EH Motor Credit
  • HOME
  • Broker Program
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Testimoni
  • Sumber
    • Eddie-soh Blog kereta
    • Berita PENIPUAN industri kereta
    • Cik EH-LI (Penghuni kedai kami)
    • @cilisos
    • GAME kereta
  • Kategori Kereta
  • Promosi
  • Subscribe untuk tip kereta

Sesi mengopi TANPA beli kopi #830

11/21/2019

0 Comments

 
Picture
Sesi mengopi TANPA beli kopi #830
(Tuan/puan boleh tanya sebarang soalan berkaitan industri kereta terus ke FB Messenger saya)

SOALAN:

bos nak tanya Peugeot 5008 auto tahun 2014 ok x

JAWAPAN:

Peugeot 5008 adalah kenderaan kompak MPV/ crossover SUV yang diperkenalkan oleh syarikat kenderaan Perancis pada bulan June 2009. Ada 2 generasi kenderaan ini 2009 - 2016 dan 2017 hingga kini.

Kenderaan ini dijual baru pada harga anggaran RM170k+. Selepas 3 tahun, nilainya jatuh ke RM50k. Walaupun harganya dianggap mampu milik, ia hanya setakat masa anda beli kereta itu sahaja. Selepas dibeli, kenderaan ini tidak mampu diselenggara. Ramai pemilik menghadapai berbagai isu dengan kenderaan ini termasuk ada yang TERPAKSA tukar enjin kereta ini. Peugeot 5008 seperti kebanyakkan kenderaan Conti (Kereta Eropa) yang lain tidak tahan apabila diguna di cuaca negara kita.
Eddie Soh
EH Motor (ditubuh 1985)
Blacklist, CCRIS, Full loan untuk beli kereta

#EHMotor
#Sesimengopitanpabelikopi
0 Comments

Sesi mengopi TANPA beli kopi #829

11/17/2019

0 Comments

 
Picture
Sesi mengopi TANPA beli kopi #829
(Tuan/puan boleh tanya sebarang soalan berkaitan industri kereta terus ke FB Messenger saya)

SOALAN:

Hello tuan,mf menganggu sy nak bertanya kereta bayar bulan ni kalau lambat bayar memang kena intrest ke?sebab suami sy bli kereta saga tahun lepas Sebelum ni bayar ok tp bulan 8 hari tu start tunggakan sebab balik raya kt kg tp bank tarik je dalam akaun suami sy 200 200 bln 8 bln 9 bln 10 wlau suami sy xbayar full 500 tibe2 minggu lepas dapat surat mengatakan dah 3bulan xbayar.tp bln 10 suami sy bayar cuma lmbt dri tarikh sepatutnya la .

JAWAPAN:

Bayaran lambat memang akan dikenakan bunga untuk bayaran lambat.

Cik boleh menuju ke bank untuk ketahui status bayaran bulanan kereta. Pihak bank akan mencetak statement bayaran yang lama. Jika ada slip bayaran yang lama, bolehlah digunakan sebagai rujukan dengan statement bank tersebut.

Eddie Soh
EH Motor (ditubuh 1985)
Blacklist, CCRIS, Full loan untuk beli kereta

#EHMotor
#Sesimengopitanpabelikopi
0 Comments

Sesi mengopi TANPA beli kopi #828

11/12/2019

0 Comments

 
Picture
Sesi mengopi TANPA beli kopi #828
(Tuan/puan boleh tanya sebarang soalan berkaitan industri kereta terus ke FB Messenger saya)

SOALAN:

hi boss,
saya berkenan dengan ford fiesta ecoboost 1.0. (2014-2016) kerana harga 2nd hand yg mampu milik.
boleh huraikan pro n con model ni.
sekarang saya menggunakan kelisa manual tahun 2007.
tq.

JAWAPAN:

Ford Fiesta adalah kenderaan kecil yang dijual oleh syarikat kenderaan Ford sejak 1976 dan kini sudah ada 7 generasi kenderaan ini. Ford telah menjual 16 juta buah Fiesta sejak 1976.

Generasi Fiesta
1976 - 1983
1983 - 1989
1989 - 1997
1995 - 2002
2002 - 2008
2009 - 2019

Walaupun kenderaan ini sudah lama dibina oleh kenderaan Ford, daya tahan kenderaan sentiasa memberikan isu pemilik kereta. Antara isu yang dibentangkan oleh pemilik Ford Fiesta

1) Minyak gearbox kereta bocor.

2) Drive shafts dan sistem exhaust berkarat.

3) Spoiler senang pecah.

