EH Motor Credit
  • HOME
  • Broker Program
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Testimoni
  • Sumber
    • Eddie-soh Blog kereta
    • Berita PENIPUAN industri kereta
    • Cik EH-LI (Penghuni kedai kami)
    • @cilisos
    • GAME kereta
  • Kategori Kereta
  • Promosi
  • Subscribe untuk tip kereta

Sesi mengopi TANPA beli kopi #403

2/2/2018

0 Comments

 
Picture
Sesi mengopi TANPA beli kopi #403
(Tuan/puan boleh tanya sebarang soalan berkaitan industri kereta terus ke FB Messenger saya)

SOALAN:

Selamat pagi encik Eddie. Hi. Saya ingin bertanya, begini. Bapa saya membeli kereta di Pahang menggunakan nama adiknya. Kini bapa saya ingin menukar nama geran kereta itu atas nama saya setelah saya bekerja selama 3 bulan. Persoalannya, bagaimana cara menukar geran kereta tersebut? Layakkah gaji saya yang tidak sampai dua ribu untuk mengambil kereta ertiga? Maksud saya boleh tukar ke? Dan jika saya tidak mahu memiliki kereta itu, masih bolehkah untuk memulangkannya kembali tanpa menukar nama saya? Kereta itu dibeli di pahang, adakah segala proses perlu dibuat di negeri itu atau dimana-mana saja boleh?

JAWAPAN:

SENARIO 1:
Jika dibeli secara tunai, maka tiada masalah untuk ditukarkan nama kepada nama tuan. Pertukaran nama secara tunai hanya perlu buat pemeriksaan kereta di Puspakom dan thumb print memilik lama dan baru di JPJ.

SENARIO 2:
Jika kereta ini dibeli secara pinjaman. Pertukaran nama hanya boleh dibuat jika tuan mengambil pinjamam baru untuk membeli kereta ini.

Persoalan samada gaji tuan layak untuk membeli kereta ini tidak wujud kerana kelayakkan kelulusan pinjaman hanya menjadi faktor sekiranya tuan bekerja lebih dari 1 tahun. Di kes tuan, kerja 3 bulan tidak layak untuk meminjam melainkan ayah tuan jadi penjamin tuan. Ayah juga perlu bekerja dan gaji perlu mencukupi untuk menampung pinjaman tersebut.

Soal pemulangan kereta, jika tidak mampu menampung kereta ini, memang boleh. Tuan perlu kembalikan kereta kepada pihak bank untuk dilelongkan kereta. Nama adik akan di senarai hitamkan sehingga hutang dengan bank dilangsaikan.

Urusan boleh dijalankan di mana-mana dan tidak semestinya di negeri Pahang.

Eddie Soh
EH Motor (ditubuh 1985)
Blacklist, CCRIS, Full loan untuk beli kereta

#EHMotor
#Sesimengopitanpabelikopi
0 Comments



Leave a Reply.

    Author

    33 tahun dalam perniagaan jual beli kereta terpakai. Objektif blog ialah memberi ilmu tentang industri kereta di Malaysia kepada orang ramai.

    View my profile on LinkedIn

    Archives

    May 2020
    December 2019
    November 2019
    October 2019
    September 2019
    August 2019
    July 2019
    April 2018
    March 2018
    February 2018
    January 2018
    December 2017
    November 2017
    October 2017
    September 2017
    August 2017

    Categories

    All
    Berita
    Sesi Kopi
    Tips

    RSS Feed

Picture
EH Motor Credit Sdn Bhd 
(HQ)
Lot 3, tbg 646, Pandamaran, Port Klang 42000, Selangor, Malaysia.
Email: 
sales@ehmotorcredit.com

Tel:03 3167 0085, 03 3167 1066
(Depan balai polis pandamaran)
(Di GPS Google map/WAZE sila taip "EH Motor")


Picture
Picture
Picture
Dasar Privasi
Iklan Dengan Kami
Hubungi Kami
Copyright © ​ 2019  I  EH Motor Credit Sdn. Bhd.
  • HOME
  • Broker Program
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Testimoni
  • Sumber
    • Eddie-soh Blog kereta
    • Berita PENIPUAN industri kereta
    • Cik EH-LI (Penghuni kedai kami)
    • @cilisos
    • GAME kereta
  • Kategori Kereta
  • Promosi
  • Subscribe untuk tip kereta