EH Motor Credit
  • HOME
  • Broker Program
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Testimoni
  • Sumber
    • Eddie-soh Blog kereta
    • Berita PENIPUAN industri kereta
    • Cik EH-LI (Penghuni kedai kami)
    • @cilisos
    • GAME kereta
  • Kategori Kereta
  • Promosi
  • Subscribe untuk tip kereta

Sesi mengopi TANPA beli kopi #398

1/23/2018

0 Comments

 
Picture
Sesi mengopi TANPA beli kopi #398
(Tuan/puan boleh tanya sebarang soalan berkaitan industri kereta terus ke FB Messenger saya)

SOALAN:

selamat petang tuan eddie soh
sy nak tanya tentang kerea naza citra.dari segi pengunaan maintenance,spearepart senang cari atau sebalik nye..ape kelebihan dan kekurangan kereta naza citra ini..sy berminat untuk membeli kereta ini...ape pandangan tuan addie soh tentang kereta ini..sekian terima kasih😊

JAWAPAN:

Naza Citra adalah kereta MPV yang mampu miliki. Walaupun kereta daripada Korea, namun kos penyengeraannya tidak terlalu mahal. Kereta MPV ini juga tidak membawa banyak isu melainkan dengan mounting enjinnya yang sering perlu ditukar.

MPV ini berbaloi dibeli apetah lagi dengan kelengkapan sunroof yang selalunya mengembirakan anak-anak yang menaikinya. Tempat duduknya juga luas dan sesuai untuk pengembaraan jarak jauh.

Eddie Soh
EH Motor (ditubuh 1985)
Blacklist, CCRIS, Full loan untuk beli kereta

#EHMotor
#Sesimengopitanpabelikopi
0 Comments

Sesi mengopi TANPA beli kopi #397

1/23/2018

0 Comments

 
Picture
Sesi mengopi TANPA beli kopi #397
(Tuan/puan boleh tanya sebarang soalan berkaitan industri kereta terus ke FB Messenger saya)

SOALAN:

Hi tuan eddie.. Saya dan kawan saya berminat untuk membeli kereta baru.. Antara perodua axia dan proton saga vvt yang mana tuan sarankan.. Boleh minta pendapat tuan eddie?

JAWAPAN:

Axia - Kereta Bandar. Memang sangat sesuai untuk pandu di bandar kerana jimat minyak, kecil - mudah belok, mudah parking. Jalan jauh akan meletihkan sebab desain kereta kecil tidak reka untuk perjalanan jauh terutama dari keselesaan tempat duduk dan absorber. Kesimpulannya, Axia jimat minyak tetapi kurang sesuai untuk yang berkeluarga

Proton Saga - Sedan. Sesuai untuk perjalanan jarak jauh. Kurang penjimatan minyak dalam bandar sebab satu bar meter minyak tu boleh cecah dalam 50 - 60 km sahaja. Tapi untuk perjalanan jauh, satu bar meter minyak boleh cecah 100 km untuk pemandu gaya biasa. Sesuai untuk yang berkeluarga atau merancang untuk bekeluarga. Kesimpulannya, Proton Saga kurang jimat minyak tetapi sesuai untuk yang bekeluarga.

Eddie Soh
EH Motor (ditubuh 1985)
Blacklist, CCRIS, Full loan untuk beli kereta

#EHMotor
#Sesimengopitanpabelikopi
0 Comments

Sesi mengopi TANPA beli kopi #396

1/22/2018

0 Comments

 
Picture
Sesi mengopi TANPA beli kopi #396
(Tuan/puan boleh tanya sebarang soalan berkaitan industri kereta terus ke FB Messenger saya)

SOALAN:

Selamat pagi Eddie

Apa pandangan Eddie tentang mpv Volkswagen Touran/cross Touran second hand? 

Adakah kos penjagaan dan penyelenggaraannya jika dibandingkan dengan small mpv tempatan seperti Alza?

Saya lihat dalam iklan touran secondhand tahun 2013 harganya around 50k je

JAWAPAN:

VW Touran harga barunya $170k. Selalunya jika harga kereta terpakainya jauh daripada harga baru maka semestinya ada isu dengan kereta tersebut. Kos penyengeraannya VW Touran sangat tinggi. Sering bermasalah dengan isu gear box dan enjin.

Jika ingin beli kereta VW Touran terpakai perlu sediakan bajet yang tinggi untuk kerosakan yang bakal terjadi.

