EH Motor Credit
  • HOME
  • Broker Program
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Testimoni
  • Sumber
    • Eddie-soh Blog kereta
    • Berita PENIPUAN industri kereta
    • Cik EH-LI (Penghuni kedai kami)
    • @cilisos
    • GAME kereta
  • Kategori Kereta
  • Promosi
  • Subscribe untuk tip kereta

Preve dengan Vios yang mana paling ok?

9/25/2017

0 Comments

 
Picture
Sesi mengopi TANPA beli kopi #313
(Tuan/puan boleh tanya sebarang soalan berkaitan industri kereta terus ke FB Messenger saya)

SOALAN:
Hello boss eddie ...saya mahu tanya pendapat boss eddie ..preve dgn vios yang mana paling ok ...?dari segi pengunaan ...

JAWAPAN:
Perbezaan antara kenderaan baru Proton Preve dan Toyota Vios hampir RM 20,000. Jikalau dibandingkan dengan berapa lama kenderaan sudah berada di pasaran, Toyota Vios menang dalam aspek ini. Vios adalah kereta yang sudah terbukti di pasaran. Harga penjualan balik Toyota Vios juga lebih baik daripada Preve.

Cara terbaik untuk buat perbandingan ialah untuk menguji kedua kereta ini di kedai mereka masing-masing dan rasakan sendiri keselesaan.

Eddie Soh
ABS-EH Motor (ditubuh 1985)
bertenang... kereta 2nd hand kami ada WARANTI

#ABSEHMotor
#Sesimengopitanpabelikopi
0 Comments

Honda Elysion apa masalah?

9/25/2017

0 Comments

 
Picture
Sesi mengopi TANPA beli kopi #312
(Tuan/puan boleh tanya sebarang soalan berkaitan industri kereta terus ke FB Messenger saya)

SOALAN:
Hi boss. Nak tanye sikit tentang Honda Elysion. Saya bercadang utk beli. Tahun 2009. Ade tk masalah ttg kete ni

JAWAPAN:
Honda Malaysia tidak menjual kereta Honda Elysion. Untuk kenderaan import seperti ini, harus diketahui ialah alat gantinya sangat mahal. Ini kerana barangnya perlu diimpot daripada Jepun. Kami ada pengalaman dengan Toyota Corolla impot. Pada masa kereta perlu ditukar alat gantinya, di dapati kos 4 kali harga Corolla tempatan dan perlu masa 1 bulan untuk impot masuk alat gantinya.

Sekadar masalah kereta rasanya tiada isu besar. Hanya apabila alat ganti sudah tiba masa untuk ditukar sahaja masalah kosnya muncul.
​
Eddie Soh
ABS-EH Motor (ditubuh 1985)
bertenang... kereta 2nd hand kami ada WARANTI
#ABSEHMotor
#Sesimengopitanpabelikopi
0 Comments

Cara memilih kereta terpakai.

9/25/2017

0 Comments

 
Picture
​Sesi mengopi TANPA beli kopi #311
(Tuan/puan boleh tanya sebarang soalan berkaitan industri kereta terus ke FB Messenger saya)

SOALAN:
hai mr eddie, sy planing nk membeli kereta 2nd, macam mazda 3 2010, honda fd @ lancer, minta pendapat tuan megenai harga, maintance, minyak, sparepart dan lain2, skrg ni sy pakai myvi. tq bos

JAWAPAN:
Aturan kereta paling popular dari senarai tuan dan harganya untuk tahun 2010 ialah:
1) Honda FD 2.0 RM64k
2) Mitsubishi Lancer 2.0 RM50k
3) Mazda 3 2.0 RM40k
Honda Civic adalah kereta yang paling boleh diharap, penyengeraan paling murah, harga penjualan semula paling bagus, dan penggunaan minyak terjimat.. 

