EH Motor Credit
  • HOME
  • Broker Program
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Testimoni
  • Sumber
    • Eddie-soh Blog kereta
    • Berita PENIPUAN industri kereta
    • Cik EH-LI (Penghuni kedai kami)
    • @cilisos
    • GAME kereta
  • Kategori Kereta
  • Promosi
  • Subscribe untuk tip kereta

Bagaimana cara mengawal kenderaan jika tayar pecah ketika memandu?

10/26/2017

0 Comments

 
Picture
1) Jangan terus menghentam pedal brek. Kebanyakan orang akan cenderung untuk menekan brek sepenuhnya (brek kecemasan) dalam keadaan kecemasan. Brek kecemasan adalah perkara yang paling teruk anda boleh lakukan dalam kejadian tayar pecah kerana ini akan menggangu arah kenderaan dan menjadikannya berada di luar kawalan.
Anda boleh menggunakan 'brek enjin' dengan menurunkan gear kepada yang lebih rendah. Tekan brek kaki secara ringan apabila kenderaan anda telah perlahan.

2) Jangan mengangkat kaki dari pedal minyak secara tiba-tiba. Tenangkan diri dan kekalkan pedal minyak untuk seketika, sebelum melepaskan ia beransur-ansur. Pergerakan kenderaan akan segera perlahan dan berhenti dengan lebih cepat selepas tayar pecah. Jika anda dalam kawalan pelayaran (auto-cruise), pastikan anda memadamkan fungsi ini.

3) Saat kejadian kereta anda akan berasa ditarik ke arah tayar yang pecah. Cuba untuk memastikan arah kenderaan anda adalah lurus. Membelok stereng dengan banyak semasa kenderaan masih laju dan tayar pecah akan menyebabkan kenderaan hilang kawalan.
​
4) Hidupkan lampu kecemasan untuk memberi amaran kepada kenderaan sekeliling.

Anda ingin menambah ilmu tentang penjagaan kereta, mohon subcribe NEWSLETTER kami.
0 Comments

Apa kelebihan kereta Jepun.

10/20/2017

0 Comments

 
Picture
Sesi mengopi TANPA beli kopi #331
(Tuan/puan boleh tanya sebarang soalan berkaitan industri kereta terus ke FB Messenger saya)

SOALAN:

Hi sy nk tya ok x kereta tucson? Kalau dlm segmennya kereta apa y lbh baik selain honda?

JAWAPAN:

Kenderaan dalam kategori SUV seperti Tucson adalah:

Ford EcoSport
Honda HRV
Peugeot 2008
Mitsubishi ASX
Kia Sportage
Mazda CX-5
Honda CR-V
Nissan X-Trail

Seperti biasa, dari segi kos maintenance dan spare part, kereta Jepun lebih jimat dan juga mempunyai nilai penjualan balik yang lebih bagus.

Eddie Soh
ABS-EH Motor (ditubuh 1985)
bertenang... kereta 2nd hand kami ada WARANTI

#ABSEHMotor
#Sesimengopitanpabelikopi
0 Comments

Bekerja sendiri, boleh beli kereta?

10/20/2017

0 Comments

 
Picture
Sesi mengopi TANPA beli kopi #330
(Tuan/puan boleh tanya sebarang soalan berkaitan industri kereta terus ke FB Messenger saya)

SOALAN:

Hello bos. Saya nk tanya, saya bekerja sendiri, jadi sy tak ada payslip, epf, bank statememt utk buat loan. Adakah sy boleh utk memohon membeli kereta?

JAWAPAN:

Ada caranya tuan.
Kita akan gunakan pembelian secara kredit iaitu pinjamam bukan dari bank tetapi dari badan yang diluluskan oleh Bank Negara Malaysia.

Pinjaman dari badan kredit selalunya memerlukan deposit yang lebih tinggi sahaja.

Jika tuan minat boleh hubungi tim sales kami Tuan Alvin di 0193357877

Eddie Soh
ABS-EH Motor (ditubuh 1985)
bertenang... kereta 2nd hand kami ada WARANTI

#ABSEHMotor
#Sesimengopitanpabelikopi
0 Comments

Apa yang menyebabkan ratio change gear untuk perodua viva berbeza?

10/20/2017

0 Comments

 
Picture
Sesi mengopi TANPA beli kopi #329
(Tuan/puan boleh tanya sebarang soalan berkaitan industri kereta terus ke FB Messenger saya)

SOALAN:

tuan, saya mahu bertanya, apa yang menyebabkan ratio change gear untuk perodua viva berbeza? kebiasaannya dari gear 1-2 rpm lebih kurang 2, tetapi kereta saya memerlukan rpm 3.5k untuk menukar gear auto, saya sudah menukar gearbox sebanyak 3 kali dan masalah tetap sama

JAWAPAN:

Kalau sudah ditukar kotak gear biasanya tidak menjadi isu gear ratio. Menurut foreman kami, ada kemungkinan gear itu perlu di setting untuk menukar gear pada rpm 2.

Kalau tuan menggunakan foreman yang sama untuk menukar ketiga-tiga kali kotak gear, disarankan untuk menukar foreman lain. Mungkin foreman itu tidak begitu mahir.

