EH Motor Credit
  • HOME
  • Broker Program
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Testimoni
  • Sumber
    • Eddie-soh Blog kereta
    • Berita PENIPUAN industri kereta
    • Cik EH-LI (Penghuni kedai kami)
    • @cilisos
    • GAME kereta
  • Kategori Kereta
  • Promosi
  • Subscribe untuk tip kereta

Adakah boleh buat tuntutan insuran jika dilanggar Ambulans?

11/5/2017

1 Comment

 
Picture
Kebiasaannya sekiranya pengguna jalan raya mendengar siren ambulans yang dalam kecemasan membawa pesakit pastinya sesiapa sahaja akan cuba memberikan laluan kepada kenderaan tersebut agar dapat sampai ke hospital atau lokasi kemalangan dengan cepat dan selamat.
Tetapi, bagaimana pula sekiranya ambulans yang selalunya dipandu dengan laju itu telah melanggar kenderaan anda dari belakang? Apakah yang harus kita lakukan? Adakah boleh anda membuat tuntutan bayaran insuran dari ambulan berkenaan?
Beberapa hari lalu, seorang pengguna media sosial telah berkongsi tentang pengalamannya ketika berhadapan dengan satu situasi yang jarang berlaku iaitu kereta Perodua Myvi miliknya dipercayai telah dilanggar oleh sebuah ambulan dan turut mengalami kerosakan teruk akibat perlanggaran tersebut, lapor WOB.

Agak pelik apabila pemandu ambulans terbabit dikatakan cuba mengelak untuk bertanggungjawab di atas kemalangan tersebut. Cermin belakang kereta gadis berkenaan dikatakan telah remuk teruk, malah bumper keretanya dikatakan turut kemek.
Lebih mengejutkan, apabila pemandu ambulans tersebut dikatakan telah meninggalkan gadis yang memandu Myvi itu begitu sahaja sedangkan dia tahu yang gadis tersebut dalam keadaan terkejut dan panik apabila terjadinya kemalangan akibat perlanggaran itu, lapor SinChew.
Mangsa yang bernama Xiao Hui telah berkongsi tentang permasalahan yang dihadapinya itu menerusi laman Facebook dan turut meminta pendapat dan pandangan dari netizen ekoran kemalangan yang berpunca dari pemandu ambulans terbabit.
“Saya nampak lampu isyarat berubah menjadi warna merah, jadi saya menekan pedal brek. Apabila kenderaan saya berhenti, saya merasakan satu tolakan yang kuat telah merempuh bahagian belakang kereta.
“Barulah saya tahu yang sebuah ambulans telah menghentam belakang kereta saya apabila dua orang pemuda ini datang mendekati,” tulisnya.
Dalam keadaan terkejut dengan kejadian yang berlaku kepadanya, dia masih mampu mengawal perasaannya dan kemudiannya pemandu ambulans itu datang kepadanya serta menjelaskan bagaimana perlanggaran tersebut berlaku.

“Pemandu ambulans itu beritahu saya yang ia sangat mustahil bagi saya untuk menuntut insurans atas apa yang berlaku. Hal ini kerana mereka akan mengatakan perkara yang sebenar bahawa mereka telah membunyikan siren dan dalam perjalanan untuk mengambil pesakit.
“Mereka melanggar kenderaan saya kerana kereta saya telah menghalang perjalanan mereka ke sana,” tambahnya.
“Saya tak faham mengapa mereka perlu cakap perkara sebegini, tapi saya yakin yang ia bukan salah saya. Lampu isyarat berubah merah dan saya patut berhenti pada ketika itu,” katanya yang mempertahankan diri.
Anda (ambulans) telah melanggar saya dalam keadaan yang sangat laju dan menolak kenderaan saya hingga ke tengah jalan. Kalau saya menunggang motosikal, agaknya saya dah meninggal sekarang.”
Posting gadis ini akhirnya tular di media sosial dan turut mendapat perhatian netizen yang telah memberikan pendapat mereka berkaitan dengan kejadian ini.

“Tak masuk akal langsung! Hanya kerana dia menghalang perjalanan anda, tak bermaksud anda senang-senang boleh melanggar kenderaannya! Itukan lagi bahaya!” kata seorang netizen.
Walau apa pun pendapat dan komen yang diutarakan oleh para netizen, berikutnya adalah kenyataan polis yang disampaikan berkaitan dengan isu ini.
“Kebanyakan penunggang motosikal fikir jika mereka berlanggar dengan ambulans, secara automatiknya ia akan menjadi salah mereka dan mereka tidak dapat menuntut insurans dari pihak ambulans. Ini salah sama sekali.
“Selepas kemalangan berlaku, penunggang motosikal masih boleh membuat laporan polis dan biar polis lihat apa yang boleh mereka lakukan,” kata Pegawai Turus Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur, DSP Shafie Daud.
Selain itu, pihak polis juga memberitahu ambulans yang bertugas juga sepatutnya berhati-hati dan memperlahankan kenderaan mereka ketika melepasi lampu merah, melalui persimpangan dan jalan yang berbelok. Mereka juga boleh dipersalahkan atas kemalangan yang berlaku.

Mungkin anda juga pernah berhadapan dengan pengalaman seperti ini. Sila Kongsikan bersama supaya masalah sebegini dapat diselesaikan dengan baik sekiranya akan berlaku lagi terhadap orang lain.
1 Comment
Delray Beach Carpet Cleaning link
9/17/2022 05:25:13 pm

Nice blog thhanks for posting

Reply



Leave a Reply.

    Author

    33 tahun dalam perniagaan jual beli kereta terpakai. Objektif blog ialah memberi ilmu tentang industri kereta di Malaysia kepada orang ramai.

    View my profile on LinkedIn

    Archives

    May 2020
    December 2019
    November 2019
    October 2019
    September 2019
    August 2019
    July 2019
    April 2018
    March 2018
    February 2018
    January 2018
    December 2017
    November 2017
    October 2017
    September 2017
    August 2017

    Categories

    All
    Berita
    Sesi Kopi
    Tips

    RSS Feed

Picture
EH Motor Credit Sdn Bhd 
(HQ)
Lot 3, tbg 646, Pandamaran, Port Klang 42000, Selangor, Malaysia.
Email: 
sales@ehmotorcredit.com

Tel:03 3167 0085, 03 3167 1066
(Depan balai polis pandamaran)
(Di GPS Google map/WAZE sila taip "EH Motor")


Picture
Picture
Picture
Dasar Privasi
Iklan Dengan Kami
Hubungi Kami
Copyright © ​ 2019  I  EH Motor Credit Sdn. Bhd.
  • HOME
  • Broker Program
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Testimoni
  • Sumber
    • Eddie-soh Blog kereta
    • Berita PENIPUAN industri kereta
    • Cik EH-LI (Penghuni kedai kami)
    • @cilisos
    • GAME kereta
  • Kategori Kereta
  • Promosi
  • Subscribe untuk tip kereta