Mazda 3 adalah kereta yang paling laju dan handling yang terbaik dalam perbandingan ini..
Mitsubishi Lancer lebih kurang seperti Honda Civic, tetapi tidak sebagusnya.
​
Eddie Soh
ABS-EH Motor (ditubuh 1985)
bertenang... kereta 2nd hand kami ada WARANTI
#ABSEHMotor
#Sesimengopitanpabelikopi
0 Comments

Kia forte vs Avanza

9/25/2017

0 Comments

 
Picture
(Tuan/puan boleh tanya sebarang soalan berkaitan industri kereta terus ke FB Messenger saya)

SOALAN:
Hi mr. Eddie. Saya nk tanya berkenaan kereta kia forte dan avanza. Antara kedua2 kereta tersebut yang mana maintanance murah dan kurang masalah?boleh mr. Eddy bagi pandangan?

JAWAPAN:
Selalunya kereta jenama dari Korea lebih tinggi kos penyengeraan daripada kereta daripada Jepun.
Maka kos Kia Forte akan lebih tinggi daripada Toyota Avanza. Kereta Toyota juga lebih tahan lasak.
​
Eddie Soh
ABS-EH Motor (ditubuh 1985)
bertenang... kereta 2nd hand kami ada WARANTI
#ABSEHMotor
#Sesimengopitanpabelikopi
0 Comments

Pedana v6 ok ke tak?

9/25/2017

0 Comments

 
Picture
Sesi mengopi TANPA beli kopi #309
(Tuan/puan boleh tanya sebarang soalan berkaitan industri kereta terus ke FB Messenger saya)

SOALAN:
Selamat pagi tuan eddie...
Saya nak tanya pasal kerita pedana v6 tahun 2002 kalau tak silap saya..
Saya teringgin nak belik kerita tu..
Tp saya tak pasti apa masalh kerita pedana lama tu..
Ada kah sepepat mahal...
Atau susah nak cari..
Atau kuat makan minyak..
Harap tuan boleh bagi 
Pandangan kat saya..
Terima kasih .....

JAWAPAN:
Masalah Proton Perdana V6 yang sering dibentangkan ialah Kotak Gearnya yang sering rosak.
Oleh kerana masalah gear auto perdana ini agak manja, tuan perlulah ambil perhatian terhadap jadual tukar minyak gear dia. Jika sebelum ini 8000km baru tukar, anda tukar minyak gear box awal sedikit antara 5000km. Sebab gear perdana ini kecil dan tidak boleh terlalu panas.

Kemudian penjagaan air radiator juga penting kerana air radiator berfungsi untuk menyejukkan gear box tersebut. Jika anda tidak meletakkan anti karat pada air radiator lama kelamaan laluan air dalam saluran gearbox akan mengecil kerana tersumbat dan ini mengakibatkan ia menjadi panas.
Jika kotak gear ini rosak, penukarannya dalam kos RM 3 ribu ke atas.
​
Eddie Soh
ABS-EH Motor (ditubuh 1985)
bertenang... kereta 2nd hand kami ada WARANTI
#ABSEHMotor
#Sesimengopitanpabelikopi

0 Comments

Cara mengetahui kereta terpakai.

9/25/2017

0 Comments

 
Picture
Sesi mengopi TANPA beli kopi #308
(Tuan/puan boleh tanya sebarang soalan berkaitan industri kereta terus ke FB Messenger saya)

SOALAN:
Selamat pagi Tuan Eddie Soh..sy ade beberapa soalan berikutnya:_
1.kereta terpakai b lebih kurang perbatuan 110k dan berusia 11 thun adakah wajar sy membelinya..??
2.Bagaimana kita nk detect klu agen kereta terpakai mengubah @ menukar meter perbatuan(mileage)

JAWAPAN:
Jawapan untuk soalan
1. Selalunya perbatuan setahun dalam anggaran 30,000km. Maka kalau tahun kereta 11 tahun sepatutnya 330,000km. Kalau hanya 110,000 km memang kurang diguna kereta tersebut.
​
2. Hanya boleh ketahui daripada keadaan tayarnya sahaja, jika hampir botak maka meternya memang sudah diubah. Tuan juga boleh periksa rekod servisnya di syarikat pengeluarnya.
​
Eddie Soh
ABS-EH Motor (ditubuh 1985)
bertenang... kereta 2nd hand kami ada WARANTI
#ABSEHMotor
#Sesimengopitanpabelikopi

0 Comments

Ron 97 kurang memberi impak?