Eddie Soh
ABS-EH Motor (ditubuh 1985)
bertenang... kereta 2nd hand kami ada WARANTI

#ABSEHMotor
#Sesimengopitanpabelikopi
0 Comments

Kereta apa yang sesuai dengan gaji RM2000 kebawah.

10/20/2017

0 Comments

 
Picture
Sesi mengopi TANPA beli kopi #328
(Tuan/puan boleh tanya sebarang soalan berkaitan industri kereta terus ke FB Messenger saya)

SOALAN:

hai mr.eddie..sy nk mntak pndangan mr.eddie.sy brcadang beli kreta utk buat uber.gaji sy dlm lingkungan rm1900-rm2200,ape krte yg sy blh dpt brdasar pd rate gaji sy 2?

JAWAPAN:

Cara pengiraaan samada pinjaman kereta boleh diluluskan ialah dengan membahagikan gaji tuan dengan angka tiga.

Dalam kes tuan,
RM 1900 ÷ 3 = RM 633
RM 2200 ÷ 3 = RM 733

Maka kereta yang dalam lingkungan ansuran RM 633 - RM 733 sebulan dapat diluluskan.
Kereta-kereta dalam lingkungan tersebut ialah Perodua Myvi, Proton Saga FLX tahun 2012 ke atas untuk kegunaan Uber.

Eddie Soh
ABS-EH Motor (ditubuh 1985)
bertenang... kereta 2nd hand kami ada WARANTI

#ABSEHMotor
#Sesimengopitanpabelikopi
0 Comments

Mana kereta yang harus dijual.

10/20/2017

0 Comments

 
Picture
Sesi mengopi TANPA beli kopi #327
(Tuan/puan boleh tanya sebarang soalan berkaitan industri kereta terus ke FB Messenger saya)

SOALAN:

Morning tuan... saya ada 2 kereta. Proton wira 1.5 auto tahun 2005, inokom atos 1.0 auto tahun 2005. Kereta tiada masalah besar.. soalanya, jika saya bercadang utk jual salah satu utk beli kereta baru, yg mana tuan suggest utk di jual? Bole ke tuan bg anggaran harga jualan utk kedua dua kereta tu.. tq tuan

JAWAPAN:

Tidak pasti kriteria tuan untuk menjual salah satu kereta yang tuan ada.
Saiz kereta kedua kereta juga berbeza. Atos lebih kompak dan wira lebih memanjang bentuknya.

Dari segi spare part dan maintenance, harga untuk Atos lebih mahal daripada Wira. Akan tetapi Proton Wira adalah salah satu model kereta yang paling banyak dicuri di Malaysia.

Kalau saya, saya akan jual Atos atas sebab spare part dan maintenancenya.

Harga pasaran (anggaran)
Inkom Atos 2005 RM 5,000
Proton Wira 2005 RM 7,000

Eddie Soh
ABS-EH Motor (ditubuh 1985)
bertenang... kereta 2nd hand kami ada WARANTI

#ABSEHMotor
#Sesimengopitanpabelikopi
0 Comments

Kereta Mazda 3 ok ke tidak jika dimiliki?

10/20/2017

3 Comments

 
Picture
Sesi mengopi TANPA beli kopi #326
(Tuan/puan boleh tanya sebarang soalan berkaitan industri kereta terus ke FB Messenger saya)

SOALAN:

hi en eddie
sy ingin bertanya tentang kereta mazda 3 pada tahun 2011 miles 79000, adakah kereta ni senang utk maintenance serta selengaraan yg mudah apa kelemahan kereta mazda 3 tahun 2011?

JAWAPAN:

Memandangkan Mazda ialah kereta dari Jepun, tiada isu besar dengan kenderaan ini. Kos maintenance sedikit lebih tinggi berbanding kereta Jepun lain seperti Toyota, Honda dan Nissan.

Untuk model tahun 2011, selalu dibentangkan isu-isu

1. Kebisingan bunyi tayar apabila bergerak
2. Bunyi bahagian bawah apabila memandu di jalan tidak rata
3. Bunyi motor yang kuat apabila memusing kiri dan kanan
4. Reverse sensor tidak tepat
5. Pedal bergegar

Eddie Soh
ABS-EH Motor (ditubuh 1985)
bertenang... kereta 2nd hand kami ada WARANTI

#ABSEHMotor
#Sesimengopitanpabelikopi
3 Comments

Kereta telah ditarik tetapi bank masih call.

10/11/2017

0 Comments

 
Picture
Sesi mengopi TANPA beli kopi #325
(Tuan/puan boleh tanya sebarang soalan berkaitan industri kereta terus ke FB Messenger saya)

SOALAN:

hello mr. eddie...
maaf sy nk tumpang tnya...kreta sy prnah kena tarik balik oleh bank sbab trtunggak bayaran lbih kurang 10 thun lalu...masalah skrang bank sllu koll pasal kreta trsebut yg mereka dah tarik lama dah...memang normal ke bank akan cari balik pasal keta yg dah kena tarik...??

