Sesi mengopi TANPA beli kopi #831 (Tuan/puan boleh tanya sebarang soalan berkaitan industri kereta terus ke FB Messenger saya) SOALAN: hai tuan eddie.. I nak tanya antara grand livina dan alza mana lagi bagus untuk long term? saya perlukan orang yang pakar untuk cerita detail comparison antara alza dan grand livina. kalau sy decide untuk ambil grand livina antara 1.6 dan 1.8 mana lagi berbaloi? JAWAPAN: Perodua Alza: Perodua Alza ialah alternatif yang bagus untuk MPV bajet dan jika tuan tidak keberatan mengorbankan ruang dalaman. Barisan tempat duduk ketiga mencukupi kalai mengembara di kawasan yang dekat. Saiz MPV ini yang kecil membuat kenderaan ini senang di parkin dan dipandu di kawasan bandar. Kos servis Perodua selalunya agak murah dan jika cara pemandu tuan sederhana, kos minyak akan bersamaan dengan Perodua Myvi bercc 1.5 . Nissan Grand Livina? Nissan Grand Livina memang cantik ketika model ini dilancarkan, akan tetapi modelnya tidak berubah-ubah dan kenampakkan sedikit tua sekarang. Kos penyelengaraan Nissan juga tidak begitu murah. Kos Nissan adalah tertinggi berbanding dengan 3 kereta Jepun di Malaysia (Toyota, Honda, Nissan). Untuk perjalanan sejauh 100,000 km, kos servis Nissan anggaran RM3,625, berbanding Perodua iaitu RM2,994. her of them. Cara untuk masuk ke barisan ketiga bagi kereta Nissan Livina juga paling buruk berbanding Perodua Alza. Untuk masuk ke barisan ke tiga, perlu terdahulu lipat dan turunkan baris ke dua dengan menarik tali di belakang kerusi. Ini mungkin sedikit rumit jika tangan anda sudah penuh dengan benda lain. Kegunaan minyak lebih kurang sama untuk kedua kereta. Antara 1.6 dan 1.8 Grand Livina, perbezaannya ialah pick up 1.8 lebih bagus untuk memotong kenderaan lain dan juga menaiki bukit. Jika sering membawa muat penumpang di dalam MPV, lebih baik dibeli cc 1.8. Eddie Soh EH Motor (ditubuh 1985) Blacklist, CCRIS, Full loan untuk beli kereta #EHMotor #Sesimengopitanpabelikopi |
0 Comments
|
Author33 tahun dalam perniagaan jual beli kereta terpakai. Objektif blog ialah memberi ilmu tentang industri kereta di Malaysia kepada orang ramai. Archives
May 2020
Categories |