Sesi mengopi TANPA beli kopi #805 (Tuan/puan boleh tanya sebarang soalan berkaitan industri kereta terus ke FB Messenger saya) SOALAN: Hai bos, saya nk tanya pendapat Nissan Serena 4th Gen dan 5th gen. Apakah masalah biasa bagi model ini & bagaimana kos penyelenggaraannya? Adakah benar Xtronic CVT banyak masalah? Terima kasih JAWAPAN: Nissan Serena adalah minivan yang dibina oleh syarikat kenderaan Nissan Motor. Ia mula dijual pada tahun 1991. Ketika ini sudah ada 5 generasi kenderaan ini. 1991 - 2000 1999 - 2012 2005 - 2010 2010 - 2016 2016 - kini Model generasi ke empat dan lima adalah 2010 - 2016 2016 - kini Untuk generasi ke empat, Nissan S Hybrid mula dijual pada tahun 2014 untuk menukar semua model jenis petrol dan semua model ke lima ialah jenis hybrid. Secara keseluruhannya tiada isu besar dengan kenderaan Nissan Serena. Model hybrid di pasaran, bukan sahaja untuk jenama Nissan, kesemuaanya menghadapi isu harga jual balik yang rendah. Ini kereta pembeli kereta terpakai khuatir harga penukaran bateri hybrid yang sangat tinggi. Kosnya mungkin rm7k - rm15k terpulang kepada jenama kenderaan. Memandu sebuah kenderaan dengan transmisi CVT adalah berbeza berbanding transmisi automatik biasa. Oleh kerana ia tiada gear, penukaran kelajuan amat lancar dan menjimatkan minyak berbanding transmisi tradisional. Kereta moden kebanyakannya telah pun dilengkapi dengan transmisi CVT. Namun begitu, tidak ramai pengguna yang arif berkenaan penjagaan terhadap transmisi jenis CVT ini. Penggunaan yang salah (dan kasar) akan menyebabkan anda menyumpah seranah pengeluar dan penjual padahal ia adalah disebabkan kenaifan diri sendiri. Eddie Soh EH Motor (ditubuh 1985) Blacklist, CCRIS, Full loan untuk beli kereta #EHMotor #Sesimengopitanpabelikopi |
0 Comments
Leave a Reply. |
Author33 tahun dalam perniagaan jual beli kereta terpakai. Objektif blog ialah memberi ilmu tentang industri kereta di Malaysia kepada orang ramai. Archives
May 2020
Categories |