JAWAPAN:

Selepas kereta tuan ditarik balik, kereta tersebut akan dilelongkan untuk mengurangkan jumlah hutang bank. Baki daripada penjualan selepas menolak hutang bank tuan masih perlu diselesaikan.

Tuan disarankan untuk berbincang dengan pihak bank untuk mendapatkan persetujuan jumlah ansuran yang perlu dibayar setiap bulan bagi membayar habis baki tersebut.

Di dalam pasaran, selagi hutang lama tidak dijelaskan, tiada perkhidmatan perbankan yang berani meminjam wang dengan tuan lagi.

Eddie Soh
ABS-EH Motor (ditubuh 1985)
bertenang... kereta 2nd hand kami ada WARANTI

#ABSEHMotor
#Sesimengopitanpabelikopi
0 Comments

Pendapat tuan tentang kereta honda fm4.

10/11/2017

0 Comments

 
Picture
Sesi mengopi TANPA beli kopi #324
(Tuan/puan boleh tanya sebarang soalan berkaitan industri kereta terus ke FB Messenger saya)

SOALAN:

Tuan sy nak mintak pendapat tuan tentang kereta honda fm4..dan kereta honda apa yg boleh dpt bawah 15k on the road?

JAWAPAN:

Rasa tuan maksudkan Honda Accord SM4.
Agak popular kereta ini seketika dahulu. Juga dikenali sebagai diamond light kerana lampunya bersinar seperti diamond. Oleh kerana kereta SM4 dari tahun 1989 - 1993 sudah berusia, maka spare part dan maintenancenya akan lebih mahal mala lebih sukar untuk dicari.

Kereta Honda bawah 15k yang boleh didapati ialah Honda Accord dan Honda Civic akan tetapi perlu dibeli secara tunai kereta harga begini kerana tahun kereta sering menjangkaui kemudahan pinjaman dari bank. Seperti SM4 di atas juga, kos spare part dan maintenance akan lebih tinggi.

Eddie Soh
ABS-EH Motor (ditubuh 1985)
bertenang... kereta 2nd hand kami ada WARANTI

#ABSEHMotor
#Sesimengopitanpabelikopi
0 Comments

vw vento 1.2 tsi apa masalahnya.

10/11/2017

0 Comments

 
Picture
Sesi mengopi TANPA beli kopi #323
(Tuan/puan boleh tanya sebarang soalan berkaitan industri kereta terus ke FB Messenger saya)

SOALAN:

hi mr eddie
Saya ingin membeli vw vento 1.2 tsi. boleh saya tahu ada apa2 masalah besar bagi kereta ini berbanding kereta vw yg lain. Adakah isue mechatronic dan gearbox dsg sudah diselesaikan atai di naik taraf. Tq

JAWAPAN:

VW Vento sebenarnya ialah kereta yang ditukar nama daripada VW Golf yang mempunyai reputasi tak menyenangkan. Ia adalah kereta sedan VW Golf.

Memandangkan kereta ini baru sahaja dilancarkan tahun lalu, prestasi dan maintenancenya belum di ketahui. Hanya ada 1 berita besar yang hangat di pasaran. Di khabarkan kerosakkan kepada wiring kereta ini sangat mahal. Tidak dapat ceritakan di sini selanjutnya kerana agak sensitif. Tuan boleh google sendiri perkara ini.

Seperti biasa, kereta kontinental spare partnya memang akan mahal. Tuan perlu bersedia dengan perkara ini.

Eddie Soh
ABS-EH Motor (ditubuh 1985)
bertenang... kereta 2nd hand kami ada WARANTI

#ABSEHMotor
#Sesimengopitanpabelikopi
0 Comments
<<Previous

    Author

    33 tahun dalam perniagaan jual beli kereta terpakai. Objektif blog ialah memberi ilmu tentang industri kereta di Malaysia kepada orang ramai.

    View my profile on LinkedIn

    Archives

    May 2020
    December 2019
    November 2019
    October 2019
    September 2019
    August 2019
    July 2019
    April 2018
    March 2018
    February 2018
    January 2018
    December 2017
    November 2017
    October 2017
    September 2017
    August 2017

    Categories

    All
    Berita
    Sesi Kopi
    Tips

    RSS Feed

Picture
EH Motor Credit Sdn Bhd 
(HQ)
Lot 3, tbg 646, Pandamaran, Port Klang 42000, Selangor, Malaysia.
Email: 
sales@ehmotorcredit.com

Tel:03 3167 0085, 03 3167 1066
(Depan balai polis pandamaran)
(Di GPS Google map/WAZE sila taip "EH Motor")


Picture
Picture
Picture
Dasar Privasi
Iklan Dengan Kami
Hubungi Kami
Copyright © ​ 2019  I  EH Motor Credit Sdn. Bhd.
  • HOME
  • Broker Program
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Testimoni
  • Sumber
    • Eddie-soh Blog kereta
    • Berita PENIPUAN industri kereta
    • Cik EH-LI (Penghuni kedai kami)
    • @cilisos
    • GAME kereta
  • Kategori Kereta
  • Promosi
  • Subscribe untuk tip kereta