EH Motor Credit
  • HOME
  • Broker Program
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Testimoni
  • Sumber
    • Eddie-soh Blog kereta
    • Berita PENIPUAN industri kereta
    • Cik EH-LI (Penghuni kedai kami)
    • @cilisos
    • GAME kereta
  • Kategori Kereta
  • Promosi
  • Subscribe untuk tip kereta

Sesi mengopi TANPA beli kopi #405

2/2/2018

0 Comments

 
Picture
Sesi mengopi TANPA beli kopi #405
(Tuan/puan boleh tanya sebarang soalan berkaitan industri kereta terus ke FB Messenger saya)

SOALAN:

hai tuan eddie..

tumpang bertnya.. saya berhasrat nk membeli kereta alza 2nd hand tahun 2010... 
ada perkara yg saya perlu tahu sebelum membeli dan ada permasalahan kereta alza utk tahun 2010.. tq 😊

JAWAPAN:

Pandangan secara kasar, biarkan bertubuh kecil tetapi panjang sedikit daripada Myvi, sebenarnya Alza memang mudah untuk dikendalikan.

Alza tiada masalah untuk dipacu laju dan mudah mencapai kelajuan sehingga 140km/j. Tetapi jika kelajuan lebih daripada itu, ia memang agak kurang praktikal dan terasa gegaran seperti kurang stabil. Mungkin kerana saiznya yang molek dan panjang sedikit membuatkan ia seakan ringan dan mudah melambung. Jadi secara teorinya, jelas Alza lebih sesuai untuk pemanduan yang santai sahaja.

Untuk memotong kenderaan lain, ia juga tidak mendatangkan masalah. Malah ia juga mudah untuk mencelah-celah di antara kenderaan lain kerana saiznya itu. Namun jika melalui jalan berbukit, rasanya anda tidak perlu menggunakan lorong kanan kerana tahap kelajuan Alza seperti sedikit terbatas. Anda perlu menekan lebih pedal pendikit untuk memerah kuasanya dan ketika itu jelas kedengaran ngauman enjinnya meresap ke dalam kabin.

Berkenaan dengan transmisi auto, ia masih terasa lancar biar pun hanya empat kelajuan. Ketika gear satu dan dua masuk secara automatik, terasa sedikit sentakan. Namun bila gear memuncak ke tiga dan empat, tidak terasa pertukarannya.

Mengenai pengendaliannya pula, sedikit berat di dalam kawalan roda sterengnya. Walau pun menggunakan stereng berkuasa, namun perlu ‘sedikit gigih’ memutarnya terutama jika mahu membuat pusingan U atau pun mahu memasuki petak parkir. Tetapi ia tidaklah sampai menjejaskan keseronokan mengendalikan Alza ini.

Tiada banyak isu dengan Perodua Alza. Di pasaran kerera terpakai, permintaan Perodua Alza sangat tinggi dan jauh lebih tinggi daripada pesaing Proton Exora.

Eddie Soh
EH Motor (ditubuh 1985)
Blacklist, CCRIS, Full loan untuk beli kereta

#EHMotor
#Sesimengopitanpabelikopi


0 Comments

Sesi mengopi TANPA beli kopi #404

2/2/2018

0 Comments

 
Picture
Sesi mengopi TANPA beli kopi #404
(Tuan/puan boleh tanya sebarang soalan berkaitan industri kereta terus ke FB Messenger saya)

SOALAN:

Hi bos, Kalau Volkswagen Jetta tahun 2012 enjin, jenama, fuel save, maintenance semua ok ke?

JAWAPAN:

Jenama VW masih cuma membaiki reputasinya yang telah dimusnahkan beberapa tahun lalu kerana lagenda servisnya yang tidak memuaskan. Masa itu isunya ialah dengan gearbox DSGnya yang bermasalah.

Jika hendak membeli VW Jetta, bersiap sedia untuk kos spare part yang tinggi kerana partnya sama dengan jenama Audi.

Eddie Soh
EH Motor (ditubuh 1985)
Blacklist, CCRIS, Full loan untuk beli kereta

#EHMotor
#Sesimengopitanpabelikopi


0 Comments

Sesi mengopi TANPA beli kopi #403

2/2/2018

0 Comments

 
Picture
Sesi mengopi TANPA beli kopi #403
(Tuan/puan boleh tanya sebarang soalan berkaitan industri kereta terus ke FB Messenger saya)

SOALAN:

Selamat pagi encik Eddie. Hi. Saya ingin bertanya, begini. Bapa saya membeli kereta di Pahang menggunakan nama adiknya. Kini bapa saya ingin menukar nama geran kereta itu atas nama saya setelah saya bekerja selama 3 bulan. Persoalannya, bagaimana cara menukar geran kereta tersebut? Layakkah gaji saya yang tidak sampai dua ribu untuk mengambil kereta ertiga? Maksud saya boleh tukar ke? Dan jika saya tidak mahu memiliki kereta itu, masih bolehkah untuk memulangkannya kembali tanpa menukar nama saya? Kereta itu dibeli di pahang, adakah segala proses perlu dibuat di negeri itu atau dimana-mana saja boleh?

