Sesi mengopi TANPA beli kopi #794 (Tuan/puan boleh tanya sebarang soalan berkaitan industri kereta terus ke FB Messenger saya) SOALAN: hai bos...saya nk minta pendapt bos...saya ada jual kereta tp xtkr nama sudah 3thn..masalah skrg saya byak terima saman majlis penbandaran dan org yg beli kereta lost contact..boleh ke saya blacklist kerata tu kt jpj ataupon lupus kan.. JAWAPAN: Salah satu isu dengan menjual kereta tanpa menukar nama ialah penerimaan saman yang dilakukan oleh pembeli baru. Tuan boleh menuju ke JPJ terdekat dan senarai hitamkan kenderaan tersebut. Tuan pembeli akan tidak dapat memperbaharui cukai jalan tahunannya. Jika tuan hendak gunakan perkhidmatan gang berpistol untuk mencari kereta tersebut, boleh lah repot di balai polis yang kereta anda sudah dicuri. Eddie Soh EH Motor (ditubuh 1985) Blacklist, CCRIS, Full loan untuk beli kereta #EHMotor #Sesimengopitanpabelikopi |
0 Comments
Leave a Reply. |
Author33 tahun dalam perniagaan jual beli kereta terpakai. Objektif blog ialah memberi ilmu tentang industri kereta di Malaysia kepada orang ramai. Archives
May 2020
Categories |