EH Motor Credit
  • HOME
  • Broker Program
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Testimoni
  • Sumber
    • Eddie-soh Blog kereta
    • Berita PENIPUAN industri kereta
    • Cik EH-LI (Penghuni kedai kami)
    • @cilisos
    • GAME kereta
  • Kategori Kereta
  • Promosi
  • Subscribe untuk tip kereta

Sesi mengopi TANPA beli kopi #840

5/5/2020

0 Comments

 
Picture
Sesi mengopi TANPA beli kopi #840
(Tuan/puan boleh tanya sebarang soalan berkaitan industri kereta terus ke FB Messenger saya)

SOALAN:

Minta masa sikit Tuan,
Sy keliru nk beli kereta Toyota Innova x baru atau honda odyssey recon yg mana lbh baik,minta pendapat Tuan..
T ksh

JAWAPAN:

Toyota Innova baru harga lebih kurang 100k+.
Honda Odssey baru harga 200k+

Kedua dua kenderaan adalah dalam kategori MPV dan berbeza pada segmen sahaja.

Honda Odyssey recon pula adalah sebenarnya kereta terpakai yang dibawa masuk dari luar negara.

Dari segi persembahan enjin, keselesaan, handling, kestabilan kereta, penampilan dan ciri-ciri kenderaan, Honda Oddysey memang menang semua kategori di atas.

Adalah lebih sukar bandingkan antara kereta baru dan kereta terpakai.

Kereta baru ada warranti 5 tahun dan mungkin kurang isu dalam selenggara kereta.

Kos selenggara dan alat ganti Honda Odyssey juga akan jauh lebih mahal memandangkan kereta MPV ini dalam kategori lebih mewah. Kereta terpakai juga tertakluk kepada kondisi kenderaan dan tidak 100% bebas kemalangan.

Oleh itu, tuan perlu tentukan kehendakkan sendiri sebelum membuat keputusan.

Eddie Soh
EH Motor (ditubuh 1985)
Blacklist, CCRIS, Full loan untuk beli kereta

#EHMotor
#Sesimengopitanpabelikop
0 Comments

Sesi mengopi TANPA beli kopi #839

5/4/2020

1 Comment

 
Picture
Sesi mengopi TANPA beli kopi #839
(Tuan/puan boleh tanya sebarang soalan berkaitan industri kereta terus ke FB Messenger saya)

SOALAN:

Hi boleh beri pendapat ttg hyundai i40 wagon?

JAWAPAN:

Dilancarkan me pasaran pada akhir tahun 2011, Hyundai i40 hanya diperkenalkan ke negara kita pada tahun 2013. Dalam beberapa pasaran luar negara, Hyundai i40 digunakan untuk menggantikan Hyundai Sonata. Hyundai Sime Darby menjual Hyundai i40 bersama dengan Hyundai Sonata dan tidak diketahui pula bila Sonata akan digantikan.

PERSEMBAHAN ENJIN

Titik penjualan Hyundai i40 adalah kuasa enjinnya lebih bagus daripada kereta Jepun di pasaran dan hanya tumpas kepada kereta turbo cas dari Eropa. Pemanduan di sekitar bandar dan di lebuhraya amat baik. Kadar pemecutan agak lancar dan mantap kecuali throttle responsenya tidak begitu bagus.

PENAMPILAN

Berdasarkan Hyundai Fluidic Sculpture, kenderaan ini memang menawan dan menarik perhatian.

Berukuran 4.7 meter panjang, lebah 1.8 meter. Kenderaan ini memang besar.

CIRI ISTIMEWA

Kalau sudah biasa dengan hand brake biasa, kegunaan telectronik parkin brake mungkin akan sedikit mengelirukan. Akan tetapi sistem brake ini menjimatkan ruang dan lebih mudah dari brake kaki. Kebanyakkan kereta Jepun segmen D datang dengan brake kaki.

Salah satu ciri paling baik adalah sunroof panaromiknya. Bukan sahaja boleh lihat pemandangan indah bandaraya, ia memberi perasaan semacam ruang dalaman yang besar.

ADAKAH IS SESUAI UNTUK ANDA?

Ciri-ciri kenderaan ini lebih menarik berbanding dengan kereta-kereta Jepun dalam segmen yang sama.