9/14/2017

0 Comments

 
Picture
Sesi mengopi TANPA beli kopi #307
(Tuan/puan boleh tanya sebarang soalan berkaitan industri kereta terus ke FB Messenger saya)

SOALAN:
Evening tuan.
Mohon pandangan,
adakah Ron 97 kurang memberi impak yang sama bagi kereta cc kecil seperti axia dengan kereta berkuasa besar?

JAWAPAN:
Ramai yang salah faham bila menganggap RON97 menghasilkan lebih banyak kuasa berbanding RON95, apatah lagi realitinya lebih tinggi nilai RON, lebih sukar bahan api dibakar. RON hanya merujuk kepada kemampuan bahan api untuk menahan ketukan semata-mata.
Enjin yang memerlukan nilai RON yang lebih tinggi lazimnya mempunyai nisbah mampatan yang lebih tinggi seperti Satria GTI.

PERAKUAN PENGELUAR KERETA
Kesimpulannya, RON ialah berdasarkan kesesuaian enjin, bukan kualiti semata-mata.
Apatah lagi hampir semua pengedar dan pengeluar kereta di negara ini telah mengeluarkan kenyataan mengenai kesesuaian model mereka dengan RON95.

Antaranya, kumpulan Automotif Naza menggalakkan pemilik kenderaan Naza, KIA dan Peugeot yang menggunakan bahan api petrol menggunakan RON95.

Syarikat itu berkata RON95 sesuai bagi kereta Naza Ria, Naza Citra, Naza Suria, Naza Citra II Rondo, Kia Sportage, Kia Carnival, Kia Carens, Kia Picanto, Kia Optima, Kia Spectra5, Kia Spectra, Kia Rondo, Naza 206 Bestari, Peugeot 206, Peugeot 407, Peugeot 308 Turbo, Peugeot 308Vti dan Naza Forza manakala Naza Sorento, Kia Sorento dan Kia Pregio menggunakan diesel.

UMW Toyota Motor juga mengeluarkan kenyataan petrol RON95 sesuai bagi kegunaan semua kenderaan Toyota dan Lexus yang dijual oleh syarikat itu.

Pengedar eksklusif kenderaan Toyota dan Lexus di Malaysia itu berkata pemilik kereta-kereta ini, yang ketika ini menggunakan petrol RON97, boleh beralih kepada RON95 tanpa perlu bimbang akan masalah kerosakan enjin atau hilang prestasi.

Honda Malaysia juga mengumumkan bahawa semua model yang diedarkan oleh syarikat itu serasi dengan minyak petrol RON95.

Honda Malaysia memberikan jaminan kepada semua pemandu kenderaan Honda bahawa RON95 seharusnya tidak menjejaskan mana-mana model yang diedarkan oleh wakil jualan sahnya, kecuali model Civic Type R.
Civic Type R dicadangkan menggunakan RON97 kerana enjinnya yang berprestasi tinggi, kata Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Toru Takahashi.
Begitu juga untuk kenderaan jenama Proton dan Perodua.

Eddie Soh
ABS-EH Motor (ditubuh 1985)
bertenang... kereta 2nd hand kami ada WARANTI
​
#ABSEHMotor
#Sesimengopitanpabelikopi

0 Comments

HARGA MINYAK MINGGUAN 14 - 20 SEPTEMBER 2017

9/13/2017

0 Comments

 
Picture
Harga Petrol dan Diesel diatas berkuat kuasa (efektif) selama seminggu bermula jam 12.01, awal pagi Khamis (14 September 2017) hingga tarikh 20 September 2017, jam 11.59 malam
0 Comments

Apakah perbezaan antara toyota altis 2010 dan nissan sylphy 2010.

