Sesi mengopi TANPA beli kopi #813 (Tuan/puan boleh tanya sebarang soalan berkaitan industri kereta terus ke FB Messenger saya) SOALAN: hello tuan sy bercadang utk membeli kereta second ford fiesta tahun 2013.. adakah ok kereta tersebut JAWAPAN: Ford Fiesta adalah kenderaan kecil yang dijual oleh syarikat kenderaan Ford sejak 1976 dan kini sudah ada 7 generasi kenderaan ini. Ford telah menjual 16 juta buah Fiesta sejak 1976. Generasi Fiesta 1976 - 1983 1983 - 1989 1989 - 1997 1995 - 2002 2002 - 2008 2009 - 2019 Walaupun kenderaan ini sudah lama dibina oleh kenderaan Ford, daya tahan kenderaan sentiasa memberikan isu pemilik kereta. Antara isu yang dibentangkan oleh pemilik Ford Fiesta 1) Minyak gearbox kereta bocor. 2) Drive shafts dan sistem exhaust berkarat. 3) Spoiler senang pecah. 4) Windscreen sering pecah. 5) Cermin lihat belakang akan jatuh 6) Gearbox bergegar apabila memecutkan kereta Spare part Ford tidak murah. Jika ingin tukar cermin lihat balakang yang sering jatuh itu pun sudah rm 1000. Rata-rata maintenance kos untuk Ford memang tinggi. Isu terbesarnya gearbox. Lihat artikel di bawah http://www.mekanika.com.my/buletin/7000-pemilik-focus-dan-fiesta-saman-ford-akibat-kerosakan-kotak-gear Eddie Soh EH Motor (ditubuh 1985) Blacklist, CCRIS, Full loan untuk beli kereta #EHMotor #Sesimengopitanpabelikopi |
0 Comments
Leave a Reply. |
Author33 tahun dalam perniagaan jual beli kereta terpakai. Objektif blog ialah memberi ilmu tentang industri kereta di Malaysia kepada orang ramai. Archives
May 2020
Categories |