4) Windscreen sering pecah.

5) Cermin lihat belakang akan jatuh

6) Gearbox bergegar apabila memecutkan kereta

Spare part Ford tidak murah. Jika ingin tukar cermin lihat balakang yang sering jatuh itu pun sudah rm 1000. Rata-rata maintenance kos untuk Ford memang tinggi.

Isu terbesarnya gearbox. Lihat artikel di bawah

http://www.mekanika.com.my/buletin/7000-pemilik-focus-dan-fiesta-saman-ford-akibat-kerosakan-kotak-gear

Eddie Soh
EH Motor (ditubuh 1985)
Blacklist, CCRIS, Full loan untuk beli kereta

#EHMotor
#Sesimengopitanpabelikopi
0 Comments

Sesi mengopi TANPA beli kopi #827

11/11/2019

0 Comments

 
Picture
Sesi mengopi TANPA beli kopi #827
(Tuan/puan boleh tanya sebarang soalan berkaitan industri kereta terus ke FB Messenger saya)

SOALAN:

Hi Tuan Eddie. Sy ingin bertanya tentang kereta suzuki kazashi. Thn 2012 rm40k owner jual. Adakah berbaloi utk membeli kereta model suzuki ini. Terima kasih Tuan Eddie

JAWAPAN:

Suzuki Kizashi mula dijual di Malaysia pada tahun 2012. Ia merupakan kenderaan pertama Suzuki dalam segmen C bersamaan dengan kereta Toyota Camry dan Honda Accord. Ini merupakan kali pertama syarikat kenderaan Suzuki memasuki segmen ini. Mereka lebih dikenali dalam segmen kereta kompak seperti Suzuki Swift.

Saiz kenderaan ini kecil daripada Honda Accord dan Toyota Camry tetapi sedikit lebih besar daripada Honda Civic. Suzuki Kizashi ingin bersaing dalam kategori segmen C SPORT.

Suzuki Kisashi sudah dihentikan jualan bukan sahaja di Malaysia, malah di seluruh dunia kerana tidak mendapat sambutan menggalakkan.

Kos alat ganti kenderaan Suzuki lebih mahal dibandingkan dengan kereta Jepun lain. Oleh kerana kurang sambutan kenderaan ini di sini, alat ganti terpakai sukar didapati.

Tidak banyak isu dengan kenderaan ini.

Eddie Soh
EH Motor (ditubuh 1985)
Blacklist, CCRIS, Full loan untuk beli kereta

#EHMotor
#Sesimengopitanpabelikopi
0 Comments

Sesi mengopi TANPA beli kopi #826

11/6/2019

0 Comments

 
Picture
Sesi mengopi TANPA beli kopi #826
(Tuan/puan boleh tanya sebarang soalan berkaitan industri kereta terus ke FB Messenger saya)

SOALAN:

Selamat sejahtera Mr.Eddie. Rakan Sya nk letgo kereta Nissan sunny (model lama) miliknya. Adakah sparepartnya msih mudah dicari?? Adakah sparepartnya makan kos yg tinggi dan mahal ketika ini??

JAWAPAN:

Nissan Sunny yang tuan maksudkan rasanya ialah model B11 (1981 - 1985).
Model ini adalah antara kereta paling popular ketika ia dilancarkan dan juga popular di pasaran kereta terpakai dahulu. Ramai yang mengemari keluasan kereta ini, penjimatan minyak dan kos alat ganti yang tidak terlalu mahal.

Akan tetapi, itu semuanya cerita lampau 30 tahun dahulu. Kalau dibeli kereta ini sekarang, kos alat ganti pastinya tidak mudah dicari dan juga agak mahal.

Elok dibeli kereta terpakai yang tidak berusia lanjut sangat melainkan tuan membeli kereta ini sebagai hobi. 🚕🚕🚕

Eddie Soh
EH Motor (ditubuh 1985)
Blacklist, CCRIS, Full loan untuk beli kereta

#EHMotor
#Sesimengopitanpabelikopi
0 Comments

Sesi mengopi TANPA beli kopi #825

11/5/2019

0 Comments

 
Picture
Sesi mengopi TANPA beli kopi #825
(Tuan/puan boleh tanya sebarang soalan berkaitan industri kereta terus ke FB Messenger saya)

SOALAN:

Hi Tuan Eddie

Nak tanya pendapat tuan berkenaan Merc Benz CLA 200 tahun 2015 yg ditawarkan harga RM 130k terutamanya dari segi kos penyenggaraan kereta ini.. Terima kasih

Terima kasih

JAWAPAN:

Mercedes-Benz Cla-Class adalah siri kereta kompak executif yang dibina Mercedes-Benz sejak 2013. Model ini diposisi antara model A dan model C kelas Merdecez.

