EH Motor Credit
  • HOME
  • Broker Program
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Testimoni
  • Sumber
    • Eddie-soh Blog kereta
    • Berita PENIPUAN industri kereta
    • Cik EH-LI (Penghuni kedai kami)
    • @cilisos
    • GAME kereta
  • Kategori Kereta
  • Promosi
  • Subscribe untuk tip kereta

Sesi mengopi TANPA beli kopi #812

10/13/2019

0 Comments

 
Picture
Sesi mengopi TANPA beli kopi #812
(Tuan/puan boleh tanya sebarang soalan berkaitan industri kereta terus ke FB Messenger saya)
SOALAN:
Hi Mr Eddie, apa pendapat tentang proton preve tahun 2014 non turbo. Saya bercadang nak ambil dgn harga rm22000, millage 80k. Dan apa yg i perlu diselengara selepas ambil?
JAWAPAN:
Proton Prevé merupakan kereta sedan padat empat pintu yang dibangunkan oleh pengeluar kereta Malaysia, Proton. Ia dilancarkan pada 16 April 2012 sebagai pengganti kepada Proton Inspira . Prevé dibangunkan berasaskan pelantar generasi baharu Proton P2 dan merupakan kereta sedan Proton pertama yang dilengkapi enjin pengecas turbo.
Proton Prevé dijual dengan pilihan dua enjin petrol; masing-masing CamPro IAFM+ dan CamPro CFE. IAFM+ adalah kependekan bagi Modul Udara Masukan Bahan Api Tambahan, manakala CFE bermaksud Kecekapan Bahan Api Bercas. Kedua-dua enjin direka sendiri oleh Proton dengan bantuan teknikal oleh Lotus.
Isu yang selalu dibentangkan ialah mounting kereta yang sesetengah pemilik merungut perlu ditukar setiap tahun. Gearbox CVT yang lebih sensitif. Perlu pastikan pemilik lama jaga gearboxnya dari cara pemanduannya. Jika dibeli engin tanpa turbo, keberatan kenderaan ini membuat kereta ini lebih susah untuk bergerak di kelajuan 0 - 100 km/h kerana enjin bercc 1.6 kurang mencukupi. Keberatan kereta ini juga membuat kereta ini stabil dan selesa dibawa untuk jarak jauh.
Sebenarnya, kereta ini agak berbaloi untuk dibeli dengan harga terpakainya sekarang. Hanya perlu pastikan condisi kereta sebelum dibeli.
Hantar kereta ke kedai mekanik untuk membuat penyelenggaraan biasa selepas membelinya. Abang mekanik akan tahu di mana perlu periksa kereta ini.
Eddie Soh
EH Motor (ditubuh 1985)
Blacklist, CCRIS, Full loan untuk beli kereta
#EHMotor
#Sesimengopitanpabelikopi
0 Comments



Leave a Reply.

    Author

    33 tahun dalam perniagaan jual beli kereta terpakai. Objektif blog ialah memberi ilmu tentang industri kereta di Malaysia kepada orang ramai.

    View my profile on LinkedIn

    Archives

    May 2020
    December 2019
    November 2019
    October 2019
    September 2019
    August 2019
    July 2019
    April 2018
    March 2018
    February 2018
    January 2018
    December 2017
    November 2017
    October 2017
    September 2017
    August 2017

    Categories

    All
    Berita
    Sesi Kopi
    Tips

    RSS Feed

Picture
EH Motor Credit Sdn Bhd 
(HQ)
Lot 3, tbg 646, Pandamaran, Port Klang 42000, Selangor, Malaysia.
Email: 
sales@ehmotorcredit.com

Tel:03 3167 0085, 03 3167 1066
(Depan balai polis pandamaran)
(Di GPS Google map/WAZE sila taip "EH Motor")


Picture
Picture
Picture
Dasar Privasi
Iklan Dengan Kami
Hubungi Kami
Copyright © ​ 2019  I  EH Motor Credit Sdn. Bhd.
  • HOME
  • Broker Program
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Testimoni
  • Sumber
    • Eddie-soh Blog kereta
    • Berita PENIPUAN industri kereta
    • Cik EH-LI (Penghuni kedai kami)
    • @cilisos
    • GAME kereta
  • Kategori Kereta
  • Promosi
  • Subscribe untuk tip kereta