EH Motor Credit
  • HOME
  • Broker Program
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Testimoni
  • Sumber
    • Eddie-soh Blog kereta
    • Berita PENIPUAN industri kereta
    • Cik EH-LI (Penghuni kedai kami)
    • @cilisos
    • GAME kereta
  • Kategori Kereta
  • Promosi
  • Subscribe untuk tip kereta

​Sesi mengopi TANPA beli kopi #443

3/29/2018

0 Comments

 
Picture
​Sesi mengopi TANPA beli kopi #443
(Tuan/puan boleh tanya sebarang soalan berkaitan industri kereta terus ke FB Messenger saya)

SOALAN:

Hi bro just want to ask regarding roadtax n insurance renewal. 
As you know government said that car whose roadtax expired not more than 3 years can renew without going to Pupakom checking. I have this 1 wira with roadtax expired 2years ago. I plan to renew it but luckily government came out with this plan. But the problem now is that the car still have 2years pending loan outstanding with bank. I have the photocopy of the geran. Can i renew the insurance and roadtax first before settle with the bank?
(P.s the car owner is my uncle and im asking on behalf of him.)

JAWAPAN:

The new government incentive for roadtax renewal has not been implemented yet. You will need to wait until it has been enforced at JPJ to begin renewing the insurance and roadtax. Having outstanding loan with the bank doesn't prevent you from renewing insurance and roadtax.

Eddie Soh
EH Motor (ditubuh 1985)
Blacklist, CCRIS, Full loan untuk beli kereta

#EHMotor
#Sesimengopitanpabelikopi
0 Comments

Sesi mengopi TANPA beli kopi #442

3/28/2018

0 Comments

 
Picture
Sesi mengopi TANPA beli kopi #442
(Tuan/puan boleh tanya sebarang soalan berkaitan industri kereta terus ke FB Messenger saya)
SOALAN:
nak tanya budget dalam 6k kereta second hand apa boleh dapat utk buat hantar ank ke sekolah
JAWAPAN:
Selalunya kenderaan yang dalam lingkungan harga begini agak berusia. Mungkin lebih 15 tahun.
Cikpuan harus sediakan bajet untuk maintenance kereta dalam bajet ini dan mungkin luangkan lebih masa untuk menghantar kereta ke mekanik lebih kerap.
Kenderaan yang boleh dipertimbangkan termasuk Proton Wira, Proton Iswara dan Perodua Kancil. Kenderaan tempatan murah sedikit kos spare part dan kos pembaikiannya.
Eddie Soh
EH Motor (ditubuh 1985)
Blacklist, CCRIS, Full loan untuk beli kereta
#EHMotor
#Sesimengopitanpabelikopi
0 Comments

Sesi mengopi TANPA beli kopi #441

3/28/2018

0 Comments

 
Picture
Sesi mengopi TANPA beli kopi #441
(Tuan/puan boleh tanya sebarang soalan berkaitan industri kereta terus ke FB Messenger saya)
SOALAN:
Selamat pagi mr eddie.saya nak tanya pendapat encik eddie tentang kereta chery eastar dari segi maintenance, sparepart dan kebaikan dan keburukan kereta ni?
JAWAPAN:
Resale valuenya agak rendah berbanding kereta MPV lain. Barangkali kerana jenama dari China. Dari maklum balas pasaran, ada yang kata kereta ini banyak masalah. Aircon di baris ketiga hanya meniup ke kaki. Alternatornya akan rosak kerana over-charge dan ramai yang guna alternator Waja sebagai ganti. Alat gantinya juga tidak murah sangat.
Eddie Soh
EH Motor (ditubuh 1985)
Blacklist, CCRIS, Full loan untuk beli kereta
#EHMotor
#Sesimengopitanpabelikopi
0 Comments

Sesi mengopi TANPA beli kopi #440

3/26/2018

0 Comments

 
Picture
Sesi mengopi TANPA beli kopi #440
(Tuan/puan boleh tanya sebarang soalan berkaitan industri kereta terus ke FB Messenger saya)

SOALAN:

Hi Eddie . I ingin nak beli Mazda 6 tahun 2009. Dari segi kos maintenance Mazda 6 & Toyota Camry ,mana yang kos low.