JAWAPAN:

SENARIO 1:
Jika dibeli secara tunai, maka tiada masalah untuk ditukarkan nama kepada nama tuan. Pertukaran nama secara tunai hanya perlu buat pemeriksaan kereta di Puspakom dan thumb print memilik lama dan baru di JPJ.

SENARIO 2:
Jika kereta ini dibeli secara pinjaman. Pertukaran nama hanya boleh dibuat jika tuan mengambil pinjamam baru untuk membeli kereta ini.

Persoalan samada gaji tuan layak untuk membeli kereta ini tidak wujud kerana kelayakkan kelulusan pinjaman hanya menjadi faktor sekiranya tuan bekerja lebih dari 1 tahun. Di kes tuan, kerja 3 bulan tidak layak untuk meminjam melainkan ayah tuan jadi penjamin tuan. Ayah juga perlu bekerja dan gaji perlu mencukupi untuk menampung pinjaman tersebut.

Soal pemulangan kereta, jika tidak mampu menampung kereta ini, memang boleh. Tuan perlu kembalikan kereta kepada pihak bank untuk dilelongkan kereta. Nama adik akan di senarai hitamkan sehingga hutang dengan bank dilangsaikan.

Urusan boleh dijalankan di mana-mana dan tidak semestinya di negeri Pahang.

Eddie Soh
EH Motor (ditubuh 1985)
Blacklist, CCRIS, Full loan untuk beli kereta

#EHMotor
#Sesimengopitanpabelikopi
0 Comments

Sesi mengopi TANPA beli kopi #402

2/2/2018

0 Comments

 
Picture
Sesi mengopi TANPA beli kopi #402
(Tuan/puan boleh tanya sebarang soalan berkaitan industri kereta terus ke FB Messenger saya)

SOALAN:

Morning tuan eddie..boleh x tuan suggestkan kedai repair kereta utk chevrolet captiva 2012 di kwsn kajang dan bangi.sbb byk kedai sy pergi mereka xdpt buat

JAWAPAN:

Saya baru hubungi seorang foreman di Kajang yang pernah ada hubungan bisnes, beliau tidak membaiki kereta Chevrolet. Dia juga kata di kawasan Kajang mungkin tiada mekanik yang tahu membaiki kereta ini melainkan servis centre Chevrolet.

Jika tuan boleh bawa kereta ke Sunway, tuan boleh jumpa Tuan Ah Teong +60162678910. Beliau sangat professional dan sering membaiki kereta-kereta saya.

Eddie Soh
EH Motor (ditubuh 1985)
Blacklist, CCRIS, Full loan untuk beli kereta

#EHMotor
#Sesimengopitanpabelikopi
0 Comments

Sesi mengopi TANPA beli kopi #401

2/2/2018

0 Comments

 
Picture
Sesi mengopi TANPA beli kopi #401
(Tuan/puan boleh tanya sebarang soalan berkaitan industri kereta terus ke FB Messenger saya)

SOALAN:

hai tuan eddie.saya berminat dengan kereta kia rio yang baru.boleh cerita kan kelebihan dan kekurangan nya?

JAWAPAN:

Kawan EH-MIN ada test drive kereta baru. Di bawah ialan komennya.

Kebaikkan:

Kualiti kereta bagus, tempat duduk selesa, tempat yang dapat disentuh berkualiti tinggi terutama steering berkulitnya dan pemegang gearnya (seperti kereta Audi)

Pandangan kereta dari luar sangat bagus seperti kereta VW Golf. Tempat letak barang bolej tahan besar. Touch screennya walaupun kecil tetapi mempunyai resolusi yang lebih baik daripada kereta Honda. 

Ada sunroof. Pengalaman pembukaan pintu memuaskan dan hanya perlu sedikit tenaga untuk membuka dan tutup pintu. 

4-spd gearbox sangat bagus 

Keburukkan:
Kuasa kereta ini sederhana dengan pemanduan biasa.