Hyundai i40 mempunyai 9 airbag, hill-assist control dan sunroof panaromik.

Akan tetapi, dalam segmen D di Malaysia, kebanyakkan pembeli masih membeli kenderaan Jepun dalam segmen D kerana nilai jual baliknya.

Harga kenderaan Hyundai i40 adalah dalam RM50k+. Kenderaan baru dijual pada harga RM160k 6 tahun lalu.
Hampir kejatuhan harga 60%.

Hanya ada satu runggutan antara pembeli kenderaan ini iaitu kenderaan akan melanggar bongol di bahagian bawah jika membawa muatan penuh.

Kenderaan ini masih lagi baru di pasaran dan warranti 5 tahun kenderaan baru sahaja tamat untuk kenderaan baru. Tidak diketahui lagi isu kenderaan ini selepas 5 tahun.

Daripada sejarah kenderaan Korea, kos selenggara dan alat ganti untuk kenderaan ini tidak akan murah berbanding kereta Jepun.

Eddie Soh
EH Motor (ditubuh 1985)
Blacklist, CCRIS, Full loan untuk beli kereta

#EHMotor
#Sesimengopitanpabelikopi
1 Comment

Sesi mengopi TANPA beli kopi #838

5/4/2020

0 Comments

 
Picture
Sesi mengopi TANPA beli kopi #838
(Tuan/puan boleh tanya sebarang soalan berkaitan industri kereta terus ke FB Messenger saya)

SOALAN:

Selamat petang tuan, nak bertanya saya bercadang untuk membeli mazda 2 sedan 2015 skyactiv. Adakah harga untuk maintenance kereta tersebut lagi mahal dari honda city? Dan sparepart senang didapati atau susah?

JAWAPAN:

Mazda Demio ataupun nama pasarannya Mazda2 adalah kenderaan yang dibina oleh syarikat kenderaan Mazda sejak tahun 1996. Kini sudah ada 4 generasi untuk model ini. Generasi paling baru ialah dari 2014. Generasi ke 3 pula dari tahun 2007 hingga 2014.

Generasi ke 3 Demio memenangi anugerah gelaran 2008 World Car of the Year, manakala generasi ke 4 dikurniakan dengan gelaran 2014–2015 "Japanese Car of the Year".

Di Malaysia, kenderaan Mazda tidak begitu popular berbandingkan dengan kenderaan dalam segmen yang sama iaitu Toyota Vios dan Honda City. Tidak banyak isu dengan kenderaan ini. Kos selenggara dan alat ganti lebih tinggi daripada Honda serta Toyota. Komen yang selalu dibentangkan ialah saiz cabin kereta ini kecil. Kenderaan Mazda selalunya dibeli oleh pemandu yang lebih mengutama penglihatan kereta dan tempat duduk yang lebih berpihak kepada pemandu.
Mazda juga terkenal dengan handling kenderaan tersebut. Nilai jual balik kenderaan ini juga tidak begitu baik berbanding kenderaan Jepun lain.

Eddie Soh
EH Motor (ditubuh 1985)
Blacklist, CCRIS, Full loan untuk beli kereta

#EHMotor
#Sesimengopitanpabelikopi
0 Comments

Sesi mengopi TANPA beli kopi #837

5/4/2020

0 Comments

 
Picture
Sesi mengopi TANPA beli kopi #837
(Tuan/puan boleh tanya sebarang soalan berkaitan industri kereta terus ke FB Messenger saya)

SOALAN:

tuan saga 2020 Dan bezza 2020 Yg mana berbaloi untuk Bawa family and buat grab

JAWAPAN:

Saga vs Bezza

Dari segi reka bentuk luaran, Bezza dilihat menonjolkan penampilan `cool' dan lembut dengan reka bentuk bahagian depan yang kontemporari. Ia terutama lampu utama halogen reflektor berkembar yang dilengkapi kemasan krom, menjadikannya seakan kereta mewah.

Reka bentuk bahagian sisi juga agak menarik dan sedap mata memandang. Cuma reka bentuk bahagian belakang yang agak tinggi, menerima banyak `komen' daripada orang ramai.