JAWAPAN:

Dari segi persembahan kereta, tidak banyak berbeza di antara Toyota Camry dan Mazda6. Kekuatan Mazda adalah di handling, steering, dan suspension.

Toyota pula terkenal dalam Segmen D ini, lasak dan jimat minyak.

Kos maintenance Toyota akan lebih murah.

Selalunya Mazda dipilih kerana penampilan luarannya.

Eddie Soh
EH Motor (ditubuh 1985)
Blacklist, CCRIS, Full loan untuk beli kereta

#EHMotor
#Sesimengopitanpabelikopi
0 Comments

Sesi mengopi TANPA beli kopi #439

3/25/2018

0 Comments

 
Picture
Sesi mengopi TANPA beli kopi #439
(Tuan/puan boleh tanya sebarang soalan berkaitan industri kereta terus ke FB Messenger saya)

SOALAN:

Hai mr eddie...saya sedang berkira2 untuk membeli sebuah mpv naza citra...dan ingin tau serba sedikit mengenai kereta itu seperti adakah ianya mudah rosak dan adakah betul barang spare part untuk kreta tersebut agak mahal?
Dan betul ke kreta ini kuat makan petrol....
Terima kasih mr eddie 😁

JAWAPAN:

Naza Citra adalah kereta MPV yang mampu miliki. Walaupun kereta daripada Korea, namun kos penyengeraannya tidak terlalu mahal. Kereta MPV ini juga tidak membawa banyak isu melainkan dengan mounting enjinnya yang sering perlu ditukar.

MPV ini berbaloi dibeli apetah lagi dengan kelengkapan sunroof yang selalunya mengembirakan anak-anak yang menaikinya. Tempat duduknya juga luas dan sesuai untuk pengembaraan jarak jauh.

Penggunaan minyak adalah sedikit tinggi memandangkan kereta ini jenis MPV yang berfungsi untuk membawa ramai penumpang.

Eddie Soh
EH Motor (ditubuh 1985)
Blacklist, CCRIS, Full loan untuk beli kereta

#EHMotor
#Sesimengopitanpabelikopi
0 Comments

Sesi mengopi TANPA beli kopi #438

3/23/2018

0 Comments

 
Picture
Sesi mengopi TANPA beli kopi #438
(Tuan/puan boleh tanya sebarang soalan berkaitan industri kereta terus ke FB Messenger saya)
SOALAN:
hi en eddie
sya brcadang nk amik mazda 5,thun 2011.
mcm mne mentenen,spare part dn msalah2 yg akn sya hdapi tntamg kreta ni.
tq
JAWAPAN:
Mazda CX-5 adalah kompak crossover yang dibina oleh Mazda bermula dari tahun 2012. Ia adalah kereta pertama Mazda yang menampilkan desain baru KODO – Soul of Motion Design language. Ia berkongsi platfom dengan Mazda3 and Mazda6.
Kereta baru ini dilengkapi dengan waranti 3 tahun. Jika tuan cuba cari kereta terpakainya, memang kurang dipasaran. Masih ada dealer yang menjual kereta baru yang bertahun lama di pasaran lagi. Oleh itu, sukar juga kalau hendak cari stok kereta terpakai.
Sering dirungutkan ialah kadar servis di pusat servis yang tidak dapat mengendali jumlah servis yang diperlukan di pasaran. Mazda baru sahaja menjadi lebih aktif di pasaran Malaysia, maka ada isu dengan kelajuan pusat servisnya.
Selain itu, konsep desain Mazda menumpukan kepada keselesaan pemandu. Maka penumpang lain akan rasa kereta Mazda tidak se-selesa kalau dipandu sendiri. Tempat kaki untuk penumpang belakang kereta Mazda5 agak sempit.
Kos maintenance kereta Mazda lebih tinggi dari kereta Jepun. Susut nilainya juga kurang lebih pantas daripada kereta Jepun juga.
Memandangkan Mazda5 masih baru di pasaran, tidak diketahui samada ada isu kelasakan apabila kenderaan ini berusia 8 - 10 tahun.
Eddie Soh
EH Motor (ditubuh 1985)
Blacklist, CCRIS, Full loan untuk beli kereta
#EHMotor
#Sesimengopitanpabelikopi
0 Comments

