EH Motor Credit
  • HOME
  • Broker Program
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Testimoni
  • Sumber
    • Eddie-soh Blog kereta
    • Berita PENIPUAN industri kereta
    • Cik EH-LI (Penghuni kedai kami)
    • @cilisos
    • GAME kereta
  • Kategori Kereta
  • Promosi

Kunci kereta tak boleh pulas. Apa perlu buat?

12/1/2017

0 Comments

 
Picture
Apakah yang anda boleh lakukan untuk membuatkan kunci tersebut boleh dipulas semula supaya enjin dapat dihidupkan?

>HIDUPKAN KERETA APABILA ENJIN TERSEKAT<

Kereta anda sebenarnya ada fungsi pengunci stereng (steering lock) sebaik saja anda mencabut keluar kunci daripada suis kunci atau ignition. Fungsi ini direka untuk mengelak pencuri membelokkan roda kereta. Sebenarnya, tiada ciri atau fungsi yang mampu menghalang tindakan seorang pencuri nekad. Tetapi, sekurang-kurangnya ciri seperti ini mampu menyusahkan dan melengahkan kerja-kerja jahat mereka.

Pengunci stereng siap terbina hanya akan berfungsi dalam posisi yang betul apabila enjin kereta dimatikan. Ini menghalang kunci kereta daripada membebaskan pengunci roda stereng, sekali gus pencucuhan tidak berlaku.

Bagaimana mahu membebaskan semula stereng yang terkunci? Dalam kes ini, cara mengatasinya ialah:

Apa yang perlu anda lakukan adalah memutarkan roda (sedikit saja) mengikut arah kunci dipulas untuk menghidupkan enjin, iaitu kanan. Dalam erti kata lain, cuma goyangkan sedikit stereng sambil memulas kunci dengan lembut. Sepatutnya anda sudah dapat menggerakkan kunci hingga tahap ignition. Jika ya, masalah anda selesai.
0 Comments

Tips:Apa fungsi button Shift Lock

12/1/2017

0 Comments

 
Picture
BAGI pemandu kereta automatik, anda tentu perasan dengan button shift lock  yang terletak di sebelah tombol gear. Jangan terkejut kerana memang ada sesetengah pemilik kereta automatik yang langsung tidak tahu fungsi butang tersebut walaupun sudah memandu bertahun-tahun. Sebenarnya apakah fungsinya? Bilakah perlu menggunakannya? Dan bagaimana pula mahu menggunakannya?
​
Shift lock ialah ciri keselamatan baharu yang dibangunkan jurutera automobil selepas mengambil kira banyak insiden kecuaian pemandu. Ada dua insiden yang kerap berlaku pada pemilik kereta automatik tanpa fungsi shift lock:
  1. Pemandu panik kerana kereta tiba-tiba tidak dapat dihidupkan, sedangkan keretanya itu dimatikan dalam gear sama ada D atau R. Enjin kereta automatik cuma dapat dihidupkan dalam posisi N atau P.
  2. Pemandu menyangka kenderaan dimatikan dalam P, tetapi sebenarnya dalam N. Apabila dihidupkan, gear terus ditarik ke bawah (di bawah P ialah R) kerana mahu mengundur , tetapi kereta sebenarnya dalam D dan bergerak ke hadapan. Kemalangan pun berlaku.
Jadi, shift lock direka untuk mengatasi dua insiden di atas yang membabitkan isu keselamatan. Jadi bagi kereta moden hari ini, ada tidak perlu lagi risau kerana kereta anda mesti dimatikan dalam P sebelum kunci boleh dicabut.

Punat shift lock (ada juga ditulis shift lock release) berfungsi meriliskan transmisi anda daripada P. Ini kerana dalam situasi tertentu anda perlu meletakkan gear dalam N, misalnya kereta anda perlu ditunda akibat kerosakan seperti bateri mati atau kong. Di sinilah fungsi punat shift lock diperlukan.
0 Comments

Tips: Selenggara kereta untuk perjalanan jauh

11/24/2017

0 Comments

 
Picture
1. Periksa tahap dan keadaan minyak enjin
Ini untuk mereka yang telah membuat penukaran minyak enjin terlebih dahulu sebelum ini. Pastikan minyak enjin berada pada tahap antara ‘Max’ dan ‘Min’ pada dipstick. Tambahkan minyak pelincir jika perlu. Juga perlu dipastikan minyak enjin tersebut tidak bercampur dengan air (menjadi seakan warna teh tarik). Jika itu berlaku, berita buruk buat anda kerana air dari sistem penyejukkan enjin telah bocor ke dalam enjin, dan sudah tentu enjin anda perlu dirombakrawat (overhaul).