Penggunaan minyak agak tinggi. Pemanduan biasa dengan 4 orang dewasa,
trip komputer menunjukkan purata 12.4 l/100km (kalau Honda Jazz purata 7 l/100km)

Tempat duduk tidak dapat dilipat.

Tayar bersaiz 17" memang cantik tetapi menyebabkan kereta rasa lebih keras apabila dipandu melalui bump, dan kos penukarannya lebih mahal daripada kereta lain. 

Untuk memotong kereta lain, perlu full throttle dan maka kegunaan minyak akan tinggi.

Profil kereta rendah dan senang untuk langgar bahagian bawah ketika melalui bump.

Eddie Soh
EH Motor (ditubuh 1985)
Blacklist, CCRIS, Full loan untuk beli kereta

#EHMotor
#Sesimengopitanpabelikopi
0 Comments

Sesi mengopi TANPA beli kopi #400

2/2/2018

0 Comments

 
Picture
Sesi mengopi TANPA beli kopi #400
(Tuan/puan boleh tanya sebarang soalan berkaitan industri kereta terus ke FB Messenger saya)

SOALAN:

Hi.. boleh bagi pandangan tentang Haval H2..?

JAWAPAN:

Haval adalah jenama kereta Great Wall yang berasal daripada China. Bahagian SUV kereta ini hanya bermula pada tahun 2013. Tidak cukup data untuk ketahui prestasi dan kelasakan kereta ini untuk jangka masa yang panjang.

Jika kita perhatikan jenama lain seperti Kia atau Hyundai, tidak begitu senang untuk pemain baru untuk memasuki industri kereta yang dikuasai oleh kenderaan Jepun. Pada permulaan, kereta dari Korea ini mengalami isu seperti kos spare part dan juga kelasakan kereta. Susut nilai kereta juga agak laju untuk kereta Korea.

Kereta China mungkin akan mengalami isu yang serupa juga.

Eddie Soh
EH Motor (ditubuh 1985)
Blacklist, CCRIS, Full loan untuk beli kereta

#EHMotor
#Sesimengopitanpabelikopi
0 Comments

Sesi mengopi TANPA beli kopi #399

2/2/2018

0 Comments

 
Picture
Sesi mengopi TANPA beli kopi #399
(Tuan/puan boleh tanya sebarang soalan berkaitan industri kereta terus ke FB Messenger saya)

SOALAN:

nak tanya, kete getz tahun 2004 ok dak kalau saya nak beli

JAWAPAN:

Kereta Hyundai terpakai perlu tahu samada pemandu sebelum ini menjaga kereta atau tidak. Ia lebih sensitif terhadap pemandu secara kasar. Spare partnya 30% lebih mahal daripada kereta tempatan. 

Jika kereta dalam keadaan baik, Hyundai Getz memang kereta yang agak baik prestasinya. Cuba dapatkan model yang ber kapasiti 1.4 daripads 1.3. Pickup lebih bagus untuk kereta kecil ini. Pengunaan minyak juga lebih tinggi sedikit.

Eddie Soh
EH Motor (ditubuh 1985)
Blacklist, CCRIS, Full loan untuk beli kereta

#EHMotor
#Sesimengopitanpabelikopi
0 Comments

    Author

    33 tahun dalam perniagaan jual beli kereta terpakai. Objektif blog ialah memberi ilmu tentang industri kereta di Malaysia kepada orang ramai.

    View my profile on LinkedIn

    Archives

    May 2020
    December 2019
    November 2019
    October 2019
    September 2019
    August 2019
    July 2019
    April 2018
    March 2018
    February 2018
    January 2018
    December 2017
    November 2017
    October 2017
    September 2017
    August 2017

    Categories

    All
    Berita
    Sesi Kopi
    Tips

    RSS Feed

Picture
EH Motor Credit Sdn Bhd 
(HQ)
Lot 3, tbg 646, Pandamaran, Port Klang 42000, Selangor, Malaysia.
Email: 
sales@ehmotorcredit.com

Tel:03 3167 0085, 03 3167 1066
(Depan balai polis pandamaran)
(Di GPS Google map/WAZE sila taip "EH Motor")


Picture
Picture
Picture
Dasar Privasi
Iklan Dengan Kami
Hubungi Kami
Copyright © ​ 2019  I  EH Motor Credit Sdn. Bhd.
  • HOME
  • Broker Program
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Testimoni
  • Sumber
    • Eddie-soh Blog kereta
    • Berita PENIPUAN industri kereta
    • Cik EH-LI (Penghuni kedai kami)
    • @cilisos
    • GAME kereta
  • Kategori Kereta
  • Promosi
  • Subscribe untuk tip kereta