Berbeza dengan Bezza, reka bentuk luaran Saga pula dikatakan menonjolkan penampilan yang lebih sasa. Ia terutama menerusi pemandangan dari belakang, yang juga antara bahagian menampilkan rekaan terbaik Saga.

Reka bentuk bahagian sisi dan depan Saga juga agak menarik kerana ia diberikan pembaharuan sepenuhnya berbanding model sebelumnya.

Dari segi saiz, Saga yang berukuran panjang 4,331 mm dan lebar 1,689 mm, mengatasi sedikit Bezza (panjang 4,150 mm dan lebar 1,620 mm). Begitu juga jarak roda Saga (2,465 mm) lebih 10 mm berbanding Bezza (2,455mm).

Namun dari segi ketinggian, Bezza (1,510 mm) lebih tinggi daripada Saga (1,491 mm). Bezza (508 liter) juga memiliki kelebihan ketara dari segi ruang but berbanding Saga (420 liter).

Melangkah masuk ke dalam kabin, Bezza menawarkan ruang selesa untuk mereka yang bersaiz normal. Papan pemuka kelihatan kemas dan bersifat mesra pengguna, tempat duduk dibaluti kulit berwarna hitam, begitu juga stereng serta tombol gear yang turut dibaluti kulit. Seperti juga model Axia, stereng Bezza tidak boleh dilaras.

Saga juga menawarkan ruang kabin yang memadai untuk pemandu dan penumpang yang bersaiz normal. Ia dilengkapi papan pemuka baharu yang sepadan untuk sebuah sedan, manakala tempat duduk dibaluti fabrik deluxe, selain stereng boleh dilaras mengikut kesesuaian pemandu.

Dari segi prestasi, Bezza yang dikuasakan enjin 1.3L Dwi VVT-I, mampu menghambur output maksimum, 70kw/6,000rpm, tork maksimum 121nm/4,000rpm serta kadar penggunaan bahan api 22 km/l (dengan sistem Eco Idle atau sistem henti melahu).

Model ini juga adalah Kenderaan Jimat Tenaga (EEV) dan kereta pertama keluaran Malaysia yang menampilkan auto start-stop.

Saga yang dikuasakan enjin 1.3L VVT, memberikan output maksimum 70kw/5,750rpm, tork maksimum 120nm/4,000rpm. Model ini yang dilengkapi bantuan pemanduan eko, mempunyai kadar penggunaan bahan api 5.6 (L/100km).

Kedua-dua model juga dilengkapi ciri keselamatan terkini termasuk dua beg udara, sistem brek ABS dengan EBD dan BA, Kawalan Kestabilan Kenderaan (VSC), Bantuan Mula Mendaki serta cagak Isofix.

Ciri terkini lain yang ditawarkan oleh kedua-dua model ini ialah kamera undur yang mana Bezza dipasang pada skrin multimedia 16 inci manakala Saga diletak pada cermin undur.

Bezza juga didatangkan dengan sistem kemasukan pintar bersama kunci pintar serta butang penghidup enjin.

Saga mendapat pengiktirafan Asean NCAP 4-bintang manakala Bezza menerima pengiktirafan Asean NCAP 5-bintang.

Bezza Advance 1.3L (Automatik) dijual pada harga atas jalan RM50,800 manakala Saga 1.3L Premium CVT (Automatik) berharga RM45,800, dengan masing-masing menawarkan jaminan lima tahun.

Bagi kemahuan tuan iaitu kereta keluarga serta untuk dibuat kenderaan grab, Bezza mungkin lebih sesuai kerana ia lebih menjimatkan minyak dan ruang dalaman kereta yang lebih luas.

Eddie Soh
EH Motor (ditubuh 1985)
Blacklist, CCRIS, Full loan untuk beli kereta

#EHMotor
#Sesimengopitanpabelikopi
0 Comments

Sesi mengopi TANPA beli kopi #836

5/4/2020

1 Comment

 
Picture
Sesi mengopi TANPA beli kopi #836
(Tuan/puan boleh tanya sebarang soalan berkaitan industri kereta terus ke FB Messenger saya)

SOALAN:

Tuan, nk mintak pndapat sikit, antara hyundai sonata 2.0 tahun 2011@2012 dengan hyundai elantra 1.6 tahun 2014@2015 yang mana lg OK klau second.. N dari segi maintenance kedua2 nya mcmana..

