EH Motor Credit
  • HOME
  • Broker Program
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Testimoni
  • Sumber
    • Eddie-soh Blog kereta
    • Berita PENIPUAN industri kereta
    • Cik EH-LI (Penghuni kedai kami)
    • @cilisos
    • GAME kereta
  • Kategori Kereta
  • Promosi
  • Subscribe untuk tip kereta

Sesi mengopi TANPA beli kopi #405

2/2/2018

0 Comments

 
Picture
Sesi mengopi TANPA beli kopi #405
(Tuan/puan boleh tanya sebarang soalan berkaitan industri kereta terus ke FB Messenger saya)

SOALAN:

hai tuan eddie..

tumpang bertnya.. saya berhasrat nk membeli kereta alza 2nd hand tahun 2010... 
ada perkara yg saya perlu tahu sebelum membeli dan ada permasalahan kereta alza utk tahun 2010.. tq 😊

JAWAPAN:

Pandangan secara kasar, biarkan bertubuh kecil tetapi panjang sedikit daripada Myvi, sebenarnya Alza memang mudah untuk dikendalikan.

Alza tiada masalah untuk dipacu laju dan mudah mencapai kelajuan sehingga 140km/j. Tetapi jika kelajuan lebih daripada itu, ia memang agak kurang praktikal dan terasa gegaran seperti kurang stabil. Mungkin kerana saiznya yang molek dan panjang sedikit membuatkan ia seakan ringan dan mudah melambung. Jadi secara teorinya, jelas Alza lebih sesuai untuk pemanduan yang santai sahaja.

Untuk memotong kenderaan lain, ia juga tidak mendatangkan masalah. Malah ia juga mudah untuk mencelah-celah di antara kenderaan lain kerana saiznya itu. Namun jika melalui jalan berbukit, rasanya anda tidak perlu menggunakan lorong kanan kerana tahap kelajuan Alza seperti sedikit terbatas. Anda perlu menekan lebih pedal pendikit untuk memerah kuasanya dan ketika itu jelas kedengaran ngauman enjinnya meresap ke dalam kabin.

Berkenaan dengan transmisi auto, ia masih terasa lancar biar pun hanya empat kelajuan. Ketika gear satu dan dua masuk secara automatik, terasa sedikit sentakan. Namun bila gear memuncak ke tiga dan empat, tidak terasa pertukarannya.

Mengenai pengendaliannya pula, sedikit berat di dalam kawalan roda sterengnya. Walau pun menggunakan stereng berkuasa, namun perlu ‘sedikit gigih’ memutarnya terutama jika mahu membuat pusingan U atau pun mahu memasuki petak parkir. Tetapi ia tidaklah sampai menjejaskan keseronokan mengendalikan Alza ini.

Tiada banyak isu dengan Perodua Alza. Di pasaran kerera terpakai, permintaan Perodua Alza sangat tinggi dan jauh lebih tinggi daripada pesaing Proton Exora.

Eddie Soh
EH Motor (ditubuh 1985)
Blacklist, CCRIS, Full loan untuk beli kereta

#EHMotor
#Sesimengopitanpabelikopi


0 Comments



Leave a Reply.

    Author

    33 tahun dalam perniagaan jual beli kereta terpakai. Objektif blog ialah memberi ilmu tentang industri kereta di Malaysia kepada orang ramai.

    View my profile on LinkedIn

    Archives

    May 2020
    December 2019
    November 2019
    October 2019
    September 2019
    August 2019
    July 2019
    April 2018
    March 2018
    February 2018
    January 2018
    December 2017
    November 2017
    October 2017
    September 2017
    August 2017

    Categories

    All
    Berita
    Sesi Kopi
    Tips

    RSS Feed

Picture
EH Motor Credit Sdn Bhd 
(HQ)
Lot 3, tbg 646, Pandamaran, Port Klang 42000, Selangor, Malaysia.
Email: 
sales@ehmotorcredit.com

Tel:03 3167 0085, 03 3167 1066
(Depan balai polis pandamaran)
(Di GPS Google map/WAZE sila taip "EH Motor")


Picture
Picture
Picture
Dasar Privasi
Iklan Dengan Kami
Hubungi Kami
Copyright © ​ 2019  I  EH Motor Credit Sdn. Bhd.
  • HOME
  • Broker Program
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Testimoni
  • Sumber
    • Eddie-soh Blog kereta
    • Berita PENIPUAN industri kereta
    • Cik EH-LI (Penghuni kedai kami)
    • @cilisos
    • GAME kereta
  • Kategori Kereta
  • Promosi
  • Subscribe untuk tip kereta