EH Motor Credit
  • HOME
  • Broker Program
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Testimoni
  • Sumber
    • Eddie-soh Blog kereta
    • Berita PENIPUAN industri kereta
    • Cik EH-LI (Penghuni kedai kami)
    • @cilisos
    • GAME kereta
  • Kategori Kereta
  • Promosi
  • Subscribe untuk tip kereta

Sesi mengopi TANPA beli kopi #837

5/4/2020

0 Comments

 
Picture
Sesi mengopi TANPA beli kopi #837
(Tuan/puan boleh tanya sebarang soalan berkaitan industri kereta terus ke FB Messenger saya)

SOALAN:

tuan saga 2020 Dan bezza 2020 Yg mana berbaloi untuk Bawa family and buat grab

JAWAPAN:

Saga vs Bezza

Dari segi reka bentuk luaran, Bezza dilihat menonjolkan penampilan `cool' dan lembut dengan reka bentuk bahagian depan yang kontemporari. Ia terutama lampu utama halogen reflektor berkembar yang dilengkapi kemasan krom, menjadikannya seakan kereta mewah.

Reka bentuk bahagian sisi juga agak menarik dan sedap mata memandang. Cuma reka bentuk bahagian belakang yang agak tinggi, menerima banyak `komen' daripada orang ramai.

Berbeza dengan Bezza, reka bentuk luaran Saga pula dikatakan menonjolkan penampilan yang lebih sasa. Ia terutama menerusi pemandangan dari belakang, yang juga antara bahagian menampilkan rekaan terbaik Saga.

Reka bentuk bahagian sisi dan depan Saga juga agak menarik kerana ia diberikan pembaharuan sepenuhnya berbanding model sebelumnya.

Dari segi saiz, Saga yang berukuran panjang 4,331 mm dan lebar 1,689 mm, mengatasi sedikit Bezza (panjang 4,150 mm dan lebar 1,620 mm). Begitu juga jarak roda Saga (2,465 mm) lebih 10 mm berbanding Bezza (2,455mm).

Namun dari segi ketinggian, Bezza (1,510 mm) lebih tinggi daripada Saga (1,491 mm). Bezza (508 liter) juga memiliki kelebihan ketara dari segi ruang but berbanding Saga (420 liter).

Melangkah masuk ke dalam kabin, Bezza menawarkan ruang selesa untuk mereka yang bersaiz normal. Papan pemuka kelihatan kemas dan bersifat mesra pengguna, tempat duduk dibaluti kulit berwarna hitam, begitu juga stereng serta tombol gear yang turut dibaluti kulit. Seperti juga model Axia, stereng Bezza tidak boleh dilaras.

Saga juga menawarkan ruang kabin yang memadai untuk pemandu dan penumpang yang bersaiz normal. Ia dilengkapi papan pemuka baharu yang sepadan untuk sebuah sedan, manakala tempat duduk dibaluti fabrik deluxe, selain stereng boleh dilaras mengikut kesesuaian pemandu.

Dari segi prestasi, Bezza yang dikuasakan enjin 1.3L Dwi VVT-I, mampu menghambur output maksimum, 70kw/6,000rpm, tork maksimum 121nm/4,000rpm serta kadar penggunaan bahan api 22 km/l (dengan sistem Eco Idle atau sistem henti melahu).

Model ini juga adalah Kenderaan Jimat Tenaga (EEV) dan kereta pertama keluaran Malaysia yang menampilkan auto start-stop.

Saga yang dikuasakan enjin 1.3L VVT, memberikan output maksimum 70kw/5,750rpm, tork maksimum 120nm/4,000rpm. Model ini yang dilengkapi bantuan pemanduan eko, mempunyai kadar penggunaan bahan api 5.6 (L/100km).

Kedua-dua model juga dilengkapi ciri keselamatan terkini termasuk dua beg udara, sistem brek ABS dengan EBD dan BA, Kawalan Kestabilan Kenderaan (VSC), Bantuan Mula Mendaki serta cagak Isofix.

Ciri terkini lain yang ditawarkan oleh kedua-dua model ini ialah kamera undur yang mana Bezza dipasang pada skrin multimedia 16 inci manakala Saga diletak pada cermin undur.

Bezza juga didatangkan dengan sistem kemasukan pintar bersama kunci pintar serta butang penghidup enjin.

Saga mendapat pengiktirafan Asean NCAP 4-bintang manakala Bezza menerima pengiktirafan Asean NCAP 5-bintang.

Bezza Advance 1.3L (Automatik) dijual pada harga atas jalan RM50,800 manakala Saga 1.3L Premium CVT (Automatik) berharga RM45,800, dengan masing-masing menawarkan jaminan lima tahun.

Bagi kemahuan tuan iaitu kereta keluarga serta untuk dibuat kenderaan grab, Bezza mungkin lebih sesuai kerana ia lebih menjimatkan minyak dan ruang dalaman kereta yang lebih luas.

Eddie Soh
EH Motor (ditubuh 1985)
Blacklist, CCRIS, Full loan untuk beli kereta

#EHMotor
#Sesimengopitanpabelikopi
0 Comments



Leave a Reply.

    Author

    33 tahun dalam perniagaan jual beli kereta terpakai. Objektif blog ialah memberi ilmu tentang industri kereta di Malaysia kepada orang ramai.

    View my profile on LinkedIn

    Archives

    May 2020
    December 2019
    November 2019
    October 2019
    September 2019
    August 2019
    July 2019
    April 2018
    March 2018
    February 2018
    January 2018
    December 2017
    November 2017
    October 2017
    September 2017
    August 2017

    Categories

    All
    Berita
    Sesi Kopi
    Tips

    RSS Feed

Picture
EH Motor Credit Sdn Bhd 
(HQ)
Lot 3, tbg 646, Pandamaran, Port Klang 42000, Selangor, Malaysia.
Email: 
sales@ehmotorcredit.com

Tel:03 3167 0085, 03 3167 1066
(Depan balai polis pandamaran)
(Di GPS Google map/WAZE sila taip "EH Motor")


Picture
Picture
Picture
Dasar Privasi
Iklan Dengan Kami
Hubungi Kami
Copyright © ​ 2019  I  EH Motor Credit Sdn. Bhd.
  • HOME
  • Broker Program
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Testimoni
  • Sumber
    • Eddie-soh Blog kereta
    • Berita PENIPUAN industri kereta
    • Cik EH-LI (Penghuni kedai kami)
    • @cilisos
    • GAME kereta
  • Kategori Kereta
  • Promosi
  • Subscribe untuk tip kereta