JAWAPAN:

Sukar juga hendak bandingkan antara 2 model dalam segmen berlainan. Hyundai Sonata adalah dalam segmen kereta sedan di atas Hyundai Elantra. Lagi-lagi pun untuk kenderaan yang berlainan tahun.

Walaupun harga kereta terpakai Hyundai Sonata tahun 2011 adalah lebih kurang sama dengan Hyundai Elantra 2014.

Jika dibandingkan dari segi kereta, Hyundai Sonata adalah kereta yang lebih berkuasa dengan cc 2.0 berbanding Hyundai Elantra dengan kuasa cc 1.6. Manakala ruang dalam Hyundai Elantra juga kecil kompak daripada Hyundai Sonata.

Untuk bab selenggara, Hyundai Sonata akan lebih mahal daripada Hyundai Elantra kerana ia di dalam segmen lebih tinggi.

Untuk bab penggunaan minyak, Hyundai Elantra dengan cc rendah dan berat badan yang lebih ringan, akan lebih menjimatkan dalam segi kegunaan minyak.

Hyundai Sonata juga ada lebih banyak ciri ciri keselamatan seperti air bag dan traction control berbanding Hyundai Elantra.

Eddie Soh
EH Motor (ditubuh 1985)
Blacklist, CCRIS, Full loan untuk beli kereta

#EHMotor
#Sesimengopitanpabelikopi
1 Comment

Sesi mengopi TANPA beli kopi #835

5/4/2020

0 Comments

 
Picture
Sesi mengopi TANPA beli kopi #835
(Tuan/puan boleh tanya sebarang soalan berkaitan industri kereta terus ke FB Messenger saya)

SOALAN:

Hai tuan eddie... maaf menganggu sy ingin bertanya berkenaan kereta mpv nissan serena.. dari segi maintenan.. sparepart.. dan pengunaan minyak bolehkah tuan eddie terangkan serba sedikit berkenaan mpv tersebut berbaloikah memilikinya

JAWAPAN:

Nissan Serena adalah minivan yang dibina oleh syarikat kenderaan Nissan Motor. Ia mula dijual pada tahun 1991. Ketika ini sudah ada 5 generasi kenderaan ini.

1991 - 2000
1999 - 2012
2005 - 2010
2010 - 2016
2016 - kini

Model generasi ke empat dan lima adalah
2010 - 2016
2016 - kini

Untuk generasi ke empat, Nissan S Hybrid mula dijual pada tahun 2014 untuk menukar semua model jenis petrol dan semua model generasi ke lima ialah jenis hybrid.

Secara keseluruhannya tiada isu besar dengan kenderaan Nissan Serena. Model hybrid di pasaran, bukan sahaja untuk jenama Nissan, kesemuaanya menghadapi isu harga jual balik yang rendah. Ini kereta pembeli kereta terpakai khuatir harga penukaran bateri hybrid yang sangat tinggi. Kosnya mungkin rm7k - rm15k terpulang kepada jenama kenderaan.

Memandu sebuah kenderaan dengan transmisi CVT adalah berbeza berbanding transmisi automatik biasa. Oleh kerana ia tiada gear, penukaran kelajuan amat lancar dan menjimatkan minyak berbanding transmisi tradisional.

Kereta moden kebanyakannya telah pun dilengkapi dengan transmisi CVT. Namun begitu, tidak ramai pengguna yang arif berkenaan penjagaan terhadap transmisi jenis CVT ini. Penggunaan yang salah (dan kasar) akan menyebabkan anda menyumpah seranah pengeluar dan penjual padahal ia adalah disebabkan kenaifan diri sendiri.

Eddie Soh
EH Motor (ditubuh 1985)
Blacklist, CCRIS, Full loan untuk beli kereta

#EHMotor
#Sesimengopitanpabelikopi
0 Comments

Sesi mengopi TANPA beli kopi #834

5/4/2020

0 Comments

 
Picture
Sesi mengopi TANPA beli kopi #834
(Tuan/puan boleh tanya sebarang soalan berkaitan industri kereta terus ke FB Messenger saya)

SOALAN:

hi boss...sy bercadang nak beli kereta terpakai bmw...series mne yg x bnyk issu boss?...harap dapat membantu

JAWAPAN:

Melainkan tuan beli BMW baru, saya tidak sarankan anda beli kereta terpakai BMW.

