Sesi mengopi TANPA beli kopi #825 (Tuan/puan boleh tanya sebarang soalan berkaitan industri kereta terus ke FB Messenger saya) SOALAN: Hi Tuan Eddie Nak tanya pendapat tuan berkenaan Merc Benz CLA 200 tahun 2015 yg ditawarkan harga RM 130k terutamanya dari segi kos penyenggaraan kereta ini.. Terima kasih Terima kasih JAWAPAN: Mercedes-Benz Cla-Class adalah siri kereta kompak executif yang dibina Mercedes-Benz sejak 2013. Model ini diposisi antara model A dan model C kelas Merdecez. Hanya ada 2 generasi kenderaan ini. Generasi ke 2 mula dijual pada tahun ini. Kenderaan ini dijual pada harga anggaran RM240k ketika kenderaan masih baru. Dalam masa kurang daripada 5 tahun, susut nilai kenderaan sudah mencegah Rm100k. Hampir setengah harga barunya. Kos selenggara kereta mewah memang tinggi. Sebagai contoh, tayar 19 incinya jika ditukar sudah RM1000 untuk jenama tayar yang sama. Kos absorbernya lebih kurang dalam RM 1,500 hingga RM 1,800 seunit. Alternator kereta jika rosak akan mengenakan kos anggaran RM6,000. Clutch kalau rosak juga dalam lingkungan RM 5,500 hingga RM7,000. Oleh itu, sila sediakan duit yang mencukupi jika anda membeli kereta ini ya. 💲💲💲 Eddie Soh EH Motor (ditubuh 1985) Blacklist, CCRIS, Full loan untuk beli kereta #EHMotor #Sesimengopitanpabelikopi |
0 Comments
Leave a Reply. |
Author33 tahun dalam perniagaan jual beli kereta terpakai. Objektif blog ialah memberi ilmu tentang industri kereta di Malaysia kepada orang ramai. Archives
May 2020
Categories |