Sesi mengopi TANPA beli kopi #765 (Tuan/puan boleh tanya sebarang soalan berkaitan industri kereta terus ke FB Messenger saya) SOALAN: Hi Mr.Eddie..boleh sy tanya? Sy ada beli kereta Perodua Kancil 850 (manual) tahun 2004 secondhand.Selepas sebulan sy pakai,timbul masalah bila sy On AC.Kereta akan mati terus bila On AC.Apakah masalah sebenar kereta tersebut dan berapakah harga untuk service masalah tersebut? JAWAPAN: Sepatutnya apabila dibuka aircon, rpm kereta akan naik sedikit daripada kebiasaan. Ini bertujuan untuk mengawal enjin daripada turun secara mendadak dan FICD (fast idling control device) menjalankan tugas untuk mengawal rpm enjin ketika ini. Ada sesetengah pemilik kereta yang mengalami masalah iaitu bila dibuka aircon rpm turun sehingga bergegar kereta dan dalam kes yang teruk boleh menyebabkan kereta terus mati enjin. Solusi untuk mengatasi masalah ini, anda boleh menambah FICD. Kosnya tidak begitu mahal. Mungkin dalam lingkungan RM200 termasuk alat ganti tersebut. Eddie Soh EH Motor (ditubuh 1985) Blacklist, CCRIS, Full loan untuk beli kereta #EHMotor #Sesimengopitanpabelikopi |
0 Comments
Leave a Reply. |
Author33 tahun dalam perniagaan jual beli kereta terpakai. Objektif blog ialah memberi ilmu tentang industri kereta di Malaysia kepada orang ramai. Archives
May 2020
Categories |