Sesi mengopi TANPA beli kopi #796 (Tuan/puan boleh tanya sebarang soalan berkaitan industri kereta terus ke FB Messenger saya) SOALAN: hello boss.. mau tanya antara honda city 2011 harga body sahaja 25k dengan myvi advance baru. mana 1 lg ok? JAWAPAN: Sukar untuk dibandingkan antara kereta baru dan terpakai. Kereta baru teknologi mungkin menjangkau teknologi kereta lama dalam segmen lebih tinggi. Lagipun, kereta baru datang dengan warranti. Tidak perlu ambil risiko kos pembaikian tinggi. Kereta second hand pula mempunyai susut nilai kurang daripada kereta baru. Kereta baru apabila dipandu keluar dari showroom, nilainya terus jatuh 20%. Bagi kereta second hand juga, boleh dibeli kereta segmen lebih tinggi daripada jika dibeli baru. Jenama Honda juga mempunyai persepsi lebih tinggi dari segi kemahuan daripada kereta Perodua Oleh itu, anda perlu tentukan faktor-faktor yang penting ketika pembelian sebuah kereta baru atau terpakai. Eddie Soh EH Motor (ditubuh 1985) Blacklist, CCRIS, Full loan untuk beli kereta #EHMotor #Sesimengopitanpabelikopi |
0 Comments
Leave a Reply. |
Author33 tahun dalam perniagaan jual beli kereta terpakai. Objektif blog ialah memberi ilmu tentang industri kereta di Malaysia kepada orang ramai. Archives
May 2020
Categories |