EH Motor Credit
  • HOME
  • Broker Program
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Testimoni
  • Sumber
    • Eddie-soh Blog kereta
    • Berita PENIPUAN industri kereta
    • Cik EH-LI (Penghuni kedai kami)
    • @cilisos
    • GAME kereta
  • Kategori Kereta
  • Promosi
  • Subscribe untuk tip kereta

Sesi mengopi TANPA beli kopi #452

4/9/2018

0 Comments

 
Picture
Sesi mengopi TANPA beli kopi #452
(Tuan/puan boleh tanya sebarang soalan berkaitan industri kereta terus ke FB Messenger saya)

SOALAN:

hye tuan..saya mau tanya.. perbandingan kereta mpv terpakai yang terbaik antara exora,alza dan grand lavina... 1)lebih kepada kos pnyelengaraan dan instalment 2) perfomance p/s btw sya minat grand lavina tp risaukan kos mentenen dan instalmnt

JAWAPAN:

Jika ingin membuat perbandingan antara kereta, elok juga di senaraikan kehendak yang diingini dalam sesebuah kereta. Setiap kereta ada kebaikkan tersendiri dan tiada yang dapat memuaskan semua kehendak pembeli. Tidak dapat ada kehendak kereta yang muat 7 dewasa dengan selesa serta mempunyai kadar penggunaan minyak yang jimat seperti kereta sedan.

Proton Exora

Saiz dalaman paling besar antara Alza dan Livina. Antara ketiga-tiga model ini juga Exora adalah MPV yang paling senang masuk ke tempat duduk baris ke tiga. Proton Exora juga kereta yang ada ciri-ciri keselamatan ESC. Jika tuan utamakan keselamatan MPV, Exora ialah pilihannya.

Kegunaan minyak untuk Exora tidak murah. Anggaran 8-9 km/liter. Servis dan kos penyengelaraan Proton juga tidak murah.

Perodua Alza

Perodua Alza adalah pilihan untuk yang inginkan sedikit kejimatan dan tidak mengisahkan pengorbanan sedikit ruang dalaman. Tempat duduk baris ketiga sesuai untuk perjalanan yang dekat dan saiz kereta yang kecil ini bagus untuk parkin serta pemanduan dalam bandar. Kereta Perodua selalunya lebih murah diservis. Penggunaan minyak hampir serupa dengan Myvi 1.5

Nissan Livina

Nissan Livina dibeli kereta jenama Jepunnya. Tidak semestinya lebih baik daripada Exora ataupun Alza. Nilai susutnya jatuh paling kurang. Kos servisnya lebih mahal daripada Perodua Alza. Barisan tempat ketiganya paling sukar untuk dimasuki berbanding Alza dan Exora.

Eddie Soh
EH Motor (ditubuh 1985)
Blacklist, CCRIS, Full loan untuk beli kereta

#EHMotor
#Sesimengopitanpabelikopi
0 Comments



Leave a Reply.

    Author

    33 tahun dalam perniagaan jual beli kereta terpakai. Objektif blog ialah memberi ilmu tentang industri kereta di Malaysia kepada orang ramai.

    View my profile on LinkedIn

    Archives

    May 2020
    December 2019
    November 2019
    October 2019
    September 2019
    August 2019
    July 2019
    April 2018
    March 2018
    February 2018
    January 2018
    December 2017
    November 2017
    October 2017
    September 2017
    August 2017

    Categories

    All
    Berita
    Sesi Kopi
    Tips

    RSS Feed

Picture
EH Motor Credit Sdn Bhd 
(HQ)
Lot 3, tbg 646, Pandamaran, Port Klang 42000, Selangor, Malaysia.
Email: 
sales@ehmotorcredit.com

Tel:03 3167 0085, 03 3167 1066
(Depan balai polis pandamaran)
(Di GPS Google map/WAZE sila taip "EH Motor")


Picture
Picture
Picture
Dasar Privasi
Iklan Dengan Kami
Hubungi Kami
Copyright © ​ 2019  I  EH Motor Credit Sdn. Bhd.
  • HOME
  • Broker Program
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Testimoni
  • Sumber
    • Eddie-soh Blog kereta
    • Berita PENIPUAN industri kereta
    • Cik EH-LI (Penghuni kedai kami)
    • @cilisos
    • GAME kereta
  • Kategori Kereta
  • Promosi
  • Subscribe untuk tip kereta