EH Motor Credit
  • HOME
  • Broker Program
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Testimoni
  • Sumber
    • Eddie-soh Blog kereta
    • Berita PENIPUAN industri kereta
    • Cik EH-LI (Penghuni kedai kami)
    • @cilisos
    • GAME kereta
  • Kategori Kereta
  • Promosi
  • Subscribe untuk tip kereta

Panduan beli kereta terpakai: (Tip 5)

8/30/2017

0 Comments

 
PEMERIKSAAN LUARAN
- Sila periksa pemegang pintu- Pastikan pintu dan bonet boleh dibuka dan ditutup dengan senang- Pastikan ‘bumper’ belakang tidak calar dan karat- Pastikan sistem ekzos tidak berkarat- Pastikan rim tidak bengkok dan berkarat- Pastikan semua lampu berfungsi dengan baik

www.ehmotorcredit.com/eddiesohblog

#ABSEHMotor
0 Comments

Apa tanda lampu merah?

8/29/2017

0 Comments

 
Picture
Sesi mengopi TANPA beli kopi #297
(Tuan/puan boleh tanya sebarang soalan berkaitan industri kereta terus ke FB Messenger saya)

SOALAN:
Hye mr eddie, tumpang tya, kalu lampu merah menyala tu tandanya apa ya? Myvie basic.
Yup, berkelip selepas tutup enjin, tapi kereta xlock lagi.. Lampu mmg auto menyala ke?

JAWAPAN:
Baru tanya foreman kami tadi. Ini lampu immobiliser tuan. Asalkan tiada kunci, lampu ini akan menyala secara automatik. Ini akan menyelamatkan kereta tuan daripada dicuri. Pencuri tidak dapat hidupkan kereta tanpa kunci asal.
​
Eddie Soh
ABS-EH Motor (ditubuh 1985)
bertenang... kereta 2nd hand kami ada WARANTI
#ABSEHMotor
#Sesimengopitanpabelikopi

0 Comments

PANDUAN membeli kereta terpakai: (Tip 4)

8/29/2017

0 Comments

 
Perkara yang paling utama semasa membeli kereta terpakai pastikan keadaan cuaca ketika memeriksa kenderaan itu adalah terang. Jangan sekali-kali memeriksa kenderaan di waktu gelap.

www.ehmotorcredit.com/eddiesohblog

#ABSEHMotor

0 Comments

Berbaloikah kereta BMW kereta pertama?

8/28/2017

0 Comments

 
Picture
Sesi mengopi TANPA beli kopi #296
(Tuan/puan boleh tanya sebarang soalan berkaitan industri kereta terus ke FB Messenger saya)
SOALAN:
Hello and morning.. maaf bertanya.. sy sekarang ni plan nk beli bmw e90 2.5 tahun 2009. Boleh kongsi pendapat tak ape major kerosakan dan ape yg selalu dialami masalh oleh kereta2 lama jns bmw ini.. adakah berbaloi sy mmbeli kereta jenis ini sebab ni kereta pertama sy.. dari segi roadtax and insurance? Maaf sy newbie tentang bab kereta ini. Terima kasih tuan
JAWAPAN:
Memandangkan ini kereta pertama tuan, memang tidak berbaloi untuk membeli kereta BMW terpakai walaupun harganya agak murah. Ini kerana kos pembaikian kereta kontinental sangat tinggi dan juga lebih kerap memberikan masalah. Untuk anda, saya sarankan kereta tempatan atau kereta Jepun sebagai permulaan mengenali tentang penyenggeraan kereta.
Insurans dan roadtax tidak menjadi isu kerana roadtax mengikut cc kereta dan insuran pula mengikut harga pasaran kereta tersebut.
Eddie Soh
ABS-EH Motor (ditubuh 1985)
bertenang... kereta 2nd hand kami ada WARANTI
#ABSEHMotor
#Sesimengopitanpabelikopi

0 Comments

Kos jika kereta jual kepada orang lain.

