Sesi mengopi TANPA beli kopi #393 (Tuan/puan boleh tanya sebarang soalan berkaitan industri kereta terus ke FB Messenger saya) SOALAN: Hi bos,nak minta pandangan bos utk mitsubishi outlander yg baru. Kereta ni ok X? Dari sudut maintenance n kerosakan? JAWAPAN: Mitsubishi Outlander asalnya dikenali sebagai Mitsubishi ASX dan mula dihasilkan pada tahun 2001. Generasi pertama (2001 - 2008) Generasi kedua (2006 - 2012) Generasi ketiga (2012 - kini) Mitsubishi Outlander dilancarkan di Malaysia pada April 2016 sebagai completely built up (CBU) impot daripada Jepun. Mitsubishi Motor Malaysia pada akhir tahun lalu mula memasang kereta ini di kilang tempatan dengan spec Outlander 2.0L 4WD dan ia dijual bersama kereta impot CBU 2.4L 4WD. Ini adalah kereta kedua yang dipasang di kilang Malaysia selepas Mitsubishi ASX. Memandangkan Outlander baru sahaja 2 tahun di Malaysia, tidak banyak informasi tentang kelasakan kereta ini. Dari segi reputasi, kereta dari Jepun ini mempunyai reputasi yang bagus di luar negara. Kerana kereta dari Jepun maka spare part dan kos penyengeraan sepatutnya tidak begitu mahal. Eddie Soh EH Motor (ditubuh 1985) Blacklist, CCRIS, Full loan untuk beli kereta #EHMotor #Sesimengopitanpabelikopi |
0 Comments
Leave a Reply. |
Author33 tahun dalam perniagaan jual beli kereta terpakai. Objektif blog ialah memberi ilmu tentang industri kereta di Malaysia kepada orang ramai. Archives
May 2020
Categories |