Hanya ada 2 generasi kenderaan ini. Generasi ke 2 mula dijual pada tahun ini.

Kenderaan ini dijual pada harga anggaran RM240k ketika kenderaan masih baru. Dalam masa kurang daripada 5 tahun, susut nilai kenderaan sudah mencegah Rm100k. Hampir setengah harga barunya.

Kos selenggara kereta mewah memang tinggi. Sebagai contoh, tayar 19 incinya jika ditukar sudah RM1000 untuk jenama tayar yang sama. Kos absorbernya lebih kurang dalam RM 1,500 hingga RM 1,800 seunit. Alternator kereta jika rosak akan mengenakan kos anggaran RM6,000. Clutch kalau rosak juga dalam lingkungan RM 5,500 hingga RM7,000.

Oleh itu, sila sediakan duit yang mencukupi jika anda membeli kereta ini ya. 💲💲💲

Eddie Soh
EH Motor (ditubuh 1985)
Blacklist, CCRIS, Full loan untuk beli kereta

#EHMotor
#Sesimengopitanpabelikopi
0 Comments

Sesi mengopi TANPA beli kopi #824

11/4/2019

0 Comments

 
Picture
Sesi mengopi TANPA beli kopi #824
(Tuan/puan boleh tanya sebarang soalan berkaitan industri kereta terus ke FB Messenger saya)

SOALAN:

Kereta 2nd ford focus diesel year 2012 ok x..apa isu kereta ni

JAWAPAN:

Antara isu yang dibentangkan oleh pemilik Ford Focus

1) Minyak gearbox kereta bocor.

2) Drive shafts dan sistem exhaust berkarat.

3) Spoiler senang pecah.

4) Windscreen sering pecah.

5) Cermin lihat belakang akan jatuh

6) Gearbox bergegar apabila memecutkan kereta

Spare part Ford tidak murah. Jika ingin tukar cermin lihat balakang yang sering jatuh itu pun sudah rm 1000. Rata-rata maintenance kos untuk Ford memang tinggi.

Isu terbesarnya gearbox. Lihat artikel di bawah

http://www.mekanika.com.my/buletin/7000-pemilik-focus-dan-fiesta-saman-ford-akibat-kerosakan-kotak-gear

Eddie Soh
EH Motor (ditubuh 1985)
Blacklist, CCRIS, Full loan untuk beli kereta

#EHMotor
#Sesimengopitanpabelikopi
0 Comments

Sesi mengopi TANPA beli kopi #823

11/3/2019

0 Comments

 
Picture
Sesi mengopi TANPA beli kopi #823
(Tuan/puan boleh tanya sebarang soalan berkaitan industri kereta terus ke FB Messenger saya)

SOALAN:

Hai...nak tanya berkenaan honda insights 2011,adakah berbaloi memilikinya dan bagaimana pula dgn penjagaan kereta hybrid nie? Adakah menelan kos yg tinggi? Sy pernah mendengar kos penyelenggaraan yg tinggi utk kereta hybrid nie..mohon pencerahan tq

JAWAPAN:

Di bawah adalah senarai isunya:

1. Autostop - untuk menjimatkan minyak, kereta ini akan detect samada kereta sedang berada di keadaan berhenti dan ia akan menutup enjinnya secara sendiri dan mulakan semula apabila ada tekanan di pedal minyak. Isunya ialah timing teknologi ini tidak serentak dengan penekanan minyak. Oleh itu, kadang kadang tidak berjalan kereta ini.

2. Tiba tiba hilang kuasa
Untuk menggunakan minyak secara lebih efisyen, kadang kadang kereta ini akan hilang kuasa walaupun tekanan pada pedal minyak tidak dikurangkan

3. Bunyi jalan
Sama seperti isu di atas, pengurangan berat kereta akan menjimatkan kegunaan minyak. Isunya, apa yang di kurangkan juga ialah insular untuk mengurangkan bunyi jalanraya. Lebih bising bunyi di dalam kereta

4. Kereta mengular pada kelajuan tinggi
Untuk dapatkan aerodynamic, bentuk kereta ini seperti helmet basikal. Kedua dua tayar belakangnya lebih dekat dan ini menghasilkan tidak kestabilan kereta pada kelajuan kereta yang tinggi.

