EH Motor Credit
  • HOME
  • Broker Program
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Testimoni
  • Sumber
    • Eddie-soh Blog kereta
    • Berita PENIPUAN industri kereta
    • Cik EH-LI (Penghuni kedai kami)
    • @cilisos
    • GAME kereta
  • Kategori Kereta
  • Promosi
  • Subscribe untuk tip kereta

Sesi mengopi TANPA beli kopi #808

10/8/2019

0 Comments

 
Picture
Sesi mengopi TANPA beli kopi #808
(Tuan/puan boleh tanya sebarang soalan berkaitan industri kereta terus ke FB Messenger saya)

SOALAN:

Hi Boss, I ada Iswara Sedan tahun 2000. I baru tukar A/C compressor recond. Masa tukar engin berjalan dengan ok. Selepas 2 minggu engin saya bergegar kuat apabila Aircond hidup. Bila matiksn Aircond engin ok. Apakah Yang menyebabkan perkara ini berlaku?

JAWAPAN:

Ada 4 sebab kenapa kereta akan bergegar apabila aircon dibuka

1. Bebanan enjin

Apabila aircon dibuka, ia membebankan lagi kuasa enjin tersebut. Kalau beban aircon ini berterusan, ia akan merosakkan komponen lain di dalam enjin. Lain sebab mungkin kerosakan kepada kipas cooling atau aircon sudah tersumbat. Kalau kes begini, anda perlu hantar kereta ke kedai aircon

2. Enjin mounting

Enjin mounting kereta memegangkan enjin dan suspension sesebuah kereta. Apabila aircon dibuka, bebanan terhadap mounting bertambah. Kalau kes begini, cuba periksa mounting kereta. Kadang-kadang mounting nampak OK dipermukaan tetapi mungkin sudah pecah.

3. Throttle body kereta

Selalunya kereta ada sensor untuk mengesan timing kereta secara automatik. Sensor rosak akan mengakibatkan kereta bergegar. Kereta Iswara tiada sistem begini, maka tuan perlu ke kedai mekanik untuk meninggikan timing kereta.

4. Kompressor aircon

Kompressor aircon mungkin rosak. Salah satu cara mengetahui samada Ia rosak ialah memerhatikan keadaan pick up kereta. Cuba pecutkan kereta dengan membuka aircon dan tanpa membuka aircon. Jika ada perubahan dalam pickup, maka compressor aircon sudah rosak.

Selamat mencuba 😉😉

Eddie Soh
EH Motor (ditubuh 1985)
Blacklist, CCRIS, Full loan untuk beli kereta

#EHMotor
#Sesimengopitanpabelikopi
0 Comments



Leave a Reply.

    Author

    33 tahun dalam perniagaan jual beli kereta terpakai. Objektif blog ialah memberi ilmu tentang industri kereta di Malaysia kepada orang ramai.

    View my profile on LinkedIn

    Archives

    May 2020
    December 2019
    November 2019
    October 2019
    September 2019
    August 2019
    July 2019
    April 2018
    March 2018
    February 2018
    January 2018
    December 2017
    November 2017
    October 2017
    September 2017
    August 2017

    Categories

    All
    Berita
    Sesi Kopi
    Tips

    RSS Feed

Picture
EH Motor Credit Sdn Bhd 
(HQ)
Lot 3, tbg 646, Pandamaran, Port Klang 42000, Selangor, Malaysia.
Email: 
sales@ehmotorcredit.com

Tel:03 3167 0085, 03 3167 1066
(Depan balai polis pandamaran)
(Di GPS Google map/WAZE sila taip "EH Motor")


Picture
Picture
Picture
Dasar Privasi
Iklan Dengan Kami
Hubungi Kami
Copyright © ​ 2019  I  EH Motor Credit Sdn. Bhd.
  • HOME
  • Broker Program
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Testimoni
  • Sumber
    • Eddie-soh Blog kereta
    • Berita PENIPUAN industri kereta
    • Cik EH-LI (Penghuni kedai kami)
    • @cilisos
    • GAME kereta
  • Kategori Kereta
  • Promosi
  • Subscribe untuk tip kereta