Bagi kenderaan BMW, juga sama untuk kenderaan Eropa yang lain, kos selenggara kenderaan sangat tinggi. Di samping itu, kereta perlu diselenggara oleh mekanik pakar. Kos mekanik pakar pula tidak murah sama seperti masuk ke hospital persendirian berbanding hospital kerajaan.

BMW merupakan kategori kereta MEWAH maka spare partnya juga bermewah-mewahan. Lebih ketara ialah kerumitan barang elektronik dalam kereta.

Selain itu, kereta Eropa seperti BMW tidak tahan lasak semakin tua usianya dan ia tidak seperti kereta Jepun yang boleh tahan lebih dari 10 tahun ke atas. Oleh itu, aktiviti bersua muka dengan abang mekanik mungkin lebih tinggi dari dengan bini sendiri. 😀

Eddie Soh
EH Motor (ditubuh 1985)
Blacklist, CCRIS, Full loan untuk beli kereta

#EHMotor
#Sesimengopitanpabelikopi
0 Comments

Sesi mengopi TANPA beli kopi #833

5/4/2020

1 Comment

 
Picture
Sesi mengopi TANPA beli kopi #833
(Tuan/puan boleh tanya sebarang soalan berkaitan industri kereta terus ke FB Messenger saya)

SOALAN:

hello bos....nak tanya kereta mazda 8 ok x....ke banyak masalah

JAWAPAN:

Mazda MPV (Multi-Purpose Vehicle) adalah kenderaan minivan yang dibina oleh syarikat kereta Mazda. Ia diperkenalkan pada tahun 1988 sebagai model pacuan roda belakang dan ditukar kepada pacuan roda hadapan pada tahun 1999.

Mazda 8 mempunyai 3 generasi.
1988 - 1999 Generasi pertama
1999 - 2006 Generasi kedua
2006 - 2016 Generasi ketiga

Syarikat Mazda tidak lagi menghasilkan model kereta jenis MPV. Mereka kini lebih bertumpu kepada kereta sedan dan SUV.

Tidak banyak kenderaan MPV di pasaran Malaysia dan kategori ini dikuasai oleh model kereta recond Toyota Alphard dan Vellfire dalam segmen harga yang sama.

Kos selenggara kereta Mazda agak tinggi dan kos alat gantinya juga tidak murah. Ia merupakan kenderaan MPV dalam kategori mewah. Harga barunya seketika dahula ialah RM197,105. Maka logik untuk kereta mewah ialah alat gantinya juga dalam kategori mewah.

Isu yang sering dibentangkan ialah water pump, IAC (Idle Air Control) yang tersumbat dan isu kepada kabel handbrake.

Eddie Soh
EH Motor (ditubuh 1985)
Blacklist, CCRIS, Full loan untuk beli kereta

#EHMotor
#Sesimengopitanpabelikopi

1 Comment

Sesi mengopi TANPA beli kopi #832

12/3/2019

1 Comment

 
Picture
Sesi mengopi TANPA beli kopi #832
(Tuan/puan boleh tanya sebarang soalan berkaitan industri kereta terus ke FB Messenger saya)

SOALAN:

Hi Admin..boleh bagi review untuk toyota caldina dari segi fc & sparepart. di antara perbezaan tahun pembuatan nya, tahun manakah yang terbaik ?

JAWAPAN:

Saya copy paste dari jawapan kawan yang mempunyai kereta ini.

caldina tidak mempunya masalah..dan dia ada 2 spec.. N/A utk ZT dan GT4 untuk TURBO..tidak mempunyai masalah tertutama zT 2.0 kerana bukan turbo dan menggunkan timing chain means new technology by toyota japan.. D4 enjin.jika nk dibandingkan dengan GT4 menggunkan belting..penyelenggaraan juga tidak tinggi..GT4 tinggi dr segi penyelenggaraan..interior exterior tak ada masalah.. second value juga tinggi..

