Sesi mengopi TANPA beli kopi #360 (Tuan/puan boleh tanya sebarang soalan berkaitan industri kereta terus ke FB Messenger saya) SOALAN: Morning tuan, ingin bertanya apa pro and kon's jika memakai kenderaan honda sv4 JAWAPAN: Masalah biasa Honda SV4 ialah overheating. Absorber, upper/lower arm dan drive shaft tidak tahan lama. Mungkin kerana kereta berat dan jalan yang tidak baik. Gearbox auto tidak boleh diharap. Kadang kala tidak responsif dan mengakibatkan kegunaan minyak yang lebih. Getah tingkap jadi keras daripada sinaran matahari dan menyebabkan motor power window kerap rosak. Selain daripada itu, ini kereta lama maka lain barang bahagian akan mula rosak seperti alternator, water spray motor, battery, aircon, brake/steering oil leak. Kos penyelengaraan seperti Oil Fluid, Plugs, ATF fluid, battery, wiper, serupa dengan kenderaan lain. Lebih baik dapatkan part Jepun dari kedai halfcut berbanding part baru dari China. Eddie Soh ABS-EH Motor (ditubuh 1985) bertenang... kereta 2nd hand kami ada WARANTI #ABSEHMotor #Sesimengopitanpabelikopi |
0 Comments
Leave a Reply. |
Author33 tahun dalam perniagaan jual beli kereta terpakai. Objektif blog ialah memberi ilmu tentang industri kereta di Malaysia kepada orang ramai. Archives
May 2020
Categories |