Eddie Soh
EH Motor (ditubuh 1985)
Blacklist, CCRIS, Full loan untuk beli kereta

#EHMotor
#Sesimengopitanpabelikopi
0 Comments

Sesi mengopi TANPA beli kopi #394

1/22/2018

0 Comments

 
Picture
Sesi mengopi TANPA beli kopi #394
(Tuan/puan boleh tanya sebarang soalan berkaitan industri kereta terus ke FB Messenger saya)

SOALAN:

Hai tuan
Saya nak tanya berkenaan mini cooper
Saya nak bli cash dan range harga dalam 35k-45k.mgkn tahun agak lama. Camne pendapat tuan dari semua aspek terutama kos maintenance

JAWAPAN:

Mini menggunakan komponen BMW. Jika tuan ada ikutan nasihat saya tentang kereta BMW, maka nasihat yang sama juga akan diberi kepada Mini. 

Selepas 80,000+km akan mula merasai berbagai part yang perlu diganti ( Ini disebabkan kereta ini beroperasi dengan suhu yang tinggi, cuaca Malaysia yang panas serta trafik jam di bandar.

Perlu diperiksa power steering pump, sistem coolant system, dan thermostat. Cuba dapat tahu parts yang ditukar oleh pemilik kereta sebelum ini. Kos penyengeraan Mini agak mahal dan tidak banyak mekanik yang berpengalaman dalam membaiki kereta mewah sebegini.

Eddie Soh
EH Motor (ditubuh 1985)
Blacklist, CCRIS, Full loan untuk beli kereta

#EHMotor
#Sesimengopitanpabelikopi
0 Comments

Sesi mengopi TANPA beli kopi #393

1/22/2018

0 Comments

 
Picture
Sesi mengopi TANPA beli kopi #393
(Tuan/puan boleh tanya sebarang soalan berkaitan industri kereta terus ke FB Messenger saya)

SOALAN:

Hi bos,nak minta pandangan bos utk mitsubishi outlander yg baru. Kereta ni ok X? Dari sudut maintenance n kerosakan?

JAWAPAN:

Mitsubishi Outlander asalnya dikenali sebagai Mitsubishi ASX dan mula dihasilkan pada tahun 2001.

Generasi pertama (2001 - 2008)
Generasi kedua (2006 - 2012)
Generasi ketiga (2012 - kini)

Mitsubishi Outlander dilancarkan di Malaysia pada April 2016 sebagai completely built up (CBU) impot daripada Jepun. Mitsubishi Motor Malaysia pada akhir tahun lalu mula memasang kereta ini di kilang tempatan dengan spec Outlander 2.0L 4WD dan ia dijual bersama kereta impot CBU 2.4L 4WD. Ini adalah kereta kedua yang dipasang di kilang Malaysia selepas Mitsubishi ASX.

Memandangkan Outlander baru sahaja 2 tahun di Malaysia, tidak banyak informasi tentang kelasakan kereta ini. Dari segi reputasi, kereta dari Jepun ini mempunyai reputasi yang bagus di luar negara. Kerana kereta dari Jepun maka spare part dan kos penyengeraan sepatutnya tidak begitu mahal.

Eddie Soh
EH Motor (ditubuh 1985)
Blacklist, CCRIS, Full loan untuk beli kereta

#EHMotor
#Sesimengopitanpabelikopi
0 Comments

Sesi mengopi TANPA beli kopi #392

1/16/2018

0 Comments

 
Picture
Sesi mengopi TANPA beli kopi #392
(Tuan/puan boleh tanya sebarang soalan berkaitan industri kereta terus ke FB Messenger saya)

SOALAN:

Hello boss
Morning
Boss saya baru excident kereta belakang langgar saya telah mati rtax dan insuran, bagaimana ingin claim pada dia?

JAWAPAN:

Tuntutan pihak ketiga masih boleh dibuat terhadap kereta tanpa road tax. Akan tetapi sekiranya, kereta tersebut tidak mempunyai perlindungan insurans minimum (3rd party cover), maka tidak boleh claim. Pihak polis akan keluarkan saman kepada kereta belakang tersebut sahaja. Dalam kes sebegini, maka terpaksa buat claim sendiri (dipanggil OD atau Own Damage). Akan kehilangan NCD sendiri. Kes ini serupa jika dilanggar oleh motorsikal.