​2. Periksa tahap dan keadaan bendalir brek
Pastikan minyak brek juga berada pada tahap antara ‘Max’ dan ‘Min’. Jika didapati bendalir tersebut berada pada tahap terlalu rendah dan anda dapati pedal brek anda perlu dipam terlebih dahulu sebelum mendapat tekanan yang diperlukan, ini bermaksud ada kebocoran berlaku pada sistem hidraulik brek anda. Kehilangan tekanan juga boleh disebabkan kerana wujudnya udara dalam sistem hidraulik brek, maka proses bleedingperlu dilakukan untuk membuang udara dalam sistem tersebut.
Jika tiada kehilangan tekanan dirasakan tetapi bendalir tersebut berada pada tahap rendah, ini bermaksud pad brek anda sudah menipis. Tambahkan bendalir brek, tetapi jangan sehingga pada paras maksimum jika pad brek masih boleh digunakan. Ini kerana bendalir brek tersebut akan melimpah keluar jika pad brek baharu ditukar kelak.
Minyak brek perlu ditukar sekiranya ia kelihatan sangat kotor atau ia telah digunakan dalam jarak 40,000 km atau dua tahun. Bendalir brek adalah diasaskan dari bahan glikol, dan ia cenderung untuk menyerap air dari atmosfera. Jadi jika terlalu lama minyak brek tidak ditukar, ia akan menyebabkan brek gagal berfungsi sepenuhnya dan mungkin juga menyebabkan pengaratan berlaku dalam sistem brek yang bukan sahaja akan menyebabkan kebocoran, ia mungkin juga akan menyebabkan omboh pada angkup dan pam brek tersekat (jammed).

​3. Periksa tahap dan keadaan bendalir transmisi automatik (ATF)
Tidak semua transmisi automatik mempunyai dipstick untuk memeriksa tahap ATF ini. Cara untuk memeriksa tahap bendalir ATF adalah berbeza dengan cara memeriksa tahap minyak/bendalir lain. Ini kerana tahap ATF adalah berbeza pada keadaan sejuk dan keadaan panas (suhu bekerja). Jika kereta anda belum dihidupkan dan enjin masih sejuk, pastikan tahap ATF berada disenggatan ‘cold’ pada dipstick.

Untuk memeriksa tahap pada keadaan panas pula, hidupkan enjin sehingga kipas radiator berfungsi (menandakan enjin telah sampai ke suhu bekerjanya), kemudian periksa dipstick, pastikan tahap ATF berada pada senggatan ‘hot’.
Pastikan ATF tidak bercampur dengan air (sebahagian kotak gear automatik mempunyai sistem penyejuk ATF yang turut melalui bahagian bawah radiator, berisiko untuk bocor dan menyebabkan air masuk ke kotak gear).
Semak buku manual anda untuk mengetahui berapa jarak perbatuan yang telah ditetapkan untuk menukar ATF (secara amnya ATF perlu ditukar dalam jarak 40,000 km sekali). ATF juga perlu ditukar sekiranya ia sudah terlalu kotor. Juga pastikan sistem kotak gear anda kerana untuk kotak gear automatik CVT (menggunakan bendalir CVTF) dan kotak gear klac berkembar menggunakan bendalir yang berlainan.

4. Periksa tahap dan keadaan bendalir stereng kuasa
Stereng kuasa juga menggunakan sistem hidraulik. Pastikan bendalir berada pada senggatan antara ‘Min’ dan ‘Max’. Jika cecair berada pada tahap sangat rendah, ada kemungkinan sistem stereng anda mengalami kebocoran pada saluran paip, pam, atau rak stereng itu sendiri. Bendalir tersebut juga perlu ditukar jika ia sudah terlalu kotor.