Eddie Soh
EH Motor (ditubuh 1985)
Blacklist, CCRIS, Full loan untuk beli kereta

#EHMotor
#Sesimengopitanpabelikopi
1 Comment

Sesi mengopi TANPA beli kopi #831

11/24/2019

0 Comments

 
Picture
Sesi mengopi TANPA beli kopi #831
(Tuan/puan boleh tanya sebarang soalan berkaitan industri kereta terus ke FB Messenger saya)

SOALAN:

hai tuan eddie.. I nak tanya antara grand livina dan alza mana lagi bagus untuk long term? saya perlukan orang yang pakar untuk cerita detail comparison antara alza dan grand livina. kalau sy decide untuk ambil grand livina antara 1.6 dan 1.8 mana lagi berbaloi?

JAWAPAN:

Perodua Alza:

Perodua Alza ialah alternatif yang bagus untuk MPV bajet dan jika tuan tidak keberatan mengorbankan ruang dalaman. Barisan tempat duduk ketiga mencukupi kalai mengembara di kawasan yang dekat. Saiz MPV ini yang kecil membuat kenderaan ini senang di parkin dan dipandu di kawasan bandar.

Kos servis Perodua selalunya agak murah dan jika cara pemandu tuan sederhana, kos minyak akan bersamaan dengan Perodua Myvi bercc 1.5 .

Nissan Grand Livina?

Nissan Grand Livina memang cantik ketika model ini dilancarkan, akan tetapi modelnya tidak berubah-ubah dan kenampakkan sedikit tua sekarang.

Kos penyelengaraan Nissan juga tidak begitu murah. Kos Nissan adalah tertinggi berbanding dengan 3 kereta Jepun di Malaysia (Toyota, Honda, Nissan).

Untuk perjalanan sejauh 100,000 km, kos servis Nissan anggaran RM3,625, berbanding Perodua iaitu RM2,994. her of them.

Cara untuk masuk ke barisan ketiga bagi kereta Nissan Livina juga paling buruk berbanding Perodua Alza. Untuk masuk ke barisan ke tiga, perlu terdahulu lipat dan turunkan baris ke dua dengan menarik tali di belakang kerusi. Ini mungkin sedikit rumit jika tangan anda sudah penuh dengan benda lain.

Kegunaan minyak lebih kurang sama untuk kedua kereta.

Antara 1.6 dan 1.8 Grand Livina, perbezaannya ialah pick up 1.8 lebih bagus untuk memotong kenderaan lain dan juga menaiki bukit. Jika sering membawa muat penumpang di dalam MPV, lebih baik dibeli cc 1.8.

Eddie Soh
EH Motor (ditubuh 1985)
Blacklist, CCRIS, Full loan untuk beli kereta

#EHMotor
#Sesimengopitanpabelikopi
0 Comments
<<Previous

    Author

    33 tahun dalam perniagaan jual beli kereta terpakai. Objektif blog ialah memberi ilmu tentang industri kereta di Malaysia kepada orang ramai.

    View my profile on LinkedIn

    Archives

    May 2020
    December 2019
    November 2019
    October 2019
    September 2019
    August 2019
    July 2019
    April 2018
    March 2018
    February 2018
    January 2018
    December 2017
    November 2017
    October 2017
    September 2017
    August 2017

    Categories

    All
    Berita
    Sesi Kopi
    Tips

    RSS Feed

Picture
EH Motor Credit Sdn Bhd 
(HQ)
Lot 3, tbg 646, Pandamaran, Port Klang 42000, Selangor, Malaysia.
Email: 
sales@ehmotorcredit.com

Tel:03 3167 0085, 03 3167 1066
(Depan balai polis pandamaran)
(Di GPS Google map/WAZE sila taip "EH Motor")


Picture
Picture
Picture
Dasar Privasi
Iklan Dengan Kami
Hubungi Kami
Copyright © ​ 2019  I  EH Motor Credit Sdn. Bhd.
  • HOME
  • Broker Program
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Testimoni
  • Sumber
    • Eddie-soh Blog kereta
    • Berita PENIPUAN industri kereta
    • Cik EH-LI (Penghuni kedai kami)
    • @cilisos
    • GAME kereta
  • Kategori Kereta
  • Promosi
  • Subscribe untuk tip kereta