Eddie Soh
EH Motor (ditubuh 1985)
Blacklist, CCRIS, Full loan untuk beli kereta

#EHMotor
#Sesimengopitanpabelikopi


0 Comments

Sesi mengopi TANPA beli kopi #391

1/16/2018

0 Comments

 
Picture
Sesi mengopi TANPA beli kopi #391
(Tuan/puan boleh tanya sebarang soalan berkaitan industri kereta terus ke FB Messenger saya)

SOALAN:

Tuan hidekn profile sy.. nak tanya tuan.. mazda 5 2011 ok tak?? Apa kebaikan dan kekuranganya??

JAWAPAN:

Mazda 5

Exterior
Kebaikkan:
- Dari segi aerodinamik, cermin depannya melunjur ke depan dashboard membelah angin dan air dengan baik. Juga boleh kalis batu dari jalanraya.
- Ketinggian kereta ni agak rendah. Sesuai untuk cruising di lebuhraya dan cornering. 
- Di bumper sudah sedia ada platform untuk pasang roof bar. 
- Ada auto sunroof.
- Auto back door. Sesuai jika ada anak kecil dan membantu apabila mengambil barang. 

Kekurangan:
- Bumper belakang ibarat platform untuk meletak barang. Desain begini membuat bumper senang dicalarkan.
- Disebabkan ketinggian kereta ni rendah, bahagian bawah kereta senang digesel bonggol. 
- Jarak antara belakang kereta dan tempat duduk terakhir agak dekat. Bahaya dalam keadaan kecemasan yg tidak diingini.

Interior
Kebaikkan
- Suasana semasa memandu ibarat pandu sedan, bukan MPV. 
- Boleh kuasai 
pintu belakang dari pemandu.
- Aircond sejuk. Dibelakang juga ada blower berasingan.
- Karakuri seat mmg bagus. Bila tak ramai yg naik, seat tengah boleh simpan. Dalam jadi lebih luas lagi.
- Bila jatuhkan semua seat belakang, dah jadi kereta pick up.

Kekurangan 
- Keseluruhannya, dalam agak sempit jika digunakan sebagai mengangkut penumpang dan barang. 
- Bahagian depan kurang tempat untuk letak barang.
- DVD player biasa yg biasa dijual murah kat kedai eksesori, GPS navigator pula tak boleh dihidupkan untuk beberapa minit lepas start enjin, dan akan melambatkan mencari signal.
- Lubang aircodn di panel tengan perlu dihala ke seat belakang sekali jika ada orang disitu kerana blower belakang tak sampai orang belakang. 
- Tempat sandar seat tengah yang boleh lipat karakuri tu, senang rosak.
- Seat belakang sempit dan rendah bumbungnya, sesuai untuk budak kecil sahaja. Jika ada orang duduk dibelakang, back mirror driver tak nampak belakang kereta.

Pemanduan/handling
Kebaikkan:
- Perjalanan di lebuhraya dan jalan biasa stabil. Sesetengah mpv di jalan biasa tidak boleh jalan laju sebab suspension belakang bouncing. Lebih-lebih lagi di jalan tak rata.
- Pikap kereta agak baik dan sesuai untuk small minivan yang penuh penumpang.
Naik bukit juga tak bermasalah kerana gear triptronix boleh ditukar ke manual.

Kekurangan:
- cornering kereta tidak begitu menyenangkan pengalamannya.

Kegunaan minyal
- Terpulang cara pemanduan. Untuk pemanduan biasa kegunaan minyak menjimatkan. Tetapi jika jenis yang bawa tak berapa elok, penumpang/barang selalu full, blower depan belakang kuat etc, kegunaan minyak agak tinggi. 

KESIMPULAN

Mazda 5 sesuai dan praktikal untuk kegunaan keluarga kecil yang selalu mengembara.

Eddie Soh
EH Motor (ditubuh 1985)
Blacklist, CCRIS, Full loan untuk beli kereta

#EHMotor
#Sesimengopitanpabelikopi


0 Comments

Sesi mengopi TANPA beli kopi #390

1/15/2018

0 Comments

 
Picture
Sesi mengopi TANPA beli kopi #390
(Tuan/puan boleh tanya sebarang soalan berkaitan industri kereta terus ke FB Messenger saya)

SOALAN:

hai eddie, nak tnye pendapat eddie kereta forte 2011

JAWAPAN:

Kia Forte, dikenali sebagai K3 di Korea Selatan, Shuma jika di China dan, Forte K3 serta Cerato Forte di pasaran Colombia dan Singapura. Kereta kompak ini dibina oleh Kia Motors sejak pertengahan tahun 2008.

Di pasaran Malaysia, Naza Automotive Manufacturing of Malaysia mula memasang kereta ini sejak 2009, dan menjual kereta ini di bawah nama Naza Forte.