Sesi mengopi TANPA beli kopi #437

3/23/2018

0 Comments

 
Picture
Sesi mengopi TANPA beli kopi #437
(Tuan/puan boleh tanya sebarang soalan berkaitan industri kereta terus ke FB Messenger saya)
SOALAN:
Hi bos mana lg ok mazda3 skyactive 2.0 or civic fb 2.0? Dr segi fuel, maintainance, performance (hp/tork, ketahanan enjin, space dan luxury interior?
JAWAPAN:
Keselamatan - Mazda 3 (6 air bags, Lane Assist, Auto Brakes)
Penggunaan minyak - Mazda 3 (terbaik dalam kelas ini)
Ketahanan - Honda Civic (guna tech lama)
NVH (Noise, Vibration, Hashness) - Honda Civic (Mazda 3 NVH tak bagus, bunyi tayar dan enjin agak nyaring)
Handling - Mazda 3
Kuasa - Mazda 3(lebih hp/torque, torquenya datang terdahulu)
Design - Mazda 3
Susut Nilai - Honda Civic
Maintenance - Honda Civic
Ruang dalam kereta - Honda Civic lebih selesa
Eddie Soh
EH Motor (ditubuh 1985)
Blacklist, CCRIS, Full loan untuk beli kereta
#EHMotor
#Sesimengopitanpabelikopi
0 Comments

Sesi mengopi TANPA beli kopi #436

3/22/2018

0 Comments

 
Picture
Sesi mengopi TANPA beli kopi #436
(Tuan/puan boleh tanya sebarang soalan berkaitan industri kereta terus ke FB Messenger saya)
SOALAN:
Selamat sejahtera..sy mgalami kemalangan pada akhir bulan 1 tahun ini, own damage.kereta mengalami kerosakan yang sy katakan agak teruk.hasil estimation by workshop,cost repair kereta sy ialah sbnyk rm22k..tetapi setelah pihak adjuster buat penilaian hanya rm16k shja yg diluluskan. Tetapi adjuster sendiri hubungi saya dan maklumkan keadaan kereta sy ini teruk dan layak utk buat tuntutan total loss dan beliau sndri telah cdgkan pada pihak insurans. Kereta saya ambil insurans based kn agreed value rm35k, menyebabkan pihak insurans menolak untuk memberikan kereta sy total loss. Persoalan saya bolehkah sy mmbuat rayuan untuk membuat total loss based on market value rm24k? Kalau boleh, boleh tak encik ajarkan saya isi kandungan yg perlu sy tulis dalam surat rayuan sy itu?
JAWAPAN:
Tuan memang boleh membuat rayuan dengan syarikat insurans. Cuma perlu ada persediaan, akan ambil masa yang agak panjang untuk appeal.
Boleh minta bertanya dengan adjuster siapa pegawai yang mengendali kes Tuan. Pengalaman kami ialah pegawai claim juga ingin bertanya apa keputusan tuntutan yang Tuan mahu.
Tuan juga boleh memilih untuk menulis surat rayuan. 
Kandungan surat Tuan boleh dirangka mengikut apa yang Tuan telah lalui. Seperti mesej yang Tuan tanyakan kepada kami adalah kandungan yang sesuai ditujukan dalam surat appeal. Cuma harga pasaran adalah ditentukan oleh syarikat insuran. Bergantung kepada claim dept memberi tawaran harga dan persetujuan Tuan menerima tawaran tersebut.
Eddie Soh
EH Motor (ditubuh 1985)
Blacklist, CCRIS, Full loan untuk beli kereta
#EHMotor
#Sesimengopitanpabelikopi
0 Comments

Sesi mengopi TANPA beli kopi #435

3/21/2018

0 Comments

 
Picture
Sesi mengopi TANPA beli kopi #435
(Tuan/puan boleh tanya sebarang soalan berkaitan industri kereta terus ke FB Messenger saya)

SOALAN:

Hi tuan eddie soh...
Saya ingin membeli toyota caldina.saya ingin bertanya tentang mcm mana di punya maintanence dan spare part...mudah didapati atau tidak??dari segi kos maintanence pula mcm mana??

