Sesi mengopi TANPA beli kopi #451 (Tuan/puan boleh tanya sebarang soalan berkaitan industri kereta terus ke FB Messenger saya) SOALAN: Tuan eddie Sy brcadang nk ambik toyota wish model 2009(second) Selain kne servis mnyk hitam n gearbox..apa lg yg perlu sy servis n tukar selepas beli kereta tu Dan anggran brape kos untuk servis n tukar apa yg patut tu JAWAPAN: Salah satu sebab kereta Toyota Wish popular di Malaysia ialah rekaan enjinnya yang tidak rumit, maka kereta ini boleh diservis di mana-mana kedai foreman. Ini adalah anggaran servis biasa untuk Toyota Wish. LIQUI MOLY TOP TEC 4100 5W-50 4 LITER RM 236 OIL FILTER TOYOTA WISH RM 45 CVT FLUID RM200 WINDSCREEN CLEANER 32ML RM 10 GENERAL SERVICE RM45 TOTAL RM 536 GST 6 % RM 32.16 RM 568.16 Kos-kos ini tidak termasuk part yang rosak akibat wear and tear sebab kereta sudah berusia 9 tahun. Terpulang kepada berapa kerap kereta ini digunakan sebelum ini, part yang mungkin perlu ditukar termasuk mounting, bush, brake pad, tayar, tayar alignment dan sebagainya. Elok diperiksa di kedai foreman selepas kereta ini dibeli untuk memastikan tahap persembahan kereta paling optimum. Eddie Soh EH Motor (ditubuh 1985) Blacklist, CCRIS, Full loan untuk beli kereta #EHMotor #Sesimengopitanpabelikopi |
0 Comments
Leave a Reply. |
Author33 tahun dalam perniagaan jual beli kereta terpakai. Objektif blog ialah memberi ilmu tentang industri kereta di Malaysia kepada orang ramai. Archives
May 2020
Categories |