EH Motor Credit
  • HOME
  • Broker Program
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Testimoni
  • Sumber
    • Eddie-soh Blog kereta
    • Berita PENIPUAN industri kereta
    • Cik EH-LI (Penghuni kedai kami)
    • @cilisos
    • GAME kereta
  • Kategori Kereta
  • Promosi
  • Subscribe untuk tip kereta

Sesi mengopi TANPA beli kopi #800

9/25/2019

0 Comments

 
Picture
Sesi mengopi TANPA beli kopi #800
(Tuan/puan boleh tanya sebarang soalan berkaitan industri kereta terus ke FB Messenger saya)

SOALAN:

#sessi mengopi tanpa beli kopi
Hi mr. Eddie, saya berhajat ingin memiliki sebuah kereta Toyota alphard 05/08 atau Hyundai starex, minta pandangan Dan nasiihat pada yg pakar, dari segi service maintenance Dan spare parts, yg mana satu lebih rendah cost maintenance nyer..

JAWAPAN:

Kalau dibandingkan antara Starex dan Alphard terpakai, Starex lebih besar dan lebih berkuasa enjin dieselnya.

Ramai yang berpendapat Alphard 2.4 tidak cukup kuasa untuk membawa muatan berat dan cc 3.0 lebih sesuai untuk muatan Alphard. Akan tetapi cc 3.0 pula cukai jalannya sudah RM1800 setahun.

Bagi bandingan harga yang lebih sesuai untuk Aphard tahun 2005, Starex model pertama tahun 2009 lebih setanding dengan harganya.

Oleh kerana, kereta MPV ini dalam kategori mewah, bersedialah peluru untuk kos alat ganti yang lebih tinggi daripada kategori MPV lebih rendah seperti Innova ataupun Perodua Alza.

Dari segi kos selenggara, Toyota lebih murah dari Hyundai.

Kerumitan perbandingan ini adalah dalam tahun yang berlainan, Alphard tahun 2005 ialah 4 tahun lebih lama dari Starex tahun 2009. Walaupun tahun didaftar di Malaysia ialah tahun 2008, kereta ini sudah digunakan diluar negara sebelum dibawa masuk untuk dijual di Malaysia.
Oleh itu, perbatuannya sepatutnya lebih tinggi. Lagi jauh kenderaan itu berjalan, lagi cepat alat gantinya perlu ditukar dan lebih kerap kenderaan tersebut perlu diselenggara.

Faktor yang lain termasuk, perbandingan ini adalah untuk kereta terpakai, setiap kereta tidak sama condisinya dan tidak sama dengan perbandingan antara kereta baru.

Jika pemilik lama tidak jaga keretanya, kereta tahan lasak SUPERMAN macam Toyota pun akan kalah kepada pemilik yang 'mengerbaukan' keretanya.

Eddie Soh
EH Motor (ditubuh 1985)
Blacklist, CCRIS, Full loan untuk beli kereta

#EHMotor
#Sesimengopitanpabelikopi
0 Comments



Leave a Reply.

    Author

    33 tahun dalam perniagaan jual beli kereta terpakai. Objektif blog ialah memberi ilmu tentang industri kereta di Malaysia kepada orang ramai.

    View my profile on LinkedIn

    Archives

    May 2020
    December 2019
    November 2019
    October 2019
    September 2019
    August 2019
    July 2019
    April 2018
    March 2018
    February 2018
    January 2018
    December 2017
    November 2017
    October 2017
    September 2017
    August 2017

    Categories

    All
    Berita
    Sesi Kopi
    Tips

    RSS Feed

Picture
EH Motor Credit Sdn Bhd 
(HQ)
Lot 3, tbg 646, Pandamaran, Port Klang 42000, Selangor, Malaysia.
Email: 
sales@ehmotorcredit.com

Tel:03 3167 0085, 03 3167 1066
(Depan balai polis pandamaran)
(Di GPS Google map/WAZE sila taip "EH Motor")


Picture
Picture
Picture
Dasar Privasi
Iklan Dengan Kami
Hubungi Kami
Copyright © ​ 2019  I  EH Motor Credit Sdn. Bhd.
  • HOME
  • Broker Program
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Testimoni
  • Sumber
    • Eddie-soh Blog kereta
    • Berita PENIPUAN industri kereta
    • Cik EH-LI (Penghuni kedai kami)
    • @cilisos
    • GAME kereta
  • Kategori Kereta
  • Promosi
  • Subscribe untuk tip kereta