Sesi mengopi TANPA beli kopi #766 (Tuan/puan boleh tanya sebarang soalan berkaitan industri kereta terus ke FB Messenger saya) SOALAN: Hi Mr Eddie, morning.. Saya nak minta pendapat encik. Saya berminat untuk beli kereta secondhand Honda Jazz Hybrid 2012 (CBU) daripada seorang kenalan. Mohon pendapat encik tentang: 1. Review ttg kos maintenance 2. Cara utk saya membuat loan (RM30K) bagi membeli kereta tersebut yg belum habis bayar (RM20K+) Terima kasih.. JAWAPAN: Honda Jazz dihasilkan sejak tahun 2001. Manakala Honda Jazz Hybrid pula hanya mula dijual pada tahun 2011 atas persaingan kereta Hybrid lain di pasaran. Selalunya kereta Hybrid, tidak kira jenamanya, akan menghadapai isu harga jual balik yang rendah. Ini kerana, pembeli kereta terpakai masing-masing bimbang tentang kos penukaran bateri kereta Hybrid. Kosnya adalah dalam linkungan RM5000 hingga RM13,000 terpulang kepada kereta. Secara keseluruhan tiada isu besar dengan kereta ini. Untuk soalan kedua, peminjaman kereta tertakluk kepada harga pasaran kereta. Jika harga kereta di pasaran ialah RM30, 000, maka jumlah pinjaman yang bakal didapati ialah 90% daripada harga tersebut, iaitu RM27, 000. Oleh itu, langkah pertama ialah memastikan harga pasaran kereta. Harganya boleh didapati dalam laman web jualan kereta seperti mudah.my atau carlist.my Eddie Soh EH Motor (ditubuh 1985) Blacklist, CCRIS, Full loan untuk beli kereta #EHMotor #Sesimengopitanpabelikopi |
0 Comments
|
Author33 tahun dalam perniagaan jual beli kereta terpakai. Objektif blog ialah memberi ilmu tentang industri kereta di Malaysia kepada orang ramai. Archives
May 2020
Categories |