EH Motor Credit
  • HOME
  • Broker Program
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Testimoni
  • Sumber
    • Eddie-soh Blog kereta
    • Berita PENIPUAN industri kereta
    • Cik EH-LI (Penghuni kedai kami)
    • @cilisos
    • GAME kereta
  • Kategori Kereta
  • Promosi
  • Subscribe untuk tip kereta

Sesi mengopi TANPA beli kopi #810

10/11/2019

1 Comment

 
Picture
Sesi mengopi TANPA beli kopi #810
(Tuan/puan boleh tanya sebarang soalan berkaitan industri kereta terus ke FB Messenger saya)

SOALAN:

Hi boss..Saya ada satu kereta buatan jerman.. Kereta ini kerap bateri kong walaupun dah tukar bateri baru.. Kalau kereta ni dibiarkan 30minit tanpa tanggalkan terminal bateri.. Bateri akan habis dan kereta tak boleh start.. Buat masa sekarang sy perlu cabut terminal bateri bila park kereta dan pasang balik bila nak pkai.. Jadi kat sini apa punca bateri kereta tu cepat kong.. Mohon pencerahan.. Terima kasih boss..

JAWAPAN:

Sebab yang paling umum bateri kereta kong:

– Litar pintas / sel mati dalam bateri kereta.

– Tempoh penyimpanan kereta terlalu lama / tidak menghidupkan enjin kereta untuk tempoh yang lama.

– Alternator rosak atau tali pinggang alternator longgar, lalu menyebabkan pengecasan yang tidak mencukupi untuk bateri kereta.

– Pendawaian yang tidak betul oleh penjual aksesori pihak ketiga.

– Pemasangan terlalu banyak aksesori. Contohnya, Amplifier besar atau Dash Cam sering mengambil kuasa bateri jika setting tidak sesuai. Peranti elektronik yang terbiar pasang di lighter port atau USB port boleh menyebabkan “parasitic discharge” juga.

– Lampu depan, lampu dalam atau radio ditinggalkan “On” apabila enjin tiada hidup.

– Kekurangan penyelenggaraan bateri kereta, seperti biar terminal kotor, berkarat atau longgar yang mengakibatkan sambungan lemah.

– Penggunaan kereta (untuk tujuan komersil) yang terlampau panjang waktu.

Kebanyakan faktor di atas (kecuali yang pertama) adalah berkaitan dengan faktor-faktor pengguna sendiri. Penyelenggaraan kereta yang betul akan dapat mencegah kerosakan bateri kereta dan memanjangkan jangka hayat bateri kereta.

Eddie Soh
EH Motor (ditubuh 1985)
Blacklist, CCRIS, Full loan untuk beli kereta

#EHMotor
#Sesimengopitanpabelikopi
1 Comment
haziq link
1/16/2023 06:16:20 pm

Salah satu punca utama rosaknya bateri kereta adalah apabila anda tidak menghidupkan kenderaan untuk jangka masa panjang.

Senario ini sering terjadi ketika awal pandemik COVID-19. Hal ini terjadi disebabkan orang ramai diperintahkan untuk mengehadkan aktiviti luaran termasuklah bekerja di pejabat.

Namun, tahukah anda bahawa hal ini akan menyebabkan masalah kehabisan caj bateri?

Jangan risau, artikel ini akan membantu anda untuk memahami info teknikal berkenaan bateri kereta.

Jom baca artikel sehingga habis agar anda dapat ilmu yang bermanfaat dan praktikal pada masa akan datang.

Reply



Leave a Reply.

    Author

    33 tahun dalam perniagaan jual beli kereta terpakai. Objektif blog ialah memberi ilmu tentang industri kereta di Malaysia kepada orang ramai.

    View my profile on LinkedIn

    Archives

    May 2020
    December 2019
    November 2019
    October 2019
    September 2019
    August 2019
    July 2019
    April 2018
    March 2018
    February 2018
    January 2018
    December 2017
    November 2017
    October 2017
    September 2017
    August 2017

    Categories

    All
    Berita
    Sesi Kopi
    Tips

    RSS Feed

Picture
EH Motor Credit Sdn Bhd 
(HQ)
Lot 3, tbg 646, Pandamaran, Port Klang 42000, Selangor, Malaysia.
Email: 
sales@ehmotorcredit.com

Tel:03 3167 0085, 03 3167 1066
(Depan balai polis pandamaran)
(Di GPS Google map/WAZE sila taip "EH Motor")


Picture
Picture
Picture
Dasar Privasi
Iklan Dengan Kami
Hubungi Kami
Copyright © ​ 2019  I  EH Motor Credit Sdn. Bhd.
  • HOME
  • Broker Program
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Testimoni
  • Sumber
    • Eddie-soh Blog kereta
    • Berita PENIPUAN industri kereta
    • Cik EH-LI (Penghuni kedai kami)
    • @cilisos
    • GAME kereta
  • Kategori Kereta
  • Promosi
  • Subscribe untuk tip kereta