EH Motor Credit
  • HOME
  • Broker Program
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Testimoni
  • Sumber
    • Eddie-soh Blog kereta
    • Berita PENIPUAN industri kereta
    • Cik EH-LI (Penghuni kedai kami)
    • @cilisos
    • GAME kereta
  • Kategori Kereta
  • Promosi
  • Subscribe untuk tip kereta

Sesi mengopi TANPA beli kopi #821

10/31/2019

0 Comments

 
Picture
Sesi mengopi TANPA beli kopi #821
(Tuan/puan boleh tanya sebarang soalan berkaitan industri kereta terus ke FB Messenger saya)

SOALAN:

Hi Eddie,
Would u mind to share your thoughts about polo h/b? Considering to get one for traveling to work 80km return daily.
It is economical car? Major/ minor issues for the current model? Looking for less than 3years old used car.
Tia Eddie!

JAWAPAN:

There is myriad of issue with VW Polo even before it reaches the second hand market. If you Google VW in Malaysia, plenty of negative news made it to the local press.
The most concerning of all is its gearbox.
I wouldn't recommend it at all unless you like a GOOD challenge in your life.

Try look for local or Japanese cars. Boring yes, reliable also yes. 🚙🚙🚙

Eddie Soh
EH Motor (ditubuh 1985)
Blacklist, CCRIS, Full loan untuk beli kereta

#EHMotor
#Sesimengopitanpabelikopi
0 Comments

Sesi mengopi TANPA beli kopi #821

10/30/2019

0 Comments

 
Picture
Sesi mengopi TANPA beli kopi #821
(Tuan/puan boleh tanya sebarang soalan berkaitan industri kereta terus ke FB Messenger saya)

SOALAN:

Hi eddie just asking is it still worth it to buy 2nd car accord 2.0 year 2008 for use. Is there any area for concern on the car itself?

JAWAPAN:

Issue yang diketahui tentang Honda Accord Generasi ke 8 ialah brake padnya yang kerap perlu ditukar dan sedikit isu dengan enjin makan minyak hitam. Ada yang merunggut tempat duduk belakangnya tidak selesa. Ergonomik kerusi belakang akan mula dirasai selepas 20 min mengikut sesetengah pengguna kereta.

Selain itu, tidak ada isu besar dengan kereta ini.

Spare partnya akan lebih mahal daripada segment di bawahnya seperti Honda City dan Toyota Vios. Tidak sukar dicari spare partnya dan juga tidak keterlaluan mahal.

Seperti biasa, kereta terpakai perlu tahu sejarah penggunaan kereta ini. Jika pemandu sebelum ini, memandu seperti "lembu", maka kereta perlu lebih pembaikian dari biasa. 🐂🐂🐂

Eddie Soh
EH Motor (ditubuh 1985)
Blacklist, CCRIS, Full loan untuk beli kereta

#EHMotor
#Sesimengopitanpabelikopi
0 Comments

Sesi mengopi TANPA beli kopi #820

10/29/2019

0 Comments

 
Picture
Sesi mengopi TANPA beli kopi #820
(Tuan/puan boleh tanya sebarang soalan berkaitan industri kereta terus ke FB Messenger saya)

SOALAN:

Hi Sir Eddie Soh,

Nak tanya pendapat..

I bought secondhand car Nissan Navara Le(D40) year 2013 with 9 years bank loan. Bolehkah saya jual kereta itu. Hasil duit jualan itu saya beli kereta lain yang sesuai untuk kegunaan hari. Loan bank yg saya buat saya bayar macm biasa.

JAWAPAN:

Cara jual kereta yang masih hutang bank

1. Ketahui jumlah hutang kereta di bank

Telefon bank untuk ketahui berapa jumlah FULL SETTLEMENT/hutang yang perlu dijelaskan

2. Ketahui harga pasaran kereta tersebut

Harga pasaran boleh disiasati daripada laman web
Mudah.my, carlist.my atau motortrader.com

3. Buat kira-kira samada hutang kereta melebihi harga pasaran.

Jika,
Hutang bank > Harga pasaran
- perlu keluar duit untuk jual kereta

Hutang bank < Harga pasaran
- ada duit deposit untuk membeli kereta lain

Selalu kesnya, harga kereta yang hendak dijual jauh lebih rendah daripada harga pasaran terutama untuk kes di mana kenderaan tersebut dibeli dengan Full loan. Jika tuan ada duit berlebihan untuk menambah wang, maka kereta Nissan Navara boleh dijual untuk membeli kereta lain.