9/13/2017

0 Comments

 
Picture
Sesi mengopi TANPA beli kopi #306
(Tuan/puan boleh tanya sebarang soalan berkaitan industri kereta terus ke FB Messenger saya)

SOALAN:
Hi mr eddie
Saya bercadang menukar kereta jenis sedan. 
Apakah perbezaan antara toyota altis 2010 dan nissan sylphy 2010
Di antara 2 kereta ni model manakah yg baik untuk saya gunakan.
Sekian

JAWAPAN:
Daripada spek teknikal, kedua-dua kereta ini hampir sebaya. Toyota Altis sudah berada di pasaran jauh lebih lama daripada Nissan Sylphy dan Altis sudah terbukti di pasaran sebagai kereta yang tahan lasak dan kurang bermasalah. Perkara yang sama tidak dapat dikatakan kepada Nissan Sylphy. Di samping nama yang lebih sukar untuk disebut, Nissan Sylphy ada beberapa isu pada keretanya.

Sebagai panduan, jika kereta yang dibandingkan jauh harganya walaupun tahun yang sama, maka persepsi pasaran sudah memberitahu kita mana kereta yang lebih baik.
Nissan Sylphy tahun 2010 RM 33k - RM36
Toyota Altis tahun 2010 RM 46k - RM50k

Eddie Soh
ABS-EH Motor (ditubuh 1985)
bertenang... kereta 2nd hand kami ada WARANTI
​
#ABSEHMotor
#Sesimengopitanpabelikopi

0 Comments

Berapakah harga gearbox satria neo 1.6?

9/13/2017

0 Comments

 
Picture
Sesi mengopi TANPA beli kopi #305
(Tuan/puan boleh tanya sebarang soalan berkaitan industri kereta terus ke FB Messenger saya)

SOALAN:
Tuan eddie,
Maaf mengganggu..berapa kah harga gearbox satria neo 1.6?
Baru lepas check.. foreman inform gearbox mungkin perlu ditukar.
Setiap kali masuk gear, akan ada bunyi..pohon bantu saya.

JAWAPAN:
Terpulang auto atau manual.
Kadang-kadang masih boleh dibaiki. Kalau gear auto, perlu ke kedai yang hanya baiki kotak gear.
Foreman kereta tidak begitu khusus dalam pembaikian gear.
Kotak gear satria neo anggaran RM4 ribu.

Eddie Soh
ABS-EH Motor (ditubuh 1985)
bertenang... kereta 2nd hand kami ada WARANTI
​
#ABSEHMotor
#Sesimengopitanpabelikopi

0 Comments
<<Previous

    Author

    33 tahun dalam perniagaan jual beli kereta terpakai. Objektif blog ialah memberi ilmu tentang industri kereta di Malaysia kepada orang ramai.

    View my profile on LinkedIn

    Archives

    May 2020
    December 2019
    November 2019
    October 2019
    September 2019
    August 2019
    July 2019
    April 2018
    March 2018
    February 2018
    January 2018
    December 2017
    November 2017
    October 2017
    September 2017
    August 2017

    Categories

    All
    Berita
    Sesi Kopi
    Tips

    RSS Feed

Picture
EH Motor Credit Sdn Bhd 
(HQ)
Lot 3, tbg 646, Pandamaran, Port Klang 42000, Selangor, Malaysia.
Email: 
sales@ehmotorcredit.com

Tel:03 3167 0085, 03 3167 1066
(Depan balai polis pandamaran)
(Di GPS Google map/WAZE sila taip "EH Motor")


Picture
Picture
Picture
Dasar Privasi
Iklan Dengan Kami
Hubungi Kami
Copyright © ​ 2019  I  EH Motor Credit Sdn. Bhd.
  • HOME
  • Broker Program
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Testimoni
  • Sumber
    • Eddie-soh Blog kereta
    • Berita PENIPUAN industri kereta
    • Cik EH-LI (Penghuni kedai kami)
    • @cilisos
    • GAME kereta
  • Kategori Kereta
  • Promosi
  • Subscribe untuk tip kereta