8/28/2017

0 Comments

 
Picture
Sesi mengopi TANPA beli kopi #295
(Tuan/puan boleh tanya sebarang soalan berkaitan industri kereta terus ke FB Messenger saya)

SOALAN:
Assalam..encik eddie sy nk tny kalau saya nk tukar.
Or nk jual kete sy pd husband kos ap yg perlu sy tau
​
JAWAPAN:
Kepada penjual tiada kosnya. Hanya perlu tahu harga jualanan sahaja.
Pembeli sahaja yang perlu keluarkan kos. Kos termasuk tukar nama, pemeriksaan kereta di JPJ, cukai jalan dan insuran.

Eddie Soh
ABS-EH Motor (ditubuh 1985)
bertenang... kereta 2nd hand kami ada WARANTI
​
#ABSEHMotor
#Sesimengopitanpabelikopi

0 Comments

PANDUAN membeli kereta terpakai: (Tip 3)

8/28/2017

0 Comments

 
3.Periksa Rekod senarai hitam kenderaan.

Sekiranya anda ingin memastikan kenderaan yang anda inginkan itu bebas dari sebarang rekod senarai hitam, hubungi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang terdekat.

Bawalah kenderaan itu untuk pemeriksaan di PUSPAKOM bagi memastikan kenderaan itu menepati spesifikasi standard asal dan bukannya kereta potong sambung. Anda boleh meneruskan niat untuk membeli kereta tersebut hanya selepas kenderaan anda lulus dalam ujian PUSPAKOM.

Luangkanlah sedikit masa untuk memeriksa kenderaan tersebut. Menyesal dahulu pendapatan, menyesal kemudian tidak berguna.

http://www.ehmotorcredit.com/eddiesohblog

#ABSEHMotor

0 Comments

Pinjaman Bank Boleh Dipendekkan?

8/25/2017

0 Comments

 
Picture
Sesi mengopi TANPA beli kopi #294
(Tuan/puan boleh tanya sebarang soalan berkaitan industri kereta terus ke FB Messenger saya)

SOALAN:
Selamat Petang tuan. Nak tanya boleh ke pinjaman bank untuk loan kereta dipendekkan dari perjanjian asal selama 9 tahun kepada 7 tahun atau 5 tahun? Sekarang dah 3 tahun bayar loan.

JAWAPAN:
JIka Cikpuan telah tandatangan perjanjian pinjaman pada permulaan, praktis bank tidak benarkan penukaran tempoh bayaran. Melainkan setelah genap tahun ke-5 atau ke-7, Cikpuan boleh uruskan early settlement pada akaun Cikpuan 
Memandangkan Cikpuan mahu cuba bayar ansuran dalam jangka masa pendek daripada tarikh perjanjian, Cikpuan boleh cuba bayar ansuran lebih
Contoh: Ansuran 1 bulan RM500, Tuan boleh bayar RM1000, menjadikan akaun Cikpuan ada ADVANCE payment
Ia juga membantu pengurangan jumlah hutang pada pinjaman

Eddie Soh
ABS-EH Motor (ditubuh 1985)
bertenang... kereta 2nd hand kami ada WARANTI
#ABSEHMotor
#Sesimengopitanpabelikopi

0 Comments

Kemana Deposit Kereta Pergi?

8/24/2017

0 Comments

 
Picture
Sesi mengopi TANPA beli kopi #293
(Tuan/puan boleh tanya sebarang soalan berkaitan industri kereta terus ke FB Messenger saya)

SOALAN:
Hai tuan eddie nk tya, Jika bank luluskan loan, deposit tu akn dipulang separuh atau mcm mn?

JAWAPAN:
Duit deposit ialah digunakan untuk bayar sebahagian kecil daripada jumlah harga kereta bersama kos pembelanjaan pembelian insuran kereta, cukai jalan, pemeriksaan kereta di Puspakom dan kos tukar nama di JPJ. Maka deposit itu akan digunakan dan tidal dipulangkan.