Eddie Soh
EH Motor (ditubuh 1985)
Blacklist, CCRIS, Full loan untuk beli kereta

#EHMotor
#Sesimengopitanpabelikopi
0 Comments

Sesi mengopi TANPA beli kopi #819

10/28/2019

0 Comments

 
Picture
Sesi mengopi TANPA beli kopi #819
(Tuan/puan boleh tanya sebarang soalan berkaitan industri kereta terus ke FB Messenger saya)

SOALAN:

Hai bos
Sy nk tnya sbb sy bru nk bjinak-jinak dgn 4X4 ni..

1. Mane yg lebih batter antara hilux sportivo dgn ford ranger?

JAWAPAN:

Secara ringkas, perbandingan di antara Toyota Hilux dan Ford Ranger.

Tahan lasak = Toyota Hilux
Kos Penyelenggaraan = Toyota Hilux
Nilai kereta dengan ciri-ciri yang diberi = Ford Ranger
Keselesaan pemanduan di bandar = Ford Ranger
Susut Nilai paling minima = Toyota Hilux
Ciri-ciri keselamatan = Ford Ranger
Keseronokan pemanduan = Ford Ranger
Risiko kereta dicuri lebih tinggi = Toyota Hilux 🙄🙄

Eddie Soh
EH Motor (ditubuh 1985)
Blacklist, CCRIS, Full loan untuk beli kereta

#EHMotor
#Sesimengopitanpabelikopi
0 Comments

Sesi mengopi TANPA beli kopi #818

10/25/2019

0 Comments

 
Picture
Sesi mengopi TANPA beli kopi #818
(Tuan/puan boleh tanya sebarang soalan berkaitan industri kereta terus ke FB Messenger saya)

SOALAN:

Hii bos..boleh tanya pendapat sikit..
Untuk hujung tahun 2019..kereta terpakai tahun yang paling baik bila ye?sebab saya takut untuk amik kereta yg usia terlalu lama yg akan rosak..

JAWAPAN:

Secara umumnya, lagi baru kenderaan terpakai tersebut, lebih baik kereta tersebut. Fakta ini juga dikenali di pasaran terpakai di mana harga kenderaan lebih mahal lagi muda usianya. Ini semua terpulang kepada bajet tuan.

Di pasaran terpakai juga, kereta tempatan Proton dan Perodua kurang memberikan masalah dan kos alat ganti serta pembaikian tidak keterlaluan mahal. Kereta-kereta Jepun seperti Honda City dan Toyota Vios juga boleh dipertimbangkan.

Eddie Soh
EH Motor (ditubuh 1985)
Blacklist, CCRIS, Full loan untuk beli kereta

#EHMotor
#Sesimengopitanpabelikopi
0 Comments

Sesi mengopi TANPA beli kopi #817

10/24/2019

0 Comments

 
Picture
Sesi mengopi TANPA beli kopi #817
(Tuan/puan boleh tanya sebarang soalan berkaitan industri kereta terus ke FB Messenger saya)

SOALAN:

Sy ada akpk.. Is it possible to apply for full loan to get a new car?

JAWAPAN:

Pelanggan yang ada AKPK telah mempunyai rekod CTOS di bank negara.

Sebelum pihak bank membuat analisis samada seorang pelanggan layak meminjam wang untuk membeli kereta, mereka akan memeriksa rekod CTOS dan CCRIS samada rekod seseorang tersebut bersih.

Oleh itu, tuan tidak layak untuk membuat pinjaman di bank.

Selain bank, ada juga kemudahan pinjaman daripada syarikat kredit yang meminjam kepada pelanggan yang ada rekod tidak begitu memberangsangkan di CTOS dan CCRIS. Syarikat kredit begini bukan kedai 'Ah Long' mala mereka didaftarkan di bank negara. Bunganya yang dikenakan ialah 10% setahun.

Kriteria yang mereka perlukan ialah syarikat kredit hanya memberi pinjaman 70% dari harga pasaran kenderaan tersebut. Oleh itu, wang pendahulukan yang agak tinggi diperlukan.

Selain itu, wang yang dipinjam untuk membeli kereta ada hadnya. Mereka hanya meminjam sehingga RM20k sahaja.

