Sesi mengopi TANPA beli kopi #763 (Tuan/puan boleh tanya sebarang soalan berkaitan industri kereta terus ke FB Messenger saya) SOALAN: Hi bos...hyundai sonata..ape pandangan bos. JAWAPAN: Hyundai Sonata (Korean: 현대 쏘나타) adalah kenderaan sederhana besar yang dibina oleh syarikat kereta berasal dari Korea Selatan sejak 1985. Sudah ada 8 generasi kenderaan ini. Generasi pertama 1985-1988 Generasi kedua 1988 - 1993 Generasi ke tiga 1993 - 1998 Generasi ke empat 1998 - 2004 Generasi ke lima 2005 - 2009 Generasi ke enam 2010 - 2014 Generasi ke tujuh 2015 - 2019 Generasi ke Lapan 2020 - Hyundai Sonata tidak sebegitu tahan lasak seperti kereta Jepun. Banyak isu isu kecil yang muncul. Ada model yang bermasalah air con. Ada pula yang bermasalah pada getahnya. Kegunaan minyak lebih tinggi daripada kereta Jepun juga. Ada yang perasan bahawa Sonata berenjin 2.0 akan mengaum enjinnya kereta tidak cukup kuasa. Selain itu, harga jual baliknya agak rendah. Jika anda membeli kereta ini, elok dibeli alat gantinya dari kawasan Jalan Ipoh jika tidak kos di lain tempat agak tinggi. Eddie Soh EH Motor (ditubuh 1985) Blacklist, CCRIS, Full loan untuk beli kereta #EHMotor #Sesimengopitanpabelikopi |
0 Comments
Leave a Reply. |
Author33 tahun dalam perniagaan jual beli kereta terpakai. Objektif blog ialah memberi ilmu tentang industri kereta di Malaysia kepada orang ramai. Archives
May 2020
Categories |