Sesi mengopi TANPA beli kopi #760 (Tuan/puan boleh tanya sebarang soalan berkaitan industri kereta terus ke FB Messenger saya) SOALAN: Salam Mr Eddie, Saya ingat nak beli VW Passat tahun 2014.. Katanya model 2014 ke atas kurang masalah DSG gearbox.. Betul ke? Ada apa2 lagi ke yang perlu consider sebelum beli Passat ni? Thanks JAWAPAN: Reputasi VW memang agak buruk sementara ini. Walaupun dikhabarkan isu dengan gearbox DSG 7 sudah diselesaikan, ramai masih was-was tentang jenama sementara ini. Saya juga ada kawan yang menghadapi banyak isu dengan VW Golfnya yang dibeli baru di Malaysia. Tidak pasti kriteria tuan untuk membeli kereta. Kereta kontinental seperti VW agak tinggi penyengeraan keretanya kerana jumlah bahan elektronik yang banyak di dalam kereta. Kereta sebegini tidak boleh dibaiki oleh sebarangan mekanik bawah pokok. Hanya yang pakar kereta VW sahaja yang tahu cara membaikinya. Ini bermakna kosnya akan tinggi kerana bukan ramai yang tahu cara pembaikiannya. Eddie Soh EH Motor (ditubuh 1985) Blacklist, CCRIS, Full loan untuk beli kereta #EHMotor #Sesimengopitanpabelikopi |
0 Comments
Leave a Reply. |
Author33 tahun dalam perniagaan jual beli kereta terpakai. Objektif blog ialah memberi ilmu tentang industri kereta di Malaysia kepada orang ramai. Archives
May 2020
Categories |