EH Motor Credit
  • HOME
  • Broker Program
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Testimoni
  • Sumber
    • Eddie-soh Blog kereta
    • Berita PENIPUAN industri kereta
    • Cik EH-LI (Penghuni kedai kami)
    • @cilisos
    • GAME kereta
  • Kategori Kereta
  • Promosi
  • Subscribe untuk tip kereta

Sesi mengopi TANPA beli kopi #365

11/30/2017

0 Comments

 
Picture
Sesi mengopi TANPA beli kopi #365
(Tuan/puan boleh tanya sebarang soalan berkaitan industri kereta terus ke FB Messenger saya)

SOALAN:

hello bos, sy teringin untuk mendapatkan kereta jenis SUV. Kini dalam perancangan sy adalah untuk membeli kereta jenis Mazda CX-7.
Bolehkah tuan eddie memberi sedikit penerangan tentang kereta tersebut? mungkin tentang penjagaannya serta harga barang2 spare part kereta tersebut. Tq

JAWAPAN:

Nama Mazda CX 7, "CX" nama singkat untuk Crossover, adalah crossover yang berkeluarga bersama saudaranya yang lain iaitu CX 5 dan CX 9. CX 5 berukuran lebih pendik manakala CX 9 lebih panjang berbanding CX 7. 

Model CX 7 telah diberhentikan pembuatannya sejak tahun 2012 kerana di pasaran dunia CX5 lebih laris. Ini mungkin akan menjejaskan kos spare partnya.

Kos penyengeraan Mazda CX 7 agak tinggi kerana ada banyak barang electronik dalam kereta ini. Penggunaan minyak juga agak kuat.

Isu yang sering dibentangkan untuk kereta ini termasuk:

1. Kegagalan turbo charger yang mengakibatkan kereta hilang kuasa

2. Bunyi bising dari enjin kerana timing belt yang lusoh

3. AC compressor rosak dan menghasilkan aircon tidak sejuk

4. Bunyi dari kawasan tayar kereta disebabkan oleh absorber yang perlu ditukar

5. Lampu "cek engine" nyala kerana kegagalan dalam Intake Runner Manifold Control (IMRC)

Eddie Soh
ABS-EH Motor (ditubuh 1985)
bertenang... kereta 2nd hand kami ada WARANTI

#ABSEHMotor
#Sesimengopitanpabelikopi
0 Comments

Sesi mengopi TANPA beli kopi #364

11/30/2017

0 Comments

 
Picture
Sesi mengopi TANPA beli kopi #364
(Tuan/puan boleh tanya sebarang soalan berkaitan industri kereta terus ke FB Messenger saya)

SOALAN:

Selamat pagi tuan...nak tanya pendapat tuan mengenai kereta proton exora...berbaloikah kalau nk beli yang baru...tqvm

JAWAPAN:

Proton Exora:
Kekurangan

1. Saiz Tempat Duduk

Bila dibandingkan dengan saiz tempat duduk MPV-MPV lain, misalnya Naza Citra, Toyota Innova atau kereta Proton Wira, saiznya memang lebih kecil. Setanding dengan Grand Livina. Tapi kecil dari Alza.

2. Ruang Lutut Kiri Agak Sempit

Kepala lutut kaki kiri tak cukup ruang. Kalau jalan jauh, kaki naik lenguh, tak boleh nak mengangkang sikit pasal lutut akan kena pada tepi "dashboard gear". 

3. Kedudukan Suis Signal dan Wiper Terbalik

Suis wiper dan signal ala-continental.
Mungkin akan keliru dengan suis wiper dan suis signal.

Sebagai negara yang pemanduan belah kanan (right-hand-drive), tidak pasti kenapa Proton meniru design ala-conti.

4. Indicator Air Cond Biru Silau

LED biru tu kalau malam agak menjolok mata.

5. Tempat Duduk Tengah di 2nd Row Keras

Tempat duduk tengah tu keras. Sungguh kasihan pada penumpang yang terpaksa duduk di bahagian tengah di tempat duduk baris kedua. Lebih-lebih lagi kalau perjalanan jauh.

