Sesi mengopi TANPA beli kopi #817 (Tuan/puan boleh tanya sebarang soalan berkaitan industri kereta terus ke FB Messenger saya) SOALAN: Sy ada akpk.. Is it possible to apply for full loan to get a new car? JAWAPAN: Pelanggan yang ada AKPK telah mempunyai rekod CTOS di bank negara. Sebelum pihak bank membuat analisis samada seorang pelanggan layak meminjam wang untuk membeli kereta, mereka akan memeriksa rekod CTOS dan CCRIS samada rekod seseorang tersebut bersih. Oleh itu, tuan tidak layak untuk membuat pinjaman di bank. Selain bank, ada juga kemudahan pinjaman daripada syarikat kredit yang meminjam kepada pelanggan yang ada rekod tidak begitu memberangsangkan di CTOS dan CCRIS. Syarikat kredit begini bukan kedai 'Ah Long' mala mereka didaftarkan di bank negara. Bunganya yang dikenakan ialah 10% setahun. Kriteria yang mereka perlukan ialah syarikat kredit hanya memberi pinjaman 70% dari harga pasaran kenderaan tersebut. Oleh itu, wang pendahulukan yang agak tinggi diperlukan. Selain itu, wang yang dipinjam untuk membeli kereta ada hadnya. Mereka hanya meminjam sehingga RM20k sahaja. Eddie Soh EH Motor (ditubuh 1985) Blacklist, CCRIS, Full loan untuk beli kereta #EHMotor #Sesimengopitanpabelikopi |
0 Comments
Leave a Reply. |
Author33 tahun dalam perniagaan jual beli kereta terpakai. Objektif blog ialah memberi ilmu tentang industri kereta di Malaysia kepada orang ramai. Archives
May 2020
Categories |