Sesi mengopi TANPA beli kopi #787 (Tuan/puan boleh tanya sebarang soalan berkaitan industri kereta terus ke FB Messenger saya) SOALAN: Salam sejahtera.. Mr Eddie..kereta terpakai diantara honda city 2013 dan accord(A) 2010 yg mana tak memberi byk masalah.. dari segi penjagaan dan kelasakan kerana saya hanya tau start dan jalan sahaja.. tak tau tentang enjin.. terima kasih. JAWAPAN: Honda City dan Honda Accord adalah dalam segmen kereta sedan berlainan. Honda Accord adalah di segmen lebih mahal dan spek lebih tinggi. Enjin 2.0 Honda Accord lebih berkuasa daripada cc 1. 5 Honda City. Ruang dan saiz kereta Honda Accord lebih besar daripada Honda City. Kelesaaan dan handling kereta juga berpihak kepada Honda Accord. Dari segi kelasakan dan penjagaan kereta, Honda City lebih senang dan murah. Eddie Soh EH Motor (ditubuh 1985) Blacklist, CCRIS, Full loan untuk beli kereta #EHMotor #Sesimengopitanpabelikopi |
0 Comments
Leave a Reply. |
Author33 tahun dalam perniagaan jual beli kereta terpakai. Objektif blog ialah memberi ilmu tentang industri kereta di Malaysia kepada orang ramai. Archives
May 2020
Categories |