'Elak guna orang tengah'
Oleh Ziauddin Sharuddin
[email protected]
SEREMBAN: Tidak perlu penyata gaji dan penjamin untuk dapat pinjaman menyebabkan 78 kes penipuan dengan kerugian kira-kira RM422,420 berlaku di negeri ini sepanjang tempoh tujuh bulan pertama tahun ini.
Tawaran mencairkan hati mangsa itu dibuat melalui laman sosial Facebook, Instagram dan WhatsApp, manakala urusan peminjaman juga dilakukan melalui media sosial itu dan talian telefon.
Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Noor Azam Jamaludin, berkata sindiket terbabit juga menggunakan modus operandi mengedarkan risalah dan kad nama dalam peti pos rumah dan pada cermin kereta.
Katanya, pemohon kemudian dimaklumkan permohonan mereka berjaya walaupun tidak disokong dengan sebarang dokumen dan diminta memasukkan sejumlah wang ke dalam akaun tertentu sebagai yuran memproses pinjaman.
"Selepas wang dimasukkan, nombor telefon anggota sindiket itu tidak lagi dapat dihubungi," katanya dalam kenyataan media di Facebook Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan.
Sementara itu, katanya, polis juga mengesan kaedah penipuan di kawasan Nilai, membabitkan kes mengurangkan bayaran saman.
Noor Azam berkata, mangsa yang melayari Facebook, tertarik dengan tawaran menguruskan saman oleh seorang pemilik akaun bernama Mohd Shin dan kemudian menelefonnya untuk mengurangkan saman Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
Katanya, mangsa memasukkan wang RM300 ke dalam satu akaun untuk membayar saman dan kemudian memasukkan sejumlah lagi wang ke dalam akaun sama yang dikatakan untuk urusan di mahkamah.
Beliau berkata, mangsa hanya menyedari ditipu apabila tidak dapat menghubungi suspek selepas memindahkan wang terbabit.
Berikutan itu, Noor Azam menasihatkan orang ramai supaya berwaspada apabila berurusan dengan mana-mana pihak yang mendakwa mengendalikan pinjaman atau menguruskan saman agensi kerajaan, termasuk mendapatkan diskaun.
"Elakkan menggunakan orang tengah. Urus sendiri dengan institusi kewangan atau bayar sendiri saman JPJ atau polis untuk mengelak daripada menjadi mangsa penipuan," katanya.
Sumber