Sesi mengopi TANPA beli kopi #840 (Tuan/puan boleh tanya sebarang soalan berkaitan industri kereta terus ke FB Messenger saya) SOALAN: Minta masa sikit Tuan, Sy keliru nk beli kereta Toyota Innova x baru atau honda odyssey recon yg mana lbh baik,minta pendapat Tuan.. T ksh JAWAPAN: Toyota Innova baru harga lebih kurang 100k+. Honda Odssey baru harga 200k+ Kedua dua kenderaan adalah dalam kategori MPV dan berbeza pada segmen sahaja. Honda Odyssey recon pula adalah sebenarnya kereta terpakai yang dibawa masuk dari luar negara. Dari segi persembahan enjin, keselesaan, handling, kestabilan kereta, penampilan dan ciri-ciri kenderaan, Honda Oddysey memang menang semua kategori di atas. Adalah lebih sukar bandingkan antara kereta baru dan kereta terpakai. Kereta baru ada warranti 5 tahun dan mungkin kurang isu dalam selenggara kereta. Kos selenggara dan alat ganti Honda Odyssey juga akan jauh lebih mahal memandangkan kereta MPV ini dalam kategori lebih mewah. Kereta terpakai juga tertakluk kepada kondisi kenderaan dan tidak 100% bebas kemalangan. Oleh itu, tuan perlu tentukan kehendakkan sendiri sebelum membuat keputusan. Eddie Soh EH Motor (ditubuh 1985) Blacklist, CCRIS, Full loan untuk beli kereta #EHMotor #Sesimengopitanpabelikop |
0 Comments
|
Author33 tahun dalam perniagaan jual beli kereta terpakai. Objektif blog ialah memberi ilmu tentang industri kereta di Malaysia kepada orang ramai. Archives
May 2020
Categories |