Sesi mengopi TANPA beli kopi #799 (Tuan/puan boleh tanya sebarang soalan berkaitan industri kereta terus ke FB Messenger saya) SOALAN: Hi Mr.Eddie..saya bercadang nak beli kereta BMW 320i tahun 2012..boleh saya minta pandangan dan pendapat Mr.Eddie dari segi penggunaan dan penyelenggaraan berkenaan kereta tersebut..terima kasih. JAWAPAN: Harga baru BMW 320i adalah lebih kurang RM200k+. Harga BMW 320i tahun 2012 pula lebih kurang RM70k - RM80k. Ia merupakan kurang dari setenggah dari harga barunya dalam masa 7 tahun. Selalunya susut nilai sesebuah kereta akan bergantung kepada 1. Harga spare part 2. Kehendak pasaran terpakai 3. Isu kenderaan tersebut Bagi kenderaan BMW, juga sama untuk kenderaan Eropa yang lain, kos selenggara kenderaan sangat tinggi. Di samping itu, kereta perlu diselenggara oleh mekanik pakar. Kos mekanik pakar pula tidak murah sama seperti masuk ke hospital persendirian berbanding hospital kerajaan. BMW merupakan kategori kereta MEWAH maka spare partnya juga bermewah-mewahan. Lebih ketara ialah kerumitan barang elektronik dalam kereta. Selain itu, kereta Eropa seperti BMW tidak tahan lasak semakin tua usianya dan ia tidak seperti kereta Jepun yang boleh tahan lebih dari 10 tahun ke atas. Oleh itu, aktiviti bersua muka dengan abang mekanik mungkin lebih tinggi dari dengan bini sendiri. 😀 Eddie Soh EH Motor (ditubuh 1985) Blacklist, CCRIS, Full loan untuk beli kereta #EHMotor #Sesimengopitanpabelikopi |
0 Comments
Leave a Reply. |
Author33 tahun dalam perniagaan jual beli kereta terpakai. Objektif blog ialah memberi ilmu tentang industri kereta di Malaysia kepada orang ramai. Archives
May 2020
Categories |