EH Motor Credit
  • HOME
  • Broker Program
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Testimoni
  • Sumber
    • Eddie-soh Blog kereta
    • Berita PENIPUAN industri kereta
    • Cik EH-LI (Penghuni kedai kami)
    • @cilisos
    • GAME kereta
  • Kategori Kereta
  • Promosi
  • Subscribe untuk tip kereta

Sesi mengopi TANPA beli kopi #773

8/9/2019

0 Comments

 
Picture
Sesi mengopi TANPA beli kopi #773
(Tuan/puan boleh tanya sebarang soalan berkaitan industri kereta terus ke FB Messenger saya)

SOALAN:

Hi nak tny. Jika kereta sudah ditarik, dan tidak dpt ambil. Jika dilelong adakah baki pembayaran 7tahun dengan bank perlu dibayar seperti biasa?

JAWAPAN:

Di dalam 21 hari selepas kereta ditarik, syarikat kewangan akan memberi notis kepada penyewa dan setiap penjamin di dalam perjanjian sewa beli tersebut yang dikenali sebagai Notis Jadual Kelima. Di dalam notis ini tertulis kebenaran untuk si penghutang membayar balik jumlah hutang kepada pihak syarikat kewangan.

Selepas itu, penyewa boleh mendapatkan balik kenderaan yang ditarik setelah menjelaskan jumlah ansuran yang tertunggak dan kos-kos berkaitan sewaktu proses tarik dilakukan (kos penyimpanan, baik pulih, selenggaraan). Penyewa juga boleh mendapatkan balik kereta tersebut setelah membayar jumlah baki hutang sewa beli termasuk kos-kos berkaitan.

Jika kedua-dua perkara ini tidak terjadi dalam masa 21 hari setelah Notis Jadual Kelima dihantar, pihak syarikat kewangan berhak untuk menjual kenderaan tersebut melalui kaedah lelong.

Selepas kereta ditarik balik, kereta tersebut akan dilelongkan untuk mengurangkan jumlah hutang bank. Baki daripada penjualan selepas menolak hutang bank masih perlu diselesaikan.

Disarankan untuk berbincang dengan pihak bank untuk mendapatkan persetujuan jumlah ansuran yang perlu dibayar setiap bulan bagi membayar habis baki tersebut.

Eddie Soh
EH Motor (ditubuh 1985)
Blacklist, CCRIS, Full loan untuk beli kereta

#EHMotor
#Sesimengopitanpabelikopi
0 Comments



Leave a Reply.

    Author

    33 tahun dalam perniagaan jual beli kereta terpakai. Objektif blog ialah memberi ilmu tentang industri kereta di Malaysia kepada orang ramai.

    View my profile on LinkedIn

    Archives

    May 2020
    December 2019
    November 2019
    October 2019
    September 2019
    August 2019
    July 2019
    April 2018
    March 2018
    February 2018
    January 2018
    December 2017
    November 2017
    October 2017
    September 2017
    August 2017

    Categories

    All
    Berita
    Sesi Kopi
    Tips

    RSS Feed

Picture
EH Motor Credit Sdn Bhd 
(HQ)
Lot 3, tbg 646, Pandamaran, Port Klang 42000, Selangor, Malaysia.
Email: 
sales@ehmotorcredit.com

Tel:03 3167 0085, 03 3167 1066
(Depan balai polis pandamaran)
(Di GPS Google map/WAZE sila taip "EH Motor")


Picture
Picture
Picture
Dasar Privasi
Iklan Dengan Kami
Hubungi Kami
Copyright © ​ 2019  I  EH Motor Credit Sdn. Bhd.
  • HOME
  • Broker Program
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Testimoni
  • Sumber
    • Eddie-soh Blog kereta
    • Berita PENIPUAN industri kereta
    • Cik EH-LI (Penghuni kedai kami)
    • @cilisos
    • GAME kereta
  • Kategori Kereta
  • Promosi
  • Subscribe untuk tip kereta