Sesi mengopi TANPA beli kopi #815 (Tuan/puan boleh tanya sebarang soalan berkaitan industri kereta terus ke FB Messenger saya) SOALAN: Helo bos. Nk tnya, kereta kia rio 1. 4 sx 2013 ok tak dari segi minyak dan pemanduan? JAWAPAN: Kami pernah jual kereta Kia Rio model yang lebih lama dari tahun 2013. Dari pengalaman model tersebut, kualiti pembinaan tidak begitu bagus dan kami menghadapai isu dashboardnya jatuh ke bawah. Penarikan utama Kia Rio pada tahun 2013 ialah penampilan luaran kereta tersebut yang direka oleh pereka dari syarikat kenderaan Audi. Kia Rio tahun 2013 juga diberi banyak ciri-ciri keselamatan dan penampilan dashboard yang menarik. Jenama Kia di dalam pasaran kini tidak begitu popular. Ramai yang tidak gemari kadar servis dan kos alat ganti tinggi yang ditawarkan oleh Naza Kia. Kenderaan Kia Rio juga tidak tahan lasak dan sering memberikan masalah kepada pemandu. Bab pemanduan dan segi minyak kereta, dua kategori ini, Kia Rio memang OK. Eddie Soh EH Motor (ditubuh 1985) Blacklist, CCRIS, Full loan untuk beli kereta #EHMotor #Sesimengopitanpabelikopi |
0 Comments
Leave a Reply. |
Author33 tahun dalam perniagaan jual beli kereta terpakai. Objektif blog ialah memberi ilmu tentang industri kereta di Malaysia kepada orang ramai. Archives
May 2020
Categories |