Sesi mengopi TANPA beli kopi #447 (Tuan/puan boleh tanya sebarang soalan berkaitan industri kereta terus ke FB Messenger saya) SOALAN: Tuan boleh saya tanya soalan... selamat pagi tuan eddie... saya nak minta pandangan.. saya nak beli sebuah kereta habis bayar, bajet bawak 6k siap o.t.r.. saya tertarik dengan hyundai accent tahun 2000 ke atas sebab saya tengok range harganya RM7k kebawah? soalan saya kereta hyundai accent dan elantra tahun 2000 ke atas ini bagus ke? dan pandangan tuan kereta apa yang bagus untuk bajet 6k bagi yang berfamily? JAWAPAN: Kereta Korea seperti Hyundai akan lebih mahal dalam kos pembaikian dan spare part berbanding dengan kereta tempatan. Ini kerana kereta Hyundai Accent dan Sonata teknologinya lebih rumit. Isu dengan kereta bajet 6k ialah walaupun harga kereta murah, cikpuan sediakan bajet dan masa untuk penyengelaraan yang lebih kerap oleh kerana usia kereta yang telah lanjut. Kereta yang bakal didapati samada bermasalah atau tidak bergantung kepada nasib cikpuan. Lebih disarankan untuk beli kereta tempatan seperti Waja atau Gen2. Eddie Soh EH Motor (ditubuh 1985) Blacklist, CCRIS, Full loan untuk beli kereta #EHMotor #Sesimengopitanpabelikopi |
0 Comments
Leave a Reply. |
Author33 tahun dalam perniagaan jual beli kereta terpakai. Objektif blog ialah memberi ilmu tentang industri kereta di Malaysia kepada orang ramai. Archives
May 2020
Categories |