5. Periksa tahap dan keadaan cecair penyejuk radiator (coolant)
Sebelum memeriksa cecair dalam tangki radiator, periksa dahulu cecair pada tangki simpanan. Pastikan cecair berada pada senggatan antara ‘Min’ dan ‘Max’. Jangan tambah cecair melebihi senggatan ‘Max’ kerana cecair tersebut memerlukan tekanan atmosfera untuk menolaknya ke tangki radiator utama. Jika tangki simpanan langsung kosong, periksa cecair di dalam tangki utama. Buat pemeriksaan tekanan jika perlu, dikhuatiri ada kebocoran berlaku pada sistem penyejukkan.

Jika anda hanya menggunakan air biasa untuk sistem penyejukkan, air perlu ditukar sekiranya ia telah terlalu kotor. Untuk yang menggunakan cecair penyejuk pula, anda perlu menukarnya setiap 100,000 km perjalanan.

6. Periksa keadaan semua hos
Semua hos bermaksud kesemua hos termasuk hos sistem penyejukkan, hos vakum dan kesemua hos sistem hidraulik pada sistem enjin, sistem stereng kuasa dan sistem brek. Selain memastikan ia bocor atau tidak, tekan hos-hos tersebut dan pastikan ia masih fleksibel. Jika ia sudah keras, pastikan anda menukarnya kerana dikhuatiri akan patah semasa beroperasi pada tekanan tinggi.

7. Periksa keadaan semua tali sawat (belting)
Semua tali sawat bermaksud kesemua tali sawat yang memusingkan sistem alternator, pemampat (compressor) sistem penghawa dingin, kipas (sekiranya kereta anda tidak menggunakan kipas elektrik untuk sistem penyejukkan) dan pam air pada enjin. Pastikan ia tidak merekah, berbulu atau tanda-tanda lain yang kelihatan seperti hampir terputus. Periksa juga keadaan tali sawat pemasaan (timing belt) jika kereta anda tidak menggunakan sistem rantai pemasaan (timing chain).

Tali-tali sawat ini biasanya perlu ditukar setiap 100,000 km, manakala untuk tali sawat pemasaan pula adalah berbeza mengikut pengeluar (rujuk buku manual kereta anda).

8. Pemeriksaan terhadap bateri
Pertama sekali, uji bateri dengan alat penguji bateri. Alat penguji bateri moden akan memberikan bacaan ‘bad and replace‘ sekiranya bateri tidak mampu menyimpan cas dengan baik. Tukar bateri segera kerana bila bateri tersebut akan rosak sepenuhnya tidak boleh dijangka. Jangan pelik sekiranya bateri anda perlu ditukar setahun sekali kerana kereta moden dilengkapi dengan sistem penggera, kotak komputer enjin, kotak gear dan pelbagai lagi dalam sistem elektrikal badan yang memorinya masih berjalan – menghasilkan parasitic load – walaupun enjin telah dimatikan sepenuhnya.
​
Ia berbeza dengan Proton Iswara yang baterinya boleh bertahan sehingga lima tahun kerana parasitic loadyang terhasil hanyalah pada sistem memori radio dan sistem penggera.
​
Selain itu, kotoran pada terminal bateri juga perlu dibersihkan dan jika anda tidak menggunakan bateri maintenance free, periksa juga kadar air pada bateri tersebut.


0 Comments

Tips: Bila Perlu Tukar Engine Mounting kereta?

11/16/2017

0 Comments

 
Picture
Enjin mounting ialah alat yang di cipta untuk memegang engine, yang mana mounting engine ini mempunyai getah untuk menampan sebarang hentakkan. Lagi banyak hentakkan berlaku, lebih cepat jangka hayat sesebuah mounting engine ini kehausan.

​Kereta anda enjin bergegar, berbunyi, dashboard bergegar kecil dan membuat kita memandu tak selesa, ini adalah di sebabkan getah enjin kereta anda sudah mula meragam, atau nama lain di panggil ‘engine mounting’.