Kereta segmen C ini sangat popular di Malaysia. Maklumbalas tentang kereta ini agak positif buat masa ini. Isunya hanya spare partnya akan lebih tinggi daripada kereta Jepun atau tempatan. Akan dirasai apabila ada komponen yang rosak. Kalau sensor rosak, kosnya dalam RM3k.

Eddie Soh
EH Motor (ditubuh 1985)
Blacklist, CCRIS, Full loan untuk beli kereta

#EHMotor
#Sesimengopitanpabelikopi


0 Comments

Sesi mengopi TANPA beli kopi #388

1/12/2018

0 Comments

 
Picture
Sesi mengopi TANPA beli kopi #388
(Tuan/puan boleh tanya sebarang soalan berkaitan industri kereta terus ke FB Messenger saya)

SOALAN:

Hai tuan..saya mau beli kereta Chevrolet Cruze 1.8 2013..apa pandangan tuan berkenaan hal tersebut? Saya perlu dapatkan recomended dr tuan sebab saya tiada kenalan yg menggunakan jentera berkenaan..tq..

JAWAPAN:

Chevrolet Cruze model di Malaysia sama dengan Cruze yang dilancarkan di Amerika. Di negara Amerika sudah ada panggil balik model ini disebabkan dengan masalah gearbox. Akan tetapi di Malaysia tidak dibuat demikian pula. Pusat servis di Malaysia juga tidak dapat membaiki masalah gearbox dan dinasihati untuk beli gearbox baru, kos rm30,000.

Selain isu ini, enjin Chevrolet Cruize ber cc 1.8 tidak cukup untuk menampung keberatan kereta ini maka pickup nya agak lemah.

Eddie Soh
EH Motor (ditubuh 1985)
Blacklist, CCRIS, Full loan untuk beli kereta

#EHMotor
#Sesimengopitanpabelikopi


0 Comments

Sesi mengopi TANPA beli kopi #387

1/12/2018

0 Comments

 
Picture
Sesi mengopi TANPA beli kopi #387
(Tuan/puan boleh tanya sebarang soalan berkaitan industri kereta terus ke FB Messenger saya)

SOALAN:

Hi mr eddie. Selamat petang. Proton preve cfe dikatakan ada banyak masalah terutama pada batch awal2 pelancarannya (Och, lampu mudah terbakar, reverse semput, etc) Sy mungkin akan membeli preve cfe baru model keluaran 2016. Adakah batch ini kurang masalanya. Tq

JAWAPAN:

Memang ada maklumbalas batch pertama tentang isu masalah lampu depan terbakar sebelah, brake pad berbunyi, bunyi di power window dan ada yang bermasalah dengan gear reverse. Bukan setiap kereta ada masalah ini.

Batch kedua kurang masalah begini.

Eddie Soh
EH Motor (ditubuh 1985)
Blacklist, CCRIS, Full loan untuk beli kereta

#EHMotor
#Sesimengopitanpabelikopi


0 Comments
<<Previous

    Author

    33 tahun dalam perniagaan jual beli kereta terpakai. Objektif blog ialah memberi ilmu tentang industri kereta di Malaysia kepada orang ramai.

    View my profile on LinkedIn

    Archives

    May 2020
    December 2019
    November 2019
    October 2019
    September 2019
    August 2019
    July 2019
    April 2018
    March 2018
    February 2018
    January 2018
    December 2017
    November 2017
    October 2017
    September 2017
    August 2017

    Categories

    All
    Berita
    Sesi Kopi
    Tips

    RSS Feed

Picture
EH Motor Credit Sdn Bhd 
(HQ)
Lot 3, tbg 646, Pandamaran, Port Klang 42000, Selangor, Malaysia.
Email: 
sales@ehmotorcredit.com

Tel:03 3167 0085, 03 3167 1066
(Depan balai polis pandamaran)
(Di GPS Google map/WAZE sila taip "EH Motor")


Picture
Picture
Picture
Dasar Privasi
Iklan Dengan Kami
Hubungi Kami
Copyright © ​ 2019  I  EH Motor Credit Sdn. Bhd.
  • HOME
  • Broker Program
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Testimoni
  • Sumber
    • Eddie-soh Blog kereta
    • Berita PENIPUAN industri kereta
    • Cik EH-LI (Penghuni kedai kami)
    • @cilisos
    • GAME kereta
  • Kategori Kereta
  • Promosi
  • Subscribe untuk tip kereta