EH Motor Credit
  • HOME
  • Broker Program
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Testimoni
  • Sumber
    • Eddie-soh Blog kereta
    • Berita PENIPUAN industri kereta
    • Cik EH-LI (Penghuni kedai kami)
    • @cilisos
    • GAME kereta
  • Kategori Kereta
  • Promosi
  • Subscribe untuk tip kereta

Tips: Kegunaan Button Overdrive

11/10/2017

2 Comments

 
Picture
​Cuba perhatikan pada bahagian tombol gear kenderaan anda. Mesti akan jumpa satu butang kecil pada batang gear tersebut. Lokasi tidak sama pada sesetengah jenis kereta ya. Tapi tahukah anda apa kegunaannya?
.
Kalau anda jumpa, cuba tekan butang tu dan lihat apa yang berlaku pada dashboard kereta automatik anda. Sebaik saja butang kecil tu ditekan, akan menyala lampu isyarat menyatakan seperti ini "O/D Off". Isyarat itu nak bagi tahu yang "Overdrive pada kenderaan anda dalam keadaan off". Ini bermaksud, selama ini kenderaan anda sentiasa dalam keadaan overdrive secara biasanya.
.
APA KEGUNAAN SEBENARNYA?
Mungkin anda sendiri tak pernah guna butang overdrive ini. Ya lah! macam mana nak guna kalau tak tahu apa funsi butang tu ada kat situ.
Sebenarnya kenderaan automatik anda punya beberapa peringkat gear macam kenderaan manual juga. Bezanya ia bergerak dari 1 hingga 5 secara automatik. Jadi bila butang overdrive itu tidak ditekan, gear akan berubah dari 1 naik ke 2 dan menigkat satu persatu menurut turutan biasa dan akhir sekali gear 5 atau 6.
.
Bila berada di gear 5 atau 6, kereta anda boleh pergi laju tapi tidak boleh enjut power macam keadaan kenderaan anda dalam gear 1, 2 atau 3. Bila anda tekan butang overdrive, kenderaan automatik anda tak akan naik ke gear paling tinggi. Jadi kereta akan jadi power sentiasa sebab berada pada gear rendah. Kalau biar macam tu lama-lama, mahu panas gearbox. Lagipun gear anda akan cepat haus kalau sentiasa dalam keadaan gear rendah.
.
BILA NAK GUNA BUTANG OVERDRIVE?
Sudah tentu ada sebab kenapa butang tu dibuat pada kenderaan automatik. Anda perlu pakai butang overdrive bila kereta tak cukup power nak angkat barang misalnya. Contohnya jika anda nak tarik satu lagi kenderaan kawan kat belakang yang breakdown. Boleh tekan butang overdrive supaya mudah tarik. Ataupun jika anda nak panjat genting highland yang tinggi, kereta anda macam tak boleh nak naik terenjut-enjut dan tukar gear tak henti-henti. Tekan saja butang overdrive dan dia akan berdesup power lelaju panjat bukit tu. hehe..
2 Comments
Zack
11/13/2017 08:46:22 am

Saya pengguna Unser..kereta saya bergear auto..sepatutnya button overdrive tu kalo kita off dia akan tukar ke gear rendah dan power bertambah bila memotong sesebuah kenderaan...tp berlainan dgn Unser saya...bila off kan OD dia akan bertukar tp x berapa power melainkan saya on semula OD otomatik Unser saya akan memecut...adakah ini normal?

Reply
Eddie
11/14/2017 11:16:46 pm

Setiap model kereta direka tidak sama.
OD bila digunakan akan meningkatkan daya pecut kereta tersebut.

Reply



Leave a Reply.

    Author

    33 tahun dalam perniagaan jual beli kereta terpakai. Objektif blog ialah memberi ilmu tentang industri kereta di Malaysia kepada orang ramai.

    View my profile on LinkedIn

    Archives

    May 2020
    December 2019
    November 2019
    October 2019
    September 2019
    August 2019
    July 2019
    April 2018
    March 2018
    February 2018
    January 2018
    December 2017
    November 2017
    October 2017
    September 2017
    August 2017

    Categories

    All
    Berita
    Sesi Kopi
    Tips

    RSS Feed

Picture
EH Motor Credit Sdn Bhd 
(HQ)
Lot 3, tbg 646, Pandamaran, Port Klang 42000, Selangor, Malaysia.
Email: 
sales@ehmotorcredit.com

Tel:03 3167 0085, 03 3167 1066
(Depan balai polis pandamaran)
(Di GPS Google map/WAZE sila taip "EH Motor")


Picture
Picture
Picture
Dasar Privasi
Iklan Dengan Kami
Hubungi Kami
Copyright © ​ 2019  I  EH Motor Credit Sdn. Bhd.
  • HOME
  • Broker Program
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Testimoni
  • Sumber
    • Eddie-soh Blog kereta
    • Berita PENIPUAN industri kereta
    • Cik EH-LI (Penghuni kedai kami)
    • @cilisos
    • GAME kereta
  • Kategori Kereta
  • Promosi
  • Subscribe untuk tip kereta