Jangka hayat sesebuah kereta untuk mounting engine ini ialah 7 tahun ke atas, selepas itu ia harus ditukar bagi mengelakkan bunyi bising kurang senang masa memandu.
0 Comments

Tips: Kereta High Temperature - Periksa ‘Hose’

11/14/2017

0 Comments

 
Picture
Lihat pada hose kenderaan anda, jika didapati ada tanda-tanda retak atau koyak, disyorkan tukar baru berserta dengan klip baru. Periksa juga hose kecil yang menyambung dengan sistem ini. Caranya, pegang hose atas dan hose bawah, jika hose atas panas dan hose bawah sejuk, ini berkemungkinan thermostat kenderaan sudah karat dan jammed (rosak). Justeru, InTrenders dinasihatkan agar menyimpan masking tape dalam dashboard kereta. Tujuannya jika terdapat kesan bocor, anda boleh menampalnya dengan masking tape. Boleh diguna pakai untuk jarak yang dekat sahaja.
0 Comments

Tips: Kereta High Temperature - Periksa ‘Pressure Cap’

11/14/2017

0 Comments

 
Picture
Periksa keadaan spring dan rubber seal, pastikan ia tidak rosak. Secara teknikal, tercatat suhu dan tekanan pada penutup tersebut dan cara untuk pastikan ia berfungsi adalah dengan menekan springtersebut.
0 Comments

Tips: Kereta High Temperature - Air radiator

11/14/2017

0 Comments

 
Picture
Pastikan tangki air di dalam radiator sentiasa cukup atau penuh. Pastikan juga airnya tidak berkarat dan jika berkarat atau berkeladak berkemungkinan disebabkan oleh radiator yang tersumbat. Jika ini berlaku, anda perlu keluarkan air tersebut dengan membuka hose bawah dan masukkan hose air dari atas dan drain screw radiator dibuka. 

Biarkan air memasuki dan mengalir masuk dalam enjin sehingga air karat keluar kesemuanya. Kemudian pasang semula drain screw radiator. Isi air di dalam radiator. 

AMARAN: Jangan buka penutup radiator ketika panas. Biarkan dalam satu jam, tunggu sehingga sejuk baru boleh buka penutupnya. Gunakan kain yang tebal untuk membukanya. Ini bagi mengelakkan wap dan air panas terpercik pada anggota badan. 

Pastikan tiada kebocoran pada radiator, jenguk pada bawah kenderaan anda jika ada air menitis, cuba cari punca datangnya air itu. Selalunya ia menitik dari drain screw atau ada kebocoran pada radiator atau pada bahagian berkaitan. Periksa dan pastikan air dalam reserve tank pada paras antara minima dan maksima. Kena periksa air yang ada, seeloknya sebelum enjin dihidupkan. Ingat, jangan melebihi paras maksima!
0 Comments

Tips: Kegunaan Button Overdrive

11/10/2017

2 Comments

 
Picture
​Cuba perhatikan pada bahagian tombol gear kenderaan anda. Mesti akan jumpa satu butang kecil pada batang gear tersebut. Lokasi tidak sama pada sesetengah jenis kereta ya. Tapi tahukah anda apa kegunaannya?
.
Kalau anda jumpa, cuba tekan butang tu dan lihat apa yang berlaku pada dashboard kereta automatik anda. Sebaik saja butang kecil tu ditekan, akan menyala lampu isyarat menyatakan seperti ini "O/D Off". Isyarat itu nak bagi tahu yang "Overdrive pada kenderaan anda dalam keadaan off". Ini bermaksud, selama ini kenderaan anda sentiasa dalam keadaan overdrive secara biasanya.
.
APA KEGUNAAN SEBENARNYA?
Mungkin anda sendiri tak pernah guna butang overdrive ini. Ya lah! macam mana nak guna kalau tak tahu apa funsi butang tu ada kat situ.
Sebenarnya kenderaan automatik anda punya beberapa peringkat gear macam kenderaan manual juga. Bezanya ia bergerak dari 1 hingga 5 secara automatik. Jadi bila butang overdrive itu tidak ditekan, gear akan berubah dari 1 naik ke 2 dan menigkat satu persatu menurut turutan biasa dan akhir sekali gear 5 atau 6.
.
Bila berada di gear 5 atau 6, kereta anda boleh pergi laju tapi tidak boleh enjut power macam keadaan kenderaan anda dalam gear 1, 2 atau 3. Bila anda tekan butang overdrive, kenderaan automatik anda tak akan naik ke gear paling tinggi. Jadi kereta akan jadi power sentiasa sebab berada pada gear rendah. Kalau biar macam tu lama-lama, mahu panas gearbox. Lagipun gear anda akan cepat haus kalau sentiasa dalam keadaan gear rendah.
.
BILA NAK GUNA BUTANG OVERDRIVE?
Sudah tentu ada sebab kenapa butang tu dibuat pada kenderaan automatik. Anda perlu pakai butang overdrive bila kereta tak cukup power nak angkat barang misalnya. Contohnya jika anda nak tarik satu lagi kenderaan kawan kat belakang yang breakdown. Boleh tekan butang overdrive supaya mudah tarik. Ataupun jika anda nak panjat genting highland yang tinggi, kereta anda macam tak boleh nak naik terenjut-enjut dan tukar gear tak henti-henti. Tekan saja butang overdrive dan dia akan berdesup power lelaju panjat bukit tu. hehe..
2 Comments