Eddie Soh
EH Motor (ditubuh 1985)
Blacklist, CCRIS, Full loan untuk beli kereta

#EHMotor
#Sesimengopitanpabelikopi
0 Comments

Sesi mengopi TANPA beli kopi #816

10/23/2019

0 Comments

 
Picture
Sesi mengopi TANPA beli kopi #816
(Tuan/puan boleh tanya sebarang soalan berkaitan industri kereta terus ke FB Messenger saya)

SOALAN:

Hi Admin, saya bercadang mahu membeli mazda 3 second hand tahun 2012, dari segi maintenance dan harga sparepart mazda masih ditahap rendah atau tinggi?

JAWAPAN:

Mazda3 (Atau dikenali sebagai Mazda Axela di Jepan, adalah kereta kompak yang dibina oleh syarikat kereta Mazda. Ia dilancarkan pada tahun 2003 sebagai pengganti Familia/323/Protegé di segmen C .

Mazda3 tahun 2012 adalah generasi ke 2 kenderaan ini yang bermula pada tahun 2009 sehingga 2013.

Rekaan kenderaan ini adalah kerjasama antara Ford, Volvo dan Mazda.

Mazda memang terkenal dengan handling kenderaannya.

Isu utama Mazda 3 generasi ini termasuk:
1. Bunyi tayar kuat yang kedengaran di dalam kereta
2. Bunyi ketukan semasa memandu walaupun tidak memandu di jalan tidak rata
3. Bunyi motor di steering yang nyaring ketika memusing kereta kiri dan kanan
4. Sensor reverse yang tidak tepat
5. Getaran pada pedal minyak untuk model Mazda cc 1.6

Kos alat ganti Mazda memang lebih tinggi daripada kereta Jepun lain. Enjin dan gearbox agak tahan lasak.

Eddie Soh
EH Motor (ditubuh 1985)
Blacklist, CCRIS, Full loan untuk beli kereta

#EHMotor
#Sesimengopitanpabelikopi
0 Comments

Sesi mengopi TANPA beli kopi #816

10/21/2019

0 Comments

 
Picture
Sesi mengopi TANPA beli kopi #816
(Tuan/puan boleh tanya sebarang soalan berkaitan industri kereta terus ke FB Messenger saya)

SOALAN:

Hello sir.. nk tanya pendapat Proton Putra masih berbaloi pakai x untuk tahun 2019 / 2020..service dan maintenance adakah mahal?.. tq mr Eddie

JAWAPAN:

Proton Putra ialah sebuah automobil coupé yang dikeluarkan oleh syarikat automobil Proton. Pengeluaran Putra bermula daripada tahun 1995 untuk model pertama dan berakhir pada tahun 2000, tetapi dikeluarkan semula dalam bilangan terhad pada tahun 2004-2005 di luar Malaysia.

Berdasar kepada kereta Mitsubishi Mirage Asti Lancer generasi ke empat, Proton Putra adalah kenderaan coupe 2 pintu dengan rekaan bahagian depan yang mirip Proton Wira dan generasi pertama Proton Satria. Belakangnya pula adalah rekaan baru yang berdasarkan kereta generasi pertama Proton Satria dan generasi ke empat Mitsubishi Lancer.

Proton Putra meyerupai kenderaan Mitsubishi Lancer generasi ke 4 yang dibina pada 1992 - 1995 dari segi penampilan dan enjinnya. Kenderaan ini mempunyai lampu depan yang boleh digunakan juga dalam kereta model Lancer. Akan tetapi, Proton Putra dilengkapkan dengan enjin Mitsubishi DOHC 4G93 dan juga mempunyai bumper dan fender yang tidak serupa dengan Mitsubishi Lancer.

Memandangkan kenderaan ini sudah hampir 20 tahun usianya, maka lebih banyak alat ganti yang sudah sampai tahapnya. Alat ganti juga sudah berkurangan dipasaran. Enjinnya agak tahan lasak juga dan Proton Putra jarang memberikan masalah walaupun enjinnya bercc 1.8.