Eddie Soh
ABS-EH Motor (ditubuh 1985)
bertenang... kereta 2nd hand kami ada WARANTI
​
#ABSEHMotor
#Sesimengopitanpabelikopi

0 Comments

Proton Wira, Toyota Hilux 'digemari' pencuri

8/24/2017

0 Comments

 
Picture
PROTON Wira dan Toyota Hilux adalah antara model kenderaan yang paling 'digemari' pencuri kenderaan dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini.
Bagaimanapun, jumlah itu menurun 25 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.
Statistik yang dikeluarkan Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM) merekodkan peningkatan 11 peratus bagi tuntutan insurans motor yang meliputi kecurian, kemalangan dan kerosakan dengan jumlah RM2.68 bilion hanya dalam tempoh enam bulan.
Ketua Pegawai Eksekutif PIAM, Mark Lim berkata, pemilik kenderaan perlu membuat pemilihan bijak dalam memilih polisi untuk kenderaan mereka dan langkah liberalisasi yang diperkenalkan sejak 1 Julai lalu memberi kelebihan kepada pemilik kenderaan ini.
"Pemilik kenderaan ini mungkin perlu membayar premium yang lebih tinggi namun dengan langkah liberalisasi ini, jika berlaku kecurian, mereka akan mendapat pampasan sewajarnya," katanya pada pengumuman prestasi industri insurans am di Kuala Lumpur hari ini.
Selain Proton Wira dan Toyota Hilux, model lain yang direkodkan adalah Perodua Kancil, Proton Iswara dan Perodua Myvi selain Honda Civic untuk kenderaan bukan nasional.

Sumber


0 Comments

PANDUAN membeli kereta terpakai: (Tip 2)

8/24/2017

0 Comments

 
2. Periksa Rekod kemalangan kenderan.
​

Kebiasaan rekod kemalangan kenderaan akan dirahsiakan oleh penjual kereta terpakai atau pemilik kenderaan itu sendiri. Anda boleh memeriksanya secara manual sama ada kenderaan itu pernah terlibat dalam kemalangan atau tidak.

Periksa bahagian enjin terutama bahagian hadapan dan bahagian dalam tepi. Pastikan bahagian ini bebas daripada kesan remuk ataupun pernah diketuk.
Perhatikan kedudukan semua pintu dengan membuka dan menutup pintu. Jika terdapat kelainan, periksa bahagian pintu dengan mengetuk pintu menggunakan tangan. Kenderaan tersebut mungkin pernah mengalami kemalangan yang melibatkan bahagian pintu sekiranya bunyi yang terhasil adalah berlainan.

Ukur kedudukan tayar dan bahagian badan kenderaan. Pastikan perbezaan tayar kanan dan kiri tidak jauh jaraknya dengan bahagian badan kenderaan. Sekiranya jarak tayar sebelah kanan dengan bahagian badan kenderaan agak ketara, ini menunjukkan kenderaan tersebut pernah terlibat dalam kemalangan.Langkah ini penting umtuk memastikan keseimbangan tayar dan pemanduan yang stabil.

​
http://www.ehmotorcredit.com/eddiesohblog
bertenang... kereta 2nd hand kami ada WARANTI
#ABSEHMotor
#eddiesohblog

0 Comments
<<Previous

    Author

    33 tahun dalam perniagaan jual beli kereta terpakai. Objektif blog ialah memberi ilmu tentang industri kereta di Malaysia kepada orang ramai.

    View my profile on LinkedIn

    Archives

    May 2020
    December 2019
    November 2019
    October 2019
    September 2019
    August 2019
    July 2019
    April 2018
    March 2018
    February 2018
    January 2018
    December 2017
    November 2017
    October 2017
    September 2017
    August 2017

    Categories

    All
    Berita
    Sesi Kopi
    Tips

    RSS Feed

Picture
EH Motor Credit Sdn Bhd 
(HQ)
Lot 3, tbg 646, Pandamaran, Port Klang 42000, Selangor, Malaysia.
Email: 
sales@ehmotorcredit.com

Tel:03 3167 0085, 03 3167 1066
(Depan balai polis pandamaran)
(Di GPS Google map/WAZE sila taip "EH Motor")


Picture
Picture
Picture
Dasar Privasi
Iklan Dengan Kami
Hubungi Kami
Copyright © ​ 2019  I  EH Motor Credit Sdn. Bhd.
  • HOME
  • Broker Program
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Testimoni
  • Sumber
    • Eddie-soh Blog kereta
    • Berita PENIPUAN industri kereta
    • Cik EH-LI (Penghuni kedai kami)
    • @cilisos
    • GAME kereta
  • Kategori Kereta
  • Promosi
  • Subscribe untuk tip kereta