Tips: Petanda Alternator Rosak

11/10/2017

0 Comments

 
Picture
Ketika anda bawa kereta dan tiba-tiba lampu bateri menyala, itu adalah petanda besar alternator anda rosak dan anda perlu pergi ke bengkel secepat yang mungkin sbb kereta anda sedang menggunakan elektrik dari bateri anda dan enjin anda akan mati sendiri dlm masa 1-2 jam. Pergi ke bengkel terdekat dan lakukan pemeriksaan sebelum kereta anda tersadai di tepi jalan.

​Anda ingin menambah ilmu tentang penjagaan kereta, mohon subcribe NEWSLETTER kami.
0 Comments

Adakah boleh buat tuntutan insuran jika dilanggar Ambulans?

11/5/2017

0 Comments

 
Picture
Kebiasaannya sekiranya pengguna jalan raya mendengar siren ambulans yang dalam kecemasan membawa pesakit pastinya sesiapa sahaja akan cuba memberikan laluan kepada kenderaan tersebut agar dapat sampai ke hospital atau lokasi kemalangan dengan cepat dan selamat.
Tetapi, bagaimana pula sekiranya ambulans yang selalunya dipandu dengan laju itu telah melanggar kenderaan anda dari belakang? Apakah yang harus kita lakukan? Adakah boleh anda membuat tuntutan bayaran insuran dari ambulan berkenaan?
Beberapa hari lalu, seorang pengguna media sosial telah berkongsi tentang pengalamannya ketika berhadapan dengan satu situasi yang jarang berlaku iaitu kereta Perodua Myvi miliknya dipercayai telah dilanggar oleh sebuah ambulan dan turut mengalami kerosakan teruk akibat perlanggaran tersebut, lapor WOB.

Agak pelik apabila pemandu ambulans terbabit dikatakan cuba mengelak untuk bertanggungjawab di atas kemalangan tersebut. Cermin belakang kereta gadis berkenaan dikatakan telah remuk teruk, malah bumper keretanya dikatakan turut kemek.
Lebih mengejutkan, apabila pemandu ambulans tersebut dikatakan telah meninggalkan gadis yang memandu Myvi itu begitu sahaja sedangkan dia tahu yang gadis tersebut dalam keadaan terkejut dan panik apabila terjadinya kemalangan akibat perlanggaran itu, lapor SinChew.
Mangsa yang bernama Xiao Hui telah berkongsi tentang permasalahan yang dihadapinya itu menerusi laman Facebook dan turut meminta pendapat dan pandangan dari netizen ekoran kemalangan yang berpunca dari pemandu ambulans terbabit.
“Saya nampak lampu isyarat berubah menjadi warna merah, jadi saya menekan pedal brek. Apabila kenderaan saya berhenti, saya merasakan satu tolakan yang kuat telah merempuh bahagian belakang kereta.
“Barulah saya tahu yang sebuah ambulans telah menghentam belakang kereta saya apabila dua orang pemuda ini datang mendekati,” tulisnya.
Dalam keadaan terkejut dengan kejadian yang berlaku kepadanya, dia masih mampu mengawal perasaannya dan kemudiannya pemandu ambulans itu datang kepadanya serta menjelaskan bagaimana perlanggaran tersebut berlaku.