Yang menjadikan isu kepada pemilik ialah kerisauan kenderaan ini akan dicuri sahaja. Oleh kerana kenderaan ini di kategori sport dan juga tidak banyak unit kenderaan dijual di pasaran ketika kereta mula dilancarkan, Proton Putra adalah sasaran utama para pencuri-pencuri kereta di Malaysia. 🚔🚔🚔

Eddie Soh
EH Motor (ditubuh 1985)
Blacklist, CCRIS, Full loan untuk beli kereta

#EHMotor
#Sesimengopitanpabelikopi
0 Comments

Sesi mengopi TANPA beli kopi #815

10/20/2019

0 Comments

 
Picture
Sesi mengopi TANPA beli kopi #815
(Tuan/puan boleh tanya sebarang soalan berkaitan industri kereta terus ke FB Messenger saya)

SOALAN:

Helo bos. Nk tnya, kereta kia rio 1. 4 sx 2013 ok tak dari segi minyak dan pemanduan?

JAWAPAN:

Kami pernah jual kereta Kia Rio model yang lebih lama dari tahun 2013. Dari pengalaman model tersebut, kualiti pembinaan tidak begitu bagus dan kami menghadapai isu dashboardnya jatuh ke bawah.

Penarikan utama Kia Rio pada tahun 2013 ialah penampilan luaran kereta tersebut yang direka oleh pereka dari syarikat kenderaan Audi. Kia Rio tahun 2013 juga diberi banyak ciri-ciri keselamatan dan penampilan dashboard yang menarik.

Jenama Kia di dalam pasaran kini tidak begitu popular. Ramai yang tidak gemari kadar servis dan kos alat ganti tinggi yang ditawarkan oleh Naza Kia.

Kenderaan Kia Rio juga tidak tahan lasak dan sering memberikan masalah kepada pemandu. Bab pemanduan dan segi minyak kereta, dua kategori ini, Kia Rio memang OK.

Eddie Soh
EH Motor (ditubuh 1985)
Blacklist, CCRIS, Full loan untuk beli kereta

#EHMotor
#Sesimengopitanpabelikopi
0 Comments

Sesi mengopi TANPA beli kopi #814

10/17/2019

0 Comments

 
Picture
Sesi mengopi TANPA beli kopi #814
(Tuan/puan boleh tanya sebarang soalan berkaitan industri kereta terus ke FB Messenger saya)

SOALAN:

Hai , nak tya saga flx , ada lampu abs kat meter dashboard betul ke kena biarkan lampu tu padam baru start enjin? Apa jd saya trus hdupkn enjin sebelum lampu tu pdm?

JAWAPAN:

Lampu ABS akan menyala apabila suiz enjin dibuka sebagai tanda sistem ABS sedang diperiksa oleh kenderaan anda.

Jika lampu masih berterusan menyala selepas enjin sudah dihidupkan, maka masalah ABS sudah berlaku.

Tidak menjadi masalah untuk terus hidupkan kereta tanpa menunggu lampu ABS dipadamkan.

Eddie Soh
EH Motor (ditubuh 1985)
Blacklist, CCRIS, Full loan untuk beli kereta

#EHMotor
#Sesimengopitanpabelikopi
0 Comments
<<Previous

    Author

    33 tahun dalam perniagaan jual beli kereta terpakai. Objektif blog ialah memberi ilmu tentang industri kereta di Malaysia kepada orang ramai.

    View my profile on LinkedIn

    Archives

    May 2020
    December 2019
    November 2019
    October 2019
    September 2019
    August 2019
    July 2019
    April 2018
    March 2018
    February 2018
    January 2018
    December 2017
    November 2017
    October 2017
    September 2017
    August 2017

    Categories

    All
    Berita
    Sesi Kopi
    Tips

    RSS Feed

Picture
EH Motor Credit Sdn Bhd 
(HQ)
Lot 3, tbg 646, Pandamaran, Port Klang 42000, Selangor, Malaysia.
Email: 
sales@ehmotorcredit.com

Tel:03 3167 0085, 03 3167 1066
(Depan balai polis pandamaran)
(Di GPS Google map/WAZE sila taip "EH Motor")


Picture
Picture
Picture
Dasar Privasi
Iklan Dengan Kami
Hubungi Kami
Copyright © ​ 2019  I  EH Motor Credit Sdn. Bhd.
  • HOME
  • Broker Program
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Testimoni
  • Sumber
    • Eddie-soh Blog kereta
    • Berita PENIPUAN industri kereta
    • Cik EH-LI (Penghuni kedai kami)
    • @cilisos
    • GAME kereta
  • Kategori Kereta
  • Promosi
  • Subscribe untuk tip kereta