tetapi baru2 ini saya difahamkan nissan teana dah stop production..adakah saya menghadapi risiko jika membeli kereta itu?dan apakah pendapat anda tentang kereta model ini..?terima kasih tuan.harap membantu..risau gak ni

JAWAPAN:

J31 series Nissan Teana pertama dikenalkan pada Februari 2003 kepada pasaran Jepun sebagai kereta sedan. Ia menggantikan kereta Nissan Bluebird dan Nissan Cefiro di Jepun, di mana kereta ini di posisi sebagai kereta mewah satu tahap di bawah kereta Nissan Skyline. 

Model J32 adalah generasi kedua kereta Nissan Teana yang mula dijual pada tahun 2008 hingga 2013. 

Model L33 pula adalah generasi ke 3 Nissan Teana yang bermula pada tahun 2013 hingga tahun ini. 

Saya sendiri menggunakan Nissan Teana J32 model 2.5 V6. Sudah digunakan selama 3 tahun. Sementara ini, belum ada isu ketara tentang kereta ini. Model ini tidak sepopular persanggitnya Honda Accord atau Toyota Camry. Kos selengara seperti biasa, minyak minyak, spark plug dan minyak gear sahaja.

Sebenarnya agak berbaloi membeli kereta ini. Memang benar, berita tentang kereta ini baru-baru ini ialah Nissan sudah berhentikan penjualan kereta ini.

Kos alat ganti akan meningkat lagi lama kereta ini digunakan memandangkan kereta ini sudah berhenti penjualannya tetapi peningkatan harga alat ganti tidak ketara.

Eddie Soh
EH Motor (ditubuh 1985)
Blacklist, CCRIS, Full loan untuk beli kereta

#EHMotor
#Sesimengopitanpabelikopi
0 Comments

​Sesi mengopi TANPA beli kopi #780

8/19/2019

0 Comments

 
Picture
​Sesi mengopi TANPA beli kopi #780
(Tuan/puan boleh tanya sebarang soalan berkaitan industri kereta terus ke FB Messenger saya)

SOALAN:

nak tanya... katakan saya ada hutang dengan bank lagi 20k kereta saga sv 2014.. tp saya jual kereta saya rm14k.. balance 6k itu kalau saya nak buat installment ke bank boleh ke?

JAWAPAN:

Jika tuan masih hutang 20k dengan pihak bank, pihak bank memerlukan jumlah 20k untuk selesaikan hutang tersebut.

Tuan tidak boleh menjual kereta pada harga 14k dan meminta pihak bank memberi ansuran dengan baki hutang tersebut.

Jika hutang kereta sudah melebihi harga pasaran, maka tuan boleh memberi kereta balik kepada pihak bank untuk dilelongkan kereta tersebut. Baki hutang dari lelong tersebut bolehlah dibincang dengan bank untuk dibayar ansuran.

Begitulah caranya.

Eddie Soh
EH Motor (ditubuh 1985)
Blacklist, CCRIS, Full loan untuk beli kereta

#EHMotor
#Sesimengopitanpabelikopi
0 Comments

Sesi mengopi TANPA beli kopi #779

8/18/2019

0 Comments

 
Picture
Sesi mengopi TANPA beli kopi #779
(Tuan/puan boleh tanya sebarang soalan berkaitan industri kereta terus ke FB Messenger saya)

SOALAN:

Hai bos. Nk tnya. Kalau kereta second hand, plate number can change ke? Means ke favourite no yg kita pilih.

JAWAPAN:

Bagaimana cara untuk anda menukar nombor plet kereta sedia ada yang sudah lama dibeli dengan plate number baharu terkini di pejabat JPJ?

1. Beli nombor plate di Pejabat JPJ berdekatan dengan harga minimum RM210. Harga mengikut bid lebih mahal jika nombor lebih cantik.
2. Lakukan ujian Puspakom pada kereta anda. Pastikan kereta dalam keadaan baik dan cabut semua tinted gelap. Kos RM26.50.
3. Pergi ke workshop / kedai Motorsikal yang menjual motor baru untuk upah servis new plate number interchange. Kos dari RM900 ++
4. Proses penukaran selesai dalam seminggu dan boleh tukar plate number kepada yang baru.

Kereta terpakai hanya boleh tukar nombor plate dengan kereta baru sahaja.

Eddie Soh
EH Motor (ditubuh 1985)
Blacklist, CCRIS, Full loan untuk beli kereta

#EHMotor
#Sesimengopitanpabelikopi
0 Comments
<<Previous

    Author

    33 tahun dalam perniagaan jual beli kereta terpakai. Objektif blog ialah memberi ilmu tentang industri kereta di Malaysia kepada orang ramai.

    View my profile on LinkedIn

    Archives

    May 2020
    December 2019
    November 2019
    October 2019
    September 2019
    August 2019
    July 2019
    April 2018
    March 2018
    February 2018
    January 2018
    December 2017
    November 2017
    October 2017
    September 2017
    August 2017

    Categories

    All
    Berita
    Sesi Kopi
    Tips

    RSS Feed

Picture
EH Motor Credit Sdn Bhd 
(HQ)
Lot 3, tbg 646, Pandamaran, Port Klang 42000, Selangor, Malaysia.
Email: 
sales@ehmotorcredit.com

Tel:03 3167 0085, 03 3167 1066
(Depan balai polis pandamaran)
(Di GPS Google map/WAZE sila taip "EH Motor")


Picture
Picture
Picture
Dasar Privasi
Iklan Dengan Kami
Hubungi Kami
Copyright © ​ 2019  I  EH Motor Credit Sdn. Bhd.
  • HOME
  • Broker Program
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Testimoni
  • Sumber
    • Eddie-soh Blog kereta
    • Berita PENIPUAN industri kereta
    • Cik EH-LI (Penghuni kedai kami)
    • @cilisos
    • GAME kereta
  • Kategori Kereta
  • Promosi
  • Subscribe untuk tip kereta