Sesi mengopi TANPA beli kopi #312 (Tuan/puan boleh tanya sebarang soalan berkaitan industri kereta terus ke FB Messenger saya) SOALAN: Hi boss. Nak tanye sikit tentang Honda Elysion. Saya bercadang utk beli. Tahun 2009. Ade tk masalah ttg kete ni JAWAPAN: Honda Malaysia tidak menjual kereta Honda Elysion. Untuk kenderaan import seperti ini, harus diketahui ialah alat gantinya sangat mahal. Ini kerana barangnya perlu diimpot daripada Jepun. Kami ada pengalaman dengan Toyota Corolla impot. Pada masa kereta perlu ditukar alat gantinya, di dapati kos 4 kali harga Corolla tempatan dan perlu masa 1 bulan untuk impot masuk alat gantinya. Sekadar masalah kereta rasanya tiada isu besar. Hanya apabila alat ganti sudah tiba masa untuk ditukar sahaja masalah kosnya muncul. Eddie Soh ABS-EH Motor (ditubuh 1985) bertenang... kereta 2nd hand kami ada WARANTI #ABSEHMotor #Sesimengopitanpabelikopi |
0 Comments
Leave a Reply. |
Author33 tahun dalam perniagaan jual beli kereta terpakai. Objektif blog ialah memberi ilmu tentang industri kereta di Malaysia kepada orang ramai. Archives
May 2020
Categories |