Untuk lebih informasi, tuan boleh layari link di bawah:

http://www.thehybridshop.com/media/blogs/problems-honda-insight-hybrid-vehicle/
Eddie Soh
EH Motor (ditubuh 1985)
Blacklist, CCRIS, Full loan untuk beli kereta

#EHMotor
#Sesimengopitanpabelikopi
0 Comments

Sesi mengopi TANPA beli kopi #822

11/3/2019

0 Comments

 
Picture
Sesi mengopi TANPA beli kopi #822
(Tuan/puan boleh tanya sebarang soalan berkaitan industri kereta terus ke FB Messenger saya)

SOALAN:

Selamat sejahtera encik Eddie, jikalau cik tak kisah saya tanya soalan lagi dgn cik, apa pendapat encik pula mengenai kereta model Toyota Corrola Altis model antara tahun 2002-2009? Adakah kereta second hand model ini berbaloi utk dibeli? Apakah kelebihan dan kekurangan kereta corolla altis dlm likungan tahun tersebut? Tq

JAWAPAN:

Toyota Corolla adalah kereta jenis sedan kompak yang dihasilkan oleh Toyota. Ia diperkenalkan pada tahun 1966 dan merupakan kereta terlaris di dunia sejak 1974. Lebih daripada 40 juta unit sudah dijual sejak diperkenalkan sehingga tahun 2013.

Altis antara tahun 2002-2009 merupakan kereta generasi ke 9 dan 10 dalam serie Toyota Corolla.

Corolla Altis mempunyai reputasi kenderaan yang agak tahan lasak serta jimat minyak. Tidak banyak isu dengan kenderaan ini.

Oleh kerana kenderaan ini sudah menjangkau usia 10 tahun, banyak barang alat gantinya perlu ditukar. Jika dibeli model ini, pastikan kenderaan dihantar ke kedai mekanik untuk membuat pemeriksaan secara teliti sebelum dipandu jarak jauh.

Eddie Soh
EH Motor (ditubuh 1985)
Blacklist, CCRIS, Full loan untuk beli kereta

#EHMotor
#Sesimengopitanpabelikopi
0 Comments

Sesi mengopi TANPA beli kopi #821

10/31/2019

0 Comments

 
Picture
Sesi mengopi TANPA beli kopi #821
(Tuan/puan boleh tanya sebarang soalan berkaitan industri kereta terus ke FB Messenger saya)

SOALAN:

Hi Eddie,
Would u mind to share your thoughts about polo h/b? Considering to get one for traveling to work 80km return daily.
It is economical car? Major/ minor issues for the current model? Looking for less than 3years old used car.
Tia Eddie!

JAWAPAN:

There is myriad of issue with VW Polo even before it reaches the second hand market. If you Google VW in Malaysia, plenty of negative news made it to the local press.
The most concerning of all is its gearbox.
I wouldn't recommend it at all unless you like a GOOD challenge in your life.

Try look for local or Japanese cars. Boring yes, reliable also yes. 🚙🚙🚙

Eddie Soh
EH Motor (ditubuh 1985)
Blacklist, CCRIS, Full loan untuk beli kereta

#EHMotor
#Sesimengopitanpabelikopi
0 Comments
<<Previous
Forward>>

    Author

    33 tahun dalam perniagaan jual beli kereta terpakai. Objektif blog ialah memberi ilmu tentang industri kereta di Malaysia kepada orang ramai.

    View my profile on LinkedIn

    Archives

    May 2020
    December 2019
    November 2019
    October 2019
    September 2019
    August 2019
    July 2019
    April 2018
    March 2018
    February 2018
    January 2018
    December 2017
    November 2017
    October 2017
    September 2017
    August 2017

    Categories

    All
    Berita
    Sesi Kopi
    Tips

    RSS Feed

Picture
EH Motor Credit Sdn Bhd 
(HQ)
Lot 3, tbg 646, Pandamaran, Port Klang 42000, Selangor, Malaysia.
Email: 
sales@ehmotorcredit.com

Tel:03 3167 0085, 03 3167 1066
(Depan balai polis pandamaran)
(Di GPS Google map/WAZE sila taip "EH Motor")


Picture
Picture
Picture
Dasar Privasi
Iklan Dengan Kami
Hubungi Kami
Copyright © ​ 2019  I  EH Motor Credit Sdn. Bhd.
  • HOME
  • Broker Program
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Testimoni
  • Sumber
    • Eddie-soh Blog kereta
    • Berita PENIPUAN industri kereta
    • Cik EH-LI (Penghuni kedai kami)
    • @cilisos
    • GAME kereta
  • Kategori Kereta
  • Promosi
  • Subscribe untuk tip kereta