JAWAPAN:

Saya copy paste dari jawapan kawan yang mempunyai kereta ini.

caldina tidak mempunya masalah..dan dia ada 2 spec.. N/A utk ZT dan GT4 untuk TURBO..tidak mempunyai masalah tertutama zT 2.0 kerana bukan turbo dan menggunkan timing chain means new technology by toyota japan.. D4 enjin.jika nk dibandingkan dengan GT4 menggunkan belting..penyelenggaraan juga tidak tinggi..GT4 tinggi dr segi penyelenggaraan..interior exterior tak ada masalah.. second value juga tinggi.

Eddie Soh
EH Motor (ditubuh 1985)
Blacklist, CCRIS, Full loan untuk beli kereta

#EHMotor
#Sesimengopitanpabelikopi


0 Comments

Sesi mengopi TANPA beli kopi #434

3/21/2018

0 Comments

 
Picture
Sesi mengopi TANPA beli kopi #434
(Tuan/puan boleh tanya sebarang soalan berkaitan industri kereta terus ke FB Messenger saya)

SOALAN:

Salam sejahtera Tuan Eddie..sekarang ini hati saya berbelah bagi antara dua..saya ada dua pilihan kenderaan keluarga, sama ada Toyota Wish 1.8 (tahun 2012) atau Toyota Innova 2.0 (tahun 2017). Saya lihat dari mata kasar, kedua MPV ini sangat terampil, jadi apa perbezaannya dari segi:

1. Penjimatan minyak untuk long distance driving
2. Noise, Vibration, Harshness (NVH) untuk menempuh jalanraya PanBorneo yang langsung tak pernah rata
3. Harga alat ganti. Saya dengar jika saya memiliki Wish, jika ia demam, saya pun akan demam sekali. Adakah benar?

Terima kasih.

JAWAPAN:

Toyota Wish adalah berdasar kepada platform kereta Toyota Altis, dengan menggunakan enjin yang sama dengan altis juga.
Toyota Wish 1.8 adalah front wheel drive (pergerakkan dikuasai roda depan) 

Toyota Innova dibina berdasar kepada platform kereta Toyota Hilux, iaitu Rear wheel drive (pergerakkan dikuasai roda belakang). Ia lebih kepada pembawa penumpang dan kereta lebih luas dalamnya

Jika tuan inginkan keseronokkan pemanduan, handling kereta bagus dan penampakkan kereta lebih cantik, maka tuan boleh memilih Toyota Wish

Mungkin kalau untuk jalanraya Panboneo yang tidak rata, Toyota Innova mungkin lebih sesuatu memandangkan profil kereta lebih tinggi daripada Toyota Wish.

Di Peninsular, kos spare part Toyota Wish tidak keterlaluan tinggi, tidak pasti yang sama juga di Sabah dan Sarawak. Kos spare part Innova juga tidak mahal.

Eddie Soh
EH Motor (ditubuh 1985)
Blacklist, CCRIS, Full loan untuk beli kereta

#EHMotor
#Sesimengopitanpabelikopi


0 Comments
<<Previous

    Author

    33 tahun dalam perniagaan jual beli kereta terpakai. Objektif blog ialah memberi ilmu tentang industri kereta di Malaysia kepada orang ramai.

    View my profile on LinkedIn

    Archives

    May 2020
    December 2019
    November 2019
    October 2019
    September 2019
    August 2019
    July 2019
    April 2018
    March 2018
    February 2018
    January 2018
    December 2017
    November 2017
    October 2017
    September 2017
    August 2017

    Categories

    All
    Berita
    Sesi Kopi
    Tips

    RSS Feed

Picture
EH Motor Credit Sdn Bhd 
(HQ)
Lot 3, tbg 646, Pandamaran, Port Klang 42000, Selangor, Malaysia.
Email: 
sales@ehmotorcredit.com

Tel:03 3167 0085, 03 3167 1066
(Depan balai polis pandamaran)
(Di GPS Google map/WAZE sila taip "EH Motor")


Picture
Picture
Picture
Dasar Privasi
Iklan Dengan Kami
Hubungi Kami
Copyright © ​ 2019  I  EH Motor Credit Sdn. Bhd.
  • HOME
  • Broker Program
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Testimoni
  • Sumber
    • Eddie-soh Blog kereta
    • Berita PENIPUAN industri kereta
    • Cik EH-LI (Penghuni kedai kami)
    • @cilisos
    • GAME kereta
  • Kategori Kereta
  • Promosi
  • Subscribe untuk tip kereta