EH Motor Credit
  • HOME
  • Broker Program
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Testimoni
  • Sumber
    • Eddie-soh Blog kereta
    • Berita PENIPUAN industri kereta
    • Cik EH-LI (Penghuni kedai kami)
    • @cilisos
    • GAME kereta
  • Kategori Kereta
  • Promosi
  • Subscribe untuk tip kereta

Sesi mengopi TANPA beli kopi #816

10/21/2019

0 Comments

 
Picture
Sesi mengopi TANPA beli kopi #816
(Tuan/puan boleh tanya sebarang soalan berkaitan industri kereta terus ke FB Messenger saya)

SOALAN:

Hello sir.. nk tanya pendapat Proton Putra masih berbaloi pakai x untuk tahun 2019 / 2020..service dan maintenance adakah mahal?.. tq mr Eddie

JAWAPAN:

Proton Putra ialah sebuah automobil coupé yang dikeluarkan oleh syarikat automobil Proton. Pengeluaran Putra bermula daripada tahun 1995 untuk model pertama dan berakhir pada tahun 2000, tetapi dikeluarkan semula dalam bilangan terhad pada tahun 2004-2005 di luar Malaysia.

Berdasar kepada kereta Mitsubishi Mirage Asti Lancer generasi ke empat, Proton Putra adalah kenderaan coupe 2 pintu dengan rekaan bahagian depan yang mirip Proton Wira dan generasi pertama Proton Satria. Belakangnya pula adalah rekaan baru yang berdasarkan kereta generasi pertama Proton Satria dan generasi ke empat Mitsubishi Lancer.

Proton Putra meyerupai kenderaan Mitsubishi Lancer generasi ke 4 yang dibina pada 1992 - 1995 dari segi penampilan dan enjinnya. Kenderaan ini mempunyai lampu depan yang boleh digunakan juga dalam kereta model Lancer. Akan tetapi, Proton Putra dilengkapkan dengan enjin Mitsubishi DOHC 4G93 dan juga mempunyai bumper dan fender yang tidak serupa dengan Mitsubishi Lancer.

Memandangkan kenderaan ini sudah hampir 20 tahun usianya, maka lebih banyak alat ganti yang sudah sampai tahapnya. Alat ganti juga sudah berkurangan dipasaran. Enjinnya agak tahan lasak juga dan Proton Putra jarang memberikan masalah walaupun enjinnya bercc 1.8.

Yang menjadikan isu kepada pemilik ialah kerisauan kenderaan ini akan dicuri sahaja. Oleh kerana kenderaan ini di kategori sport dan juga tidak banyak unit kenderaan dijual di pasaran ketika kereta mula dilancarkan, Proton Putra adalah sasaran utama para pencuri-pencuri kereta di Malaysia. 🚔🚔🚔

Eddie Soh
EH Motor (ditubuh 1985)
Blacklist, CCRIS, Full loan untuk beli kereta

#EHMotor
#Sesimengopitanpabelikopi
0 Comments



Leave a Reply.

    Author

    33 tahun dalam perniagaan jual beli kereta terpakai. Objektif blog ialah memberi ilmu tentang industri kereta di Malaysia kepada orang ramai.

    View my profile on LinkedIn

    Archives

    May 2020
    December 2019
    November 2019
    October 2019
    September 2019
    August 2019
    July 2019
    April 2018
    March 2018
    February 2018
    January 2018
    December 2017
    November 2017
    October 2017
    September 2017
    August 2017

    Categories

    All
    Berita
    Sesi Kopi
    Tips

    RSS Feed

Picture
EH Motor Credit Sdn Bhd 
(HQ)
Lot 3, tbg 646, Pandamaran, Port Klang 42000, Selangor, Malaysia.
Email: 
sales@ehmotorcredit.com

Tel:03 3167 0085, 03 3167 1066
(Depan balai polis pandamaran)
(Di GPS Google map/WAZE sila taip "EH Motor")


Picture
Picture
Picture
Dasar Privasi
Iklan Dengan Kami
Hubungi Kami
Copyright © ​ 2019  I  EH Motor Credit Sdn. Bhd.
  • HOME
  • Broker Program
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Testimoni
  • Sumber
    • Eddie-soh Blog kereta
    • Berita PENIPUAN industri kereta
    • Cik EH-LI (Penghuni kedai kami)
    • @cilisos
    • GAME kereta
  • Kategori Kereta
  • Promosi
  • Subscribe untuk tip kereta