Sesi mengopi TANPA beli kopi #454 (Tuan/puan boleh tanya sebarang soalan berkaitan industri kereta terus ke FB Messenger saya) SOALAN: terima kasih encik eddie. tapi saya ada satu lagi soalan. Kereta yang saya drive time eksiden adalah milik kakak saya. dalam insurans selain nama kakak sya, ada tulis all authorized driver. panel workshop kata saya perlu bayar rm400 kepada workshop kerana saya which is not the car owner yang eksiden. Kalau kakk sya yang eksiden, tak perlu bayar apa2. Kenapa even dah tulis all authorized drivers dalam polisi pun still kena caj? JAWAPAN: Setiap syarikat insuran mempunyai prosedur yang berbeza bila datang kepada bab Excess. Jika cikpuan boleh buktikan pada polisi insuran bahawa ada tercatit All Authorized Driver, maka cik boleh berunding dengan syarikat insuran berkenaan. Keputusan muktamad masih datang dari syarikat insuran samada mereka boleh waive pembayaran Excess kereta. Eddie Soh EH Motor (ditubuh 1985) Blacklist, CCRIS, Full loan untuk beli kereta #EHMotor #Sesimengopitanpabelikopi |
0 Comments
Leave a Reply. |
Author33 tahun dalam perniagaan jual beli kereta terpakai. Objektif blog ialah memberi ilmu tentang industri kereta di Malaysia kepada orang ramai. Archives
May 2020
Categories |