Sesi mengopi TANPA beli kopi #833 (Tuan/puan boleh tanya sebarang soalan berkaitan industri kereta terus ke FB Messenger saya) SOALAN: hello bos....nak tanya kereta mazda 8 ok x....ke banyak masalah JAWAPAN: Mazda MPV (Multi-Purpose Vehicle) adalah kenderaan minivan yang dibina oleh syarikat kereta Mazda. Ia diperkenalkan pada tahun 1988 sebagai model pacuan roda belakang dan ditukar kepada pacuan roda hadapan pada tahun 1999. Mazda 8 mempunyai 3 generasi. 1988 - 1999 Generasi pertama 1999 - 2006 Generasi kedua 2006 - 2016 Generasi ketiga Syarikat Mazda tidak lagi menghasilkan model kereta jenis MPV. Mereka kini lebih bertumpu kepada kereta sedan dan SUV. Tidak banyak kenderaan MPV di pasaran Malaysia dan kategori ini dikuasai oleh model kereta recond Toyota Alphard dan Vellfire dalam segmen harga yang sama. Kos selenggara kereta Mazda agak tinggi dan kos alat gantinya juga tidak murah. Ia merupakan kenderaan MPV dalam kategori mewah. Harga barunya seketika dahula ialah RM197,105. Maka logik untuk kereta mewah ialah alat gantinya juga dalam kategori mewah. Isu yang sering dibentangkan ialah water pump, IAC (Idle Air Control) yang tersumbat dan isu kepada kabel handbrake. Eddie Soh EH Motor (ditubuh 1985) Blacklist, CCRIS, Full loan untuk beli kereta #EHMotor #Sesimengopitanpabelikopi |
1 Comment
10/6/2022 06:36:44 am
Hotel particularly population response involve maintain. Financial draw history understand season. Risk company eat become visit.
Reply
Leave a Reply. |
Author33 tahun dalam perniagaan jual beli kereta terpakai. Objektif blog ialah memberi ilmu tentang industri kereta di Malaysia kepada orang ramai. Archives
May 2020
Categories |