6. Tempat Letak Air Jauh

Malangnya di Exora ni, tempat letak air yang jauh ke bawah memang menyukarkan dan membahayakan. 

7. Agak Susah Nak Memotong

Oleh sebab Exora guna enjin CPS, tidak begitu berkuasa. Perlu set di minda kereta yang dipandu ialah sebuah MPV, jadi kena drive secara santai.

8. Kedudukan Stereng Yang Kurang Bagus

Ada yang tak kena dengan stereng exora samada position atau design.

Ataupun mungkin juga design stereng yang kurang ergonomic. 

9. Agak Bumping

Spring/absorber exora ini agak lembut. Lagi-lagi kalau bawa ramai penumpang. Tapi lebih baik dari Avanza atau Innova. Ini bandingan dengan kereta biasa.

Spring/absorber untuk Exora versi yang baru iaitu Bold adalah lebih baik.

10. Noise Insulation Agak Kurang Bagus

Lebih senyap dalam Persona dari dalam Exora. Mungkin juga disebabkan saiz Exora yang tingkap dan pintu yang besar-besar agaknya. 

11. Pemain CD/Radio Tiada USB

Zaman sekarang semua jenis player kereta ada tempat nak cucuk USB. 

Kelebihan

1. Saiz Besar
Body Exora ni memang besar. Membawa pada 140km/j rasa macam bawa 90 di highway. 

Kalau diukur sentimeter demi sentimeter, Exora adalah lebih besar dari Toyota Innova. Cuma Innova lebih tinggi.

2. Ruang Luas

Bila ruang rasa luas, keselesaan tu memang berbeza bila memandu jika di bandingkan memandu dalam ruang yang kecil dan sempit. Lagi pula kalau bawa keluarga untuk perjalanan jauh. 

3. Proton Handling

Memang tak dapat dinafikanlah teknologi dari lotus ini. Seronok memegang setering masa jalan lurus dan keyakinan memandu di selekoh.

4. Air Cond Sejuk

Air-cond exora memang sejuk. Kalau orang tak tahan boleh demam kerana kesejukannya. 

5. Air Cond Belakang Ada Blower Sendiri

Boleh adjust kekuatan angin ruang belakang.
Boleh set kelajuan 1 hingga 4. Kalau hari panas, memang terasa kelebihannya bagi penumpang.

Lagi satu kelebihannya, proses penyejukkan keseluruh ruang kenderaan lebih cepat. Jadi penumpang akan lebih selesa.

6. Seat Paling Belakang Boleh Lipat Satu Satu

Kalau cuma bawa 6 orang, dan banyak barang. Tempat duduk paling belakang boleh lipat sebelah. Oleh itu, sebelah penumpang duduk, sebelah lagi barang duduk. Kalau Perodua Alza misalnya, kena lipat seluruh tempat duduk.

7. Jimat Petrol

Bagi sebuah MPV yang sebesar dan seselesa ini, Exora ni boleh dikatakan jimat minyak. Bandingkanlah dengan Toyota Innova 2.0 ataupun Naza Ria. 

8. Jimat Road Tax

RM90 sahaja setahun..biar betul?!

Eddie Soh
ABS-EH Motor (ditubuh 1985)
bertenang... kereta 2nd hand kami ada WARANTI

#ABSEHMotor
#Sesimengopitanpabelikopi
0 Comments

Sesi mengopi TANPA beli kopi #363

11/30/2017

0 Comments

 
Picture
Sesi mengopi TANPA beli kopi #363
(Tuan/puan boleh tanya sebarang soalan berkaitan industri kereta terus ke FB Messenger saya)

SOALAN:

Tuan.
Saya dalam dilema samada ingin membeli kereta toyota estima acr 30 atau honda oddysee rb1
Mohon nasihat dari tuan

JAWAPAN:

Pemanduan Toyota Estima tidak sebagus Honda Odyssey. Perasaan memandu Estima seolah terapung-apung. Honda Odyssey pula rasa seperti memandu station wagon. Toyota Estima rasa seperti memandu van.

Toyota Estima sangat selesa untuk penumpang kereta dari segi keselesaan, tempat kaki, ruang kepala walaupun di baris ketiga.

Sebagai pemandu, Honda Odyssey lebih baik dalam segi handling. Lebih seronok memandu Honda Odyssey daripada Toyota Estima.

Jika kebanyakkan masa membawa lebih dari 5 penumpang, maka Toyota Estima lebih berbaloi. Jika tidak, Honda Odyssey lebih baik.

Terpulang kepada tuan.
Sayang penumpang atau sayang sendiri.

Eddie Soh
ABS-EH Motor (ditubuh 1985)
bertenang... kereta 2nd hand kami ada WARANTI

#ABSEHMotor
#Sesimengopitanpabelikopi
0 Comments

Sesi mengopi TANPA beli kopi #362

11/26/2017

0 Comments

 
Picture
Sesi mengopi TANPA beli kopi #362
(Tuan/puan boleh tanya sebarang soalan berkaitan industri kereta terus ke FB Messenger saya)

SOALAN:

hi tuan eddie, apa kelebihan grand livina?

dari segi minyak, maintenance, body? spare part?

kalau dengan alza mana lebih bagus?

JAWAPAN:

Perodua Alza:

Perodua Alza ialah alternatif yang bagus untuk MPV bajet dan jika tuan tidak keberatan mengorbankan ruang dalaman. Barisan tempat duduk ketiga mencukupi kalai mengembara di kawasan yang dekat. Saiz MPV ini yang kecil membuat kenderaan ini senang di parkin dan dipandu di kawasan bandar.

Kos servis Perodua selalunya agak murah dan jika cara pemandu tuan sederhana, kos minyak akan bersamaan dengan Perodua Myvi bercc 1.5 .

Nissan Grand Livina?

Nissan Grand Livina memang cantik ketika model ini dilancarkan, akan tetapi modelnya tidak berubah-ubah dan kenampakkan sedikit tua sekarang.

Kos penyelengaraan Nissan juga tidak begitu murah. Kos Nissan adalah tertinggi berbanding dengan 3 kereta Jepun di Malaysia (Toyota, Honda, Nissan).

Untuk perjalanan sejauh 100,000 km, kos servis Nissan anggaran RM3,625, berbanding Perodua iaitu RM2,994. her of them.

Cara untuk masuk ke barisan ketiga bagi kereta Nissan Livina juga paling buruk berbanding Perodua Alza. Untuk masuk ke barisan ke tiga, perlu terdahulu lipat dan turunkan baris ke dua dengan menarik tali di belakang kerusi. Ini mungkin sedikit rumit jika tangan anda sudah penuh dengan benda lain.

Kegunaan minyak lebih kurang sama untuk kedua kereta.

Eddie Soh
ABS-EH Motor (ditubuh 1985)
bertenang... kereta 2nd hand kami ada WARANTI

#ABSEHMotor
#Sesimengopitanpabelikopi
0 Comments

Sesi mengopi TANPA beli kopi #361

11/24/2017

0 Comments

 
Picture
Sesi mengopi TANPA beli kopi #361
(Tuan/puan boleh tanya sebarang soalan berkaitan industri kereta terus ke FB Messenger saya)

SOALAN:

Hai tuan eddie
Sahabat saya bertanyakan kereta naza citra
Apa pendapat tuan
Selain harganya yang murah
Kos selenggara macam mana

JAWAPAN:

Naza Citra adalah kereta MPV yang harganya berpatutan untuk kereta terpakainya. Ruang dalam kereta luas. Enjin 2.0 CCVTnya cukup berkuasa untuk mengangkut 7 orang. Isu yang sering ada pada kereta Naza Ria adalah enjin mountingnya yang tidak tahan lasak. Kos untuk enjin mounting tidak mahal. Selain itu kos penyengeraannya lebih mahal daripada kereta Jepun atau tempatan.

Eddie Soh
ABS-EH Motor (ditubuh 1985)
bertenang... kereta 2nd hand kami ada WARANTI

#ABSEHMotor
#Sesimengopitanpabelikopi
0 Comments

Sesi mengopi TANPA beli kopi #360

11/24/2017

0 Comments

 
Picture
Sesi mengopi TANPA beli kopi #360
(Tuan/puan boleh tanya sebarang soalan berkaitan industri kereta terus ke FB Messenger saya)

SOALAN:

Morning tuan, ingin bertanya apa pro and kon's jika memakai kenderaan honda sv4

JAWAPAN:

Masalah biasa Honda SV4 ialah overheating. Absorber, upper/lower arm dan drive shaft tidak tahan lama. Mungkin kerana kereta berat dan jalan yang tidak baik. Gearbox auto tidak boleh diharap. Kadang kala tidak responsif dan mengakibatkan kegunaan minyak yang lebih. Getah tingkap jadi keras daripada sinaran matahari dan menyebabkan motor power window kerap rosak. Selain daripada itu, ini kereta lama maka lain barang bahagian akan mula rosak seperti alternator, water spray motor, battery, aircon, brake/steering oil leak.

Kos penyelengaraan seperti Oil Fluid, Plugs, ATF fluid, battery, wiper, serupa dengan kenderaan lain. Lebih baik dapatkan part Jepun dari kedai halfcut berbanding part baru dari China.

Eddie Soh
ABS-EH Motor (ditubuh 1985)
bertenang... kereta 2nd hand kami ada WARANTI

#ABSEHMotor
#Sesimengopitanpabelikopi
0 Comments

Sesi mengopi TANPA beli kopi #359

11/24/2017

0 Comments

 
Picture
Sesi mengopi TANPA beli kopi #359
(Tuan/puan boleh tanya sebarang soalan berkaitan industri kereta terus ke FB Messenger saya)

SOALAN:

Salam tuan Eddie,

Saya nak tanya, antara Audi A4 dan BMW E90 model mana yang value for money in terms of keselesaan dan penyelenggaraan?

JAWAPAN:

Audi A4 B7 bukan model yang popular ketika kereta ini dilancarkan di pasaran pada tahun 2005. Ia berkongsi enjin 2.0 FSI dengan Volkswagen Passat b6. Kemungkinan tinggi akan sukar untuk mendapatkan spare part.

Audi A4 B8 mungkin boleh dibandingkan dengan BMW dan mercedes. 

Spare part Audi adalah lebih mahal berbanding Mercedes dan BMW.

Untuk E90 320i, berhati-hati dengan unit yang bermasalah. Ia berisu dengan sistem coolingnya (kelemahan dalam plastic expansion tanknya, housing thermostat , hose), pump elektrik, kebocoron gearbox ( seal gasket lemah), kegagalan CCV, ignition coil rosak.

Seperti biasa, nasihat saya ialah bersedia untuk kos penyengeraan yang lebih tinggi dan kerap kalau guna kenderaan continental (Eropa). Ia tidak selasak kereta Jepun.

Eddie Soh
ABS-EH Motor (ditubuh 1985)
bertenang... kereta 2nd hand kami ada WARANTI

#ABSEHMotor
#Sesimengopitanpabelikopi
0 Comments

Tips: Selenggara kereta untuk perjalanan jauh

11/24/2017

0 Comments

 
Picture
1. Periksa tahap dan keadaan minyak enjin
Ini untuk mereka yang telah membuat penukaran minyak enjin terlebih dahulu sebelum ini. Pastikan minyak enjin berada pada tahap antara ‘Max’ dan ‘Min’ pada dipstick. Tambahkan minyak pelincir jika perlu. Juga perlu dipastikan minyak enjin tersebut tidak bercampur dengan air (menjadi seakan warna teh tarik). Jika itu berlaku, berita buruk buat anda kerana air dari sistem penyejukkan enjin telah bocor ke dalam enjin, dan sudah tentu enjin anda perlu dirombakrawat (overhaul).

​2. Periksa tahap dan keadaan bendalir brek
Pastikan minyak brek juga berada pada tahap antara ‘Max’ dan ‘Min’. Jika didapati bendalir tersebut berada pada tahap terlalu rendah dan anda dapati pedal brek anda perlu dipam terlebih dahulu sebelum mendapat tekanan yang diperlukan, ini bermaksud ada kebocoran berlaku pada sistem hidraulik brek anda. Kehilangan tekanan juga boleh disebabkan kerana wujudnya udara dalam sistem hidraulik brek, maka proses bleedingperlu dilakukan untuk membuang udara dalam sistem tersebut.
Jika tiada kehilangan tekanan dirasakan tetapi bendalir tersebut berada pada tahap rendah, ini bermaksud pad brek anda sudah menipis. Tambahkan bendalir brek, tetapi jangan sehingga pada paras maksimum jika pad brek masih boleh digunakan. Ini kerana bendalir brek tersebut akan melimpah keluar jika pad brek baharu ditukar kelak.
Minyak brek perlu ditukar sekiranya ia kelihatan sangat kotor atau ia telah digunakan dalam jarak 40,000 km atau dua tahun. Bendalir brek adalah diasaskan dari bahan glikol, dan ia cenderung untuk menyerap air dari atmosfera. Jadi jika terlalu lama minyak brek tidak ditukar, ia akan menyebabkan brek gagal berfungsi sepenuhnya dan mungkin juga menyebabkan pengaratan berlaku dalam sistem brek yang bukan sahaja akan menyebabkan kebocoran, ia mungkin juga akan menyebabkan omboh pada angkup dan pam brek tersekat (jammed).

​3. Periksa tahap dan keadaan bendalir transmisi automatik (ATF)
Tidak semua transmisi automatik mempunyai dipstick untuk memeriksa tahap ATF ini. Cara untuk memeriksa tahap bendalir ATF adalah berbeza dengan cara memeriksa tahap minyak/bendalir lain. Ini kerana tahap ATF adalah berbeza pada keadaan sejuk dan keadaan panas (suhu bekerja). Jika kereta anda belum dihidupkan dan enjin masih sejuk, pastikan tahap ATF berada disenggatan ‘cold’ pada dipstick.

Untuk memeriksa tahap pada keadaan panas pula, hidupkan enjin sehingga kipas radiator berfungsi (menandakan enjin telah sampai ke suhu bekerjanya), kemudian periksa dipstick, pastikan tahap ATF berada pada senggatan ‘hot’.
Pastikan ATF tidak bercampur dengan air (sebahagian kotak gear automatik mempunyai sistem penyejuk ATF yang turut melalui bahagian bawah radiator, berisiko untuk bocor dan menyebabkan air masuk ke kotak gear).
Semak buku manual anda untuk mengetahui berapa jarak perbatuan yang telah ditetapkan untuk menukar ATF (secara amnya ATF perlu ditukar dalam jarak 40,000 km sekali). ATF juga perlu ditukar sekiranya ia sudah terlalu kotor. Juga pastikan sistem kotak gear anda kerana untuk kotak gear automatik CVT (menggunakan bendalir CVTF) dan kotak gear klac berkembar menggunakan bendalir yang berlainan.

4. Periksa tahap dan keadaan bendalir stereng kuasa
Stereng kuasa juga menggunakan sistem hidraulik. Pastikan bendalir berada pada senggatan antara ‘Min’ dan ‘Max’. Jika cecair berada pada tahap sangat rendah, ada kemungkinan sistem stereng anda mengalami kebocoran pada saluran paip, pam, atau rak stereng itu sendiri. Bendalir tersebut juga perlu ditukar jika ia sudah terlalu kotor.

5. Periksa tahap dan keadaan cecair penyejuk radiator (coolant)
Sebelum memeriksa cecair dalam tangki radiator, periksa dahulu cecair pada tangki simpanan. Pastikan cecair berada pada senggatan antara ‘Min’ dan ‘Max’. Jangan tambah cecair melebihi senggatan ‘Max’ kerana cecair tersebut memerlukan tekanan atmosfera untuk menolaknya ke tangki radiator utama. Jika tangki simpanan langsung kosong, periksa cecair di dalam tangki utama. Buat pemeriksaan tekanan jika perlu, dikhuatiri ada kebocoran berlaku pada sistem penyejukkan.

Jika anda hanya menggunakan air biasa untuk sistem penyejukkan, air perlu ditukar sekiranya ia telah terlalu kotor. Untuk yang menggunakan cecair penyejuk pula, anda perlu menukarnya setiap 100,000 km perjalanan.

6. Periksa keadaan semua hos
Semua hos bermaksud kesemua hos termasuk hos sistem penyejukkan, hos vakum dan kesemua hos sistem hidraulik pada sistem enjin, sistem stereng kuasa dan sistem brek. Selain memastikan ia bocor atau tidak, tekan hos-hos tersebut dan pastikan ia masih fleksibel. Jika ia sudah keras, pastikan anda menukarnya kerana dikhuatiri akan patah semasa beroperasi pada tekanan tinggi.

7. Periksa keadaan semua tali sawat (belting)
Semua tali sawat bermaksud kesemua tali sawat yang memusingkan sistem alternator, pemampat (compressor) sistem penghawa dingin, kipas (sekiranya kereta anda tidak menggunakan kipas elektrik untuk sistem penyejukkan) dan pam air pada enjin. Pastikan ia tidak merekah, berbulu atau tanda-tanda lain yang kelihatan seperti hampir terputus. Periksa juga keadaan tali sawat pemasaan (timing belt) jika kereta anda tidak menggunakan sistem rantai pemasaan (timing chain).

Tali-tali sawat ini biasanya perlu ditukar setiap 100,000 km, manakala untuk tali sawat pemasaan pula adalah berbeza mengikut pengeluar (rujuk buku manual kereta anda).

8. Pemeriksaan terhadap bateri
Pertama sekali, uji bateri dengan alat penguji bateri. Alat penguji bateri moden akan memberikan bacaan ‘bad and replace‘ sekiranya bateri tidak mampu menyimpan cas dengan baik. Tukar bateri segera kerana bila bateri tersebut akan rosak sepenuhnya tidak boleh dijangka. Jangan pelik sekiranya bateri anda perlu ditukar setahun sekali kerana kereta moden dilengkapi dengan sistem penggera, kotak komputer enjin, kotak gear dan pelbagai lagi dalam sistem elektrikal badan yang memorinya masih berjalan – menghasilkan parasitic load – walaupun enjin telah dimatikan sepenuhnya.
​
Ia berbeza dengan Proton Iswara yang baterinya boleh bertahan sehingga lima tahun kerana parasitic loadyang terhasil hanyalah pada sistem memori radio dan sistem penggera.
​
Selain itu, kotoran pada terminal bateri juga perlu dibersihkan dan jika anda tidak menggunakan bateri maintenance free, periksa juga kadar air pada bateri tersebut.


0 Comments

Sesi mengopi TANPA beli kopi #358

11/21/2017

0 Comments

 
Picture
Sesi mengopi TANPA beli kopi #358
(Tuan/puan boleh tanya sebarang soalan berkaitan industri kereta terus ke FB Messenger saya)

SOALAN:

Hi bos eddie soh..nak saya bertanya honda hrv ada apa2 masalah ke?kerana saya ingin membeli honda hrv..macam mana pula minyak petrol nya?adakah jimat?berapa seliter RM per kilometer..tq

JAWAPAN:

Antara ciri penting yang membuatkan HR-V berbeza dengan pesaingnya adalah pakej ruang yang ditawarkannya. Walaupun nampak kompak, ruang kargo HR-V agak luas.

Cuma turunkan tempat duduk belakang mengikut konfigurasi yang diinginkan, kemudian ruang luas sudah tersedia untuk digunakan.

Aspek prestasi HR-V diserahkan kepada unit enjin bersesaran 1.8 liter, sama seperti yang ada pada model Civic 1.8. Berupaya menjana kuasa sehingga 142PS dan tork makmisum 172Nm @ 4,300rpm.

Namun, ada sedikit kekurangan ketika hendak memotong kenderaan lain di lebuh raya. Kotak gear CVT memang sedikit lembab. Perlukan sedikit masa untuk memperoleh tujahan kuasa. Tetapi, harus tahu bahawa transmisi CVT dipilih kerana ia menawarkan lebih penjimatan bahan api.

Tidak dapat dinafikan bahawa HR-V memiliki penampilan yang cukup menarik. Reka bentuknya yang menggabungkan rekaan sebuah SUV dan coupe itu nyata menjadi. Dari arah hadapan, ia nampak garang.

Dari segi keselamatan pula, HR-V dilengkapi dengan enam beg udara, Vehicle Stability Assist (VSA), Emergency Stp Signal (ESS), ABS, EBD, dan ISOFIX. 

Honda Malaysia menawarkan HR-V dalam tiga varian iaitu S, E dan V.

Kegunaan minyak purata 15km/liter.

Eddie Soh
ABS-EH Motor (ditubuh 1985)
bertenang... kereta 2nd hand kami ada WARANTI

#ABSEHMotor
#Sesimengopitanpabelikopi
0 Comments

Sesi mengopi TANPA beli kopi #357

11/21/2017

0 Comments

 
Picture
Sesi mengopi TANPA beli kopi #357
(Tuan/puan boleh tanya sebarang soalan berkaitan industri kereta terus ke FB Messenger saya)

SOALAN:

Hi mr Eddie,sy ada minat 2 kereta iaitu Mazda 3 2012 ke atas dgn Honda Civic fd 1.8 2008 ke atas. Adakah berbaloi jika sy trade in myvi ke kereta yg sy sebut kan. Yg mana lg bagus dari segi penjimatan minyak dan low maintenance. Apa pandangan mr Eddie. Thank you.

JAWAPAN:

Civic
- Ruang dalam lebih besar.
- Ruang boot belakang lebih besar dari Mazda3.
- Enjin yang terbukti
- Terkenal sebagai kereta terpakai terpilih

Mazda 3
- Lebih baru spek technya berbanding civic.
- Penampakan lebih sporty
- Enjin 2.0L yang berkuasa

Maintenance Honda Civic lebih murah. Kegunaan minyak lebih kurang sama.

Eddie Soh
ABS-EH Motor (ditubuh 1985)
bertenang... kereta 2nd hand kami ada WARANTI

#ABSEHMotor
#Sesimengopitanpabelikopi
0 Comments
<<Previous

    Author

    33 tahun dalam perniagaan jual beli kereta terpakai. Objektif blog ialah memberi ilmu tentang industri kereta di Malaysia kepada orang ramai.

    View my profile on LinkedIn

    Archives

    May 2020
    December 2019
    November 2019
    October 2019
    September 2019
    August 2019
    July 2019
    April 2018
    March 2018
    February 2018
    January 2018
    December 2017
    November 2017
    October 2017
    September 2017
    August 2017

    Categories

    All
    Berita
    Sesi Kopi
    Tips

    RSS Feed

Picture
EH Motor Credit Sdn Bhd 
(HQ)
Lot 3, tbg 646, Pandamaran, Port Klang 42000, Selangor, Malaysia.
Email: 
sales@ehmotorcredit.com

Tel:03 3167 0085, 03 3167 1066
(Depan balai polis pandamaran)
(Di GPS Google map/WAZE sila taip "EH Motor")


Picture
Picture
Picture
Dasar Privasi
Iklan Dengan Kami
Hubungi Kami
Copyright © ​ 2019  I  EH Motor Credit Sdn. Bhd.
  • HOME
  • Broker Program
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Testimoni
  • Sumber
    • Eddie-soh Blog kereta
    • Berita PENIPUAN industri kereta
    • Cik EH-LI (Penghuni kedai kami)
    • @cilisos
    • GAME kereta
  • Kategori Kereta
  • Promosi
  • Subscribe untuk tip kereta