“Pemandu ambulans itu beritahu saya yang ia sangat mustahil bagi saya untuk menuntut insurans atas apa yang berlaku. Hal ini kerana mereka akan mengatakan perkara yang sebenar bahawa mereka telah membunyikan siren dan dalam perjalanan untuk mengambil pesakit.
“Mereka melanggar kenderaan saya kerana kereta saya telah menghalang perjalanan mereka ke sana,” tambahnya.
“Saya tak faham mengapa mereka perlu cakap perkara sebegini, tapi saya yakin yang ia bukan salah saya. Lampu isyarat berubah merah dan saya patut berhenti pada ketika itu,” katanya yang mempertahankan diri.
Anda (ambulans) telah melanggar saya dalam keadaan yang sangat laju dan menolak kenderaan saya hingga ke tengah jalan. Kalau saya menunggang motosikal, agaknya saya dah meninggal sekarang.”
Posting gadis ini akhirnya tular di media sosial dan turut mendapat perhatian netizen yang telah memberikan pendapat mereka berkaitan dengan kejadian ini.

“Tak masuk akal langsung! Hanya kerana dia menghalang perjalanan anda, tak bermaksud anda senang-senang boleh melanggar kenderaannya! Itukan lagi bahaya!” kata seorang netizen.
Walau apa pun pendapat dan komen yang diutarakan oleh para netizen, berikutnya adalah kenyataan polis yang disampaikan berkaitan dengan isu ini.
“Kebanyakan penunggang motosikal fikir jika mereka berlanggar dengan ambulans, secara automatiknya ia akan menjadi salah mereka dan mereka tidak dapat menuntut insurans dari pihak ambulans. Ini salah sama sekali.
“Selepas kemalangan berlaku, penunggang motosikal masih boleh membuat laporan polis dan biar polis lihat apa yang boleh mereka lakukan,” kata Pegawai Turus Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur, DSP Shafie Daud.
Selain itu, pihak polis juga memberitahu ambulans yang bertugas juga sepatutnya berhati-hati dan memperlahankan kenderaan mereka ketika melepasi lampu merah, melalui persimpangan dan jalan yang berbelok. Mereka juga boleh dipersalahkan atas kemalangan yang berlaku.

Mungkin anda juga pernah berhadapan dengan pengalaman seperti ini. Sila Kongsikan bersama supaya masalah sebegini dapat diselesaikan dengan baik sekiranya akan berlaku lagi terhadap orang lain.
0 Comments
<<Previous

    Author

    33 tahun dalam perniagaan jual beli kereta terpakai. Objektif blog ialah memberi ilmu tentang industri kereta di Malaysia kepada orang ramai.

    View my profile on LinkedIn

    Archives

    April 2018
    March 2018
    February 2018
    January 2018
    December 2017
    November 2017
    October 2017
    September 2017
    August 2017

    Categories

    All
    Berita
    Sesi Kopi
    Tips

    RSS Feed

Picture
EH Motor Credit Sdn Bhd
Lot 3, tbg 646, Pandamaran, Port Klang 42000, Selangor, Malaysia.
Email: 
sales@ehmotorcredit.com

Tel:03 3167 0085, 03 3167 1066
(Depan balai polis pandamaran)
(Di GPS Google map/WAZE sila taip "EH Motor")
Picture
Picture
Picture
Dasar Privasi
Iklan Dengan Kami
Hubungi Kami
Copyright © ​ 2018  I  EH Motor Credit Sdn. Bhd.
  • HOME
  • Broker Program
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Testimoni
  • Sumber
    • Eddie-soh Blog kereta
    • Berita PENIPUAN industri kereta
    • Cik EH-LI (Penghuni kedai kami)
    • @cilisos
    • GAME kereta
